BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 26 January 2010

Berkabung - it's all up to you!

Semalam adalah hari pertama bekerja setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar hari Jumaat lepas. Being a good citizen (waceh!) , aku pergi kerja dengan memakai tudung putih sebagai menghormati kemangkatan almarhum....tiada paksaan! Kat office ramai gak yang pakai tudung putih, yang non muslim pakai black (walaupun bukan semua).

Menjelang tengah hari kecoh lak kata siapa tak pakai mourning attire (tudung putih, songkok jalur putih dan kain hitam kat lengan kiri for non muslims) akan didenda RM300. Siapa yang tak pakai kelam kabut print kertas hitam, gunting jadikan 3 inci pastu pakai kat tangan. Yang muslim tak pakai tudung putih ada gak yang lari ke surau sebab takut (masa tu kecoh kata polis dah masuk kilang buat spot check). Masa tu terpikir jugak, betul2 ke akan didenda kalau tak pakai pakaian berkabung? Tapi aku tak berapa amik port sangat, as long as aku dah pakai pun tudung putih tu (kalau tak kena paksa pun aku takde masalah nak buat).

Menjelang petang dapat e-mail mengatakan pihak istana tak pernah mengeluarkan arahan utk memaksa orang ramai memakai pakaian berkabung. Siap ada link ke The Star Online (klik sini).

We are not forcing the people of Johor to wear said attire but it should be worn out of their love, respect and as a symbol of their heartfelt condolence for the late sultan," - Johor Council of Royal Court secretary Datuk Abdul Rahim Ramli.

Yup...aku buat secara volunteer out of my love, respect and as a symbol of my heartfelt condolence! Masalahnya tudung putih aku ada selai aje - ada chance beli tudung baru ni! Heheheeee....
Naufal pun tak kena paksa pakai songkok ni...heheee..

So to all Johorean.....tepuk dada tanyalah selera! ; )








Monday, 25 January 2010

Kebebasan Bersuara Yang Disalahguna

By this time semua orang pun dah tau siapa penulis blog kontroversi tu kan? Dan aku pun baru jek "khatam" membaca ruangan komen dia terhadap entry yang mintak maaf tu. Tujuan entry ni ditulis bukan untuk komen pasal entry tersebut jauh sekali nak join kutuk mamat tu.

Aku terpanggil nak tulis entry ni sebab terfikir akan kebebasan bersuara zaman sekarang ni. Dengan adanya internet memang susah nak control orang ramai menyuarakan pendapatnya. Berbeza dengan 10-15 tahun dahulu, dengan adanya blog, forum online, facebook dll "suara2" makin lantang dan berani berbunyi.


Atas dasar kebebasan bersuara, makin ramai pulak yang telah menyalah gunakan saluran2 ni semua. Yang buat aku sedih, masa baca blog mamat kontroversi aku telah pergi ke blog/forum2 lain jugak. Rata2 posting/entry mereka buat aku tambah sedih dan kecewa. Bercakap mcm syok sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain seolah2 yang membaca adalah "di kalangan mereka" sahaja. Kutuk bangsa lain, agama orang lain malah budaya orang lain tanpa berlapis....Guna emosi semata2! Apa nak jadi dengan kita semua? Ke mana hala tuju situasi semasa ni? Takut betul aku nak memikirkannya......


So bloggers lain....jadi lah pengguna internet yang berhemah. Jangan jadikan internet saluran untuk anda "lepas geram" secara membabi buta. Guna otak...bukan perasaan walau di pihak manapun anda berada!

Peace......

Sunday, 24 January 2010

Kawan susah...kawan senang - yang mana satu anda?


Tempoh hari aku berbalas e-mail dengan seorang kawan. Kami telah membincangkan tentang "kawan yang berkualiti". Membuatkan saya teringat mereka2 yang pernah dan sedang menjadi kawan aku.

Fitrah manusia, semua nak berkawan. Kalau hidup tanpa kawan aku rasa tak bermakna.....sunyi! Bermula dari kawan sepermainan masa main pasir kecik2 dulu sampailah kita dah sedewasa sekarang ni...bermacam2 jenis kawan kita dah jumpa kan? Dan amat jarang sekali untuk kita mempunyai the same best friend dari kecik sampai besar (kalau adapun tak ramai...dan beruntunglah mereka ni)

Bagi aku, nak carik kawan sejati masa kecik2 lebih mudah jika dibandingkan bila kita dah dewasa ni. Maklumlah, masa kecik2 tak banyak syarat yg diletakkan untuk jadik BF. Terutamanya masa remaja. For most teenagers, kawan adalah no.1, family jatuh no.2. You will do anything to keep the friendship going.

Tapi kenapa semakin kita dewasa, makin susah nak carik kawan sejati? Terutamanya org pompuan. Bila dah ada boyfriend, kawan pun dah jarang jumpa/call. Asyik sibuk je dengan boyfriendnya (kes aku dulu lain...masa tu cinta jarak jauh..heheee..). Kalau dah kawin lagi teruk. Ada tu menghilangkan diri terus! Bila susah atau ada problem baru nak carik somebody's shoulder. Siapa yang jadik mangsa....kawan dia gak kan? Tapi adakah dia boleh pinjamkan bahunya bila kawan dia pulak susah dan perlukan seseorang? Adakah dia boleh memberi servis yang baik sebagaimana kawannya berikan masa dia susah dulu?

Mostly kawan2 aku sejak dari tadika sampai ke sekolah menengah bertukar2. Semuanya kerana kami anak tentera, so bila bapak masing2 berpindah kami akan lost contact (thanks to facebook, kami "bertemu" semula dan did a lot of catch up di alam maya). Lepas bapak aku pencen masa form3 aku masuk SM Convent Butterworth dan berkawan dengan a few bebudak ni....semuanya dah lost contact gak.

Kat UUM lak, kebanyakan dari kami masih contact. A few kejap tenggelam kejap timbul, tapi yg paling setia adalah puan Maya (thanks beb sebab masih sudi berkawan dgn aku...heheee....). Masa kat U masing2 sekepala tapi bila dah bekerja ada yang mula berubah. Bila dah kawin ada yang terus hilang!

Aku ni jenis suka maintain the friendship tapi kalau aku dapati aku je yang berusaha tapi tak dapat the same feedback dari member2...aku prefer to "lupakan" mereka. Kalau diaorg ingat aku, satu hari nanti diaorg mesti carik gak kannn...

Oh, ya! Boleh bagi cadangan macam mana nak berkawan semula dengan x-bf yang terjadi kerana salah faham dan "penyakit mulut puaka" masing2? Aku dah hantar 2 e-mail mintak maaf....walaupun kesalahan tu datang dari kedua2 pihak. Satu masa Hari Raya last year, dan satu lagi masa nak wish birthday dia baru2 ni. Kedua2 e-mail terbiar tanpa balasan. Aku ada sikit insaf dan takut dapat azab oleh Allah kerana berdosa memutuskan silaturrahim, tapi kalau takde apa2 respon darinya apa lagi aku patut buat? Should I meet her personally?

p/s : Siti....kau kenal orangnya!

Your Best Vacation Moment Contest


Seperti biasa, kalau nak join contest mesti di saat2 akhir...Kali ni nak join contest anjuran Lily - Your Best Vacation Moment. Bagi aku contest anjurannya lain sikit sebab tak melibatkan peserta mempertaruhkan gambar anak2/baby so kiranya lebih "universal" dan boleh disertai siapa2 saja.

Kalau ikut plan yg asal, aku nak submit entry bercuti ke Melaka tapi disebabkan Naufal sakit pada hari kami sepatutnya bercuti terpaksalah ditukar kepada cerita vacation dolu2 (gambor2 pun scan aje sebab tak tau mana simpan file gambo2 tu. Lily, sila puji kegigihan akak menscan ye...hehee...)

Percutian ke Langkawi pada tahun 2006 ni adalah sempena belated honeymoon kami. Kitaorang stay kat Langkasuka Resort. Masa tu honeymoon package dia berharga RM500++ untuk 3H2M. Harga tu termasuk limo pickup dan hantar kat airport, breakfast in bed utk dua hari, candle light dinner by the beach (ya...tepi laut!!) dan island tour selama setengah hari pada hari kedua.

Banyak gambar nak share tapi memandangkan syarat contest cuma letak 3 gambar so here goes :

Ni kat Pantai Cenang - pantai yang paling famous kat Langkawi. Best mandi kat sini sebab pantainya landai aje....pergi jauh2 pun masih takat dada airnya. Air pun jernih, masa mandi boleh nampak ikan kecik2 lalu kat kaki kami. Kami pergi ni awal pagi, sekitar 10am so orang masih tak ramai. Tapi kami mandi kejap aje sebab kelam kabut nak pergi Underwater World sebelum check out hari terakhir tu. Kat Pantai Cenang ni banyak resort2 yang menawarkan harga yang berpatutan...you'll be spoilt for choice. Kalau pergi masa bukan peak season, ambik masa utk survey dan pilih sebab memang banyak (ada chalet, hotel murah sampai yg 5 bintang pun ada)

Ni kat atas Gunung Machincang. Nak naik gunung ni kena pakai kereta cable. Pemandangan kat atas ni sangat superb! Udaranya terasa bersih, sejuk dan nyaman aje...Dari observation deck yg disediakan kita boleh tengok seluruh Langkawi. Bagi yang gayat tak dinasihatkan pergi...tapi kalau tak pergi RUGI! Berapa harga tiket kereta cable aku tak ingat lak. Korang google aje lah ye..heheee....

Ni kat Tanjung Rhu. Nun jauh sana tu adalah aku. Saja amik gambar macam tu sebab nak tunjuk pantainya yang putih dan bersih. Bagi aku pantai kat tanjung Rhu adalah yang paling cantik. Pasirnya putih, keadaan geografinya sangat cantik dan unik. Macam gambar kat atas tu, ditengah2 laut tu ada jalan berpasir yang bawak kita ke pulau sebelah sana (kira2 50 meter dari pantai). Kalau berani jalan kaki je ke situ, tapi kalau nasib tak baik tetiba air pasang maka terkandaslah korang...heheee...

Ok....tiga gambar dah pun dipertaruhkan. Terpulang kepada Puan Lily untuk menilainya. Mintak maaflah kalau gambar tak berapa clear. Maklumlah, gambar yang di scan....Syarat2 lain akak dah ikut ye (akak pun memang dah lama jadi follower Lily)

Oh ya, kalau yang masih belum pergi Langkawi tapi berminat nak pergi digalakkan pergi masa bukan peak season (sekitar bulan May, June dan July). Ni taxi driver yang bagitau kami. Masa bukan peak season ni hotel rates murah, harga kereta sewa pun jatuh gila dan boleh pilih keta yang best2 (beli kereta kat Langkawi murah, sebab tu orang2 Langkawi kereta depa best2!). Agak2 takmo sewa kereta, sewa moto pun boleh.....Langkawi tu tak besar mana, naik moto pun boleh jelajah satu pulau tau....

Sebagai penutup aku nak letak gambar kat Tugu Helang ni (tak lengkap kalau tak bergambar kat sini kalau gi Langkawi).

Bagi aku percutian masa tu adalah yang the best sebab dapat spend masa dengan husband, baru kawin lak tu kan...hehee....Secara tak langsung kami lebih mengenali diri masing2 dan dapat tengok bagaimana kami manage our time, our budget dan jugak macam mana kami organize percutian ini bersama.

Masa tu Naufal takde lagi so memang panjang sikitlah langkahnya. Sekarang ni kalau nak pergi lagi kena plan betul2. Kami memang plan nak pergi lagi sebab 3H2M tak cukup untuk jelajah satu pulau dan pergi ke setiap tempat menarik kat sana.

Saturday, 23 January 2010

Sultan Johor Mangkat (1932-2010)

Semoga Almarhum ditempatkan di kalangan orang yang soleh...

Al Fatihah!

Tuesday, 19 January 2010

Momok

Sejak akhir-akhir ni aku perasan Naufal dah pandai sebut 'momok'. Sebagai parents, kami tak pernah gunakan pendekatan menakutkan anak untuk pastikan dia buat/tak buat sesuatu. Err...tipu, aku selalu panggil CICAK kalau dia takmo tido wlpn dalam keadaan bilik yang gelap gelita. Dulu menjadik...sekarang ni kalau aku panggil cicak dia tolong buatkan bunyi cicak adalah!

Mula-mula tu kitaorang ingatkan dia tak tau apa itu 'momok' tapi ada satu malam tu masa aku dan husband tengah tengok citer apa tah kat astro tetiba Naufal terjaga dan join kami tengok cerita tu (Masa tu kami tidur kat ruang tamu depan tv). Bila part mak ponti tu interframe kat skrin tv terus je Naufal kata - Momok...momok... sambil tunding jari dia kat tv. Terkejut gak, mana dia tau sedangkan kami tak pernah ajar! Buat masa ni tak terfikir lagi nak tanya BS Naufal. Tapi aku rasa dialah yang memomokkan Naufal dengan perkataan Momok itu. Nasib baik dia tak jadik budak penakut (well, not yet agaknya)

Sejak tu, kalau masuk bilik untuk tidurkan dia bila dia kata Momok...aku terus jadik ketakutan. Adakah dia betul2 nampak atau saja-saja je cakap sebab bilik tu gelap? Dan yang latest kejadian terjadi hujung minggu lepas. Aku nak isi minyak kereta utk pergi kerja esoknya. Stesen minyak tu betul2 kat tepi bukit yang ada hutan sikit. Si Naufal mulut takde insuran boleh tunjuk kat pokok2 tu dan kata "Tu....Mmi..Mmi...MOMOK!" Mak memang tak berani nak pandang. Lepas tu aku suruh Naufal pandang tempat lain dan try to distract his attention kepada benda lain supaya dia lupa. Pastu aku tirunkan cermin tingakp suruh bapaknya cepat2 isi minyak dan blah dari situ.

Dasa penakut (aku ler tu)!!!

Gambar ihsan pakcik google....heheee....sekadar mengerikan menyerikan lagi entry ini.



Sunday, 17 January 2010

Aktiviti mencabar di hari sabtu - untuk saya lah!

Ni cerita semalam.

Hmmmm....dah seminggu tak bukak lappy. Hampir terlupa sembunyikan kat mana (kes pecah rumah banyak sangat kat area sini, terpaksa sembunyikan lappy kalau keluar rumah!).

Memandangkan aku seorang ibu yang bekerjaya, hujung minggu biasanya banyak dihabiskan untuk buat kerja2 rumah yang biasanya tak terbuat masa weekdays. So....apa aktiviti semalam yang konon2 mencabar sangat tu?

Nahhhhh....ambik kau!


Ni kain baju stok 5 hari punya! Encik Nazir kalau kerja malam, siangnya dia memang rajin tolong basuh dan sidaikan baju. Malangnya pakej dia tak termasuk untuk kerja2 melipat. Since bila dah balik kerja biasanya aku dah terlalu kepenatan ditambah pulak Naufal memang akan menyibuk sama masa melipat, aku selalu tangguhkan kerja2 melipat ni masa weekend.

Tapi this week banyaknya luar biasa lak. Tengokkan aje dah rasa "bencinta" nak mulakan melipat. Tapi kalau tak dilipat hari ni, esok lepas mandi rasanya dah mula kena punggah kat sini utk cari baju dan anak2nya....Tak sanggup pulak, dah macam orang takde bini lak Encik Nazir ni.

So, semalam aku telah gagahkan diri untuk melipat at least 70% dari isi kandungan bakul ni tadi. Dua trip - trip pertama lepas semayang subuh, trip kedua kul 3pm masa Naufal tido. Hari ni aku nak habiskan balance 30% dan tambah lagi basuhan semalam punya.

Selain dari cabaran melipat baju yang menimbun tu, cabaran kedua adalah memasak ini :


Besar kan?!! Ni Encik Nazir beli dari kawan dia. Fresh baru tangkap, harga RM20 untuk 700gram. Dapatlah 9 ekor udang yang agak besar (yang dalam gambar tu aku ambik udang terbesar dengan terkecik untuk perbandingan).

Aku rasakan ia adalah satu cabaran kerana:

1. Tak pernah masak udang sebesar itu...kuali kat rumah ni pun ala2 comel jek! Pastu kalau tengok kepala udang tu, menakutkan lak! Tak reti nak agak berapa lama utk masak, takut masak kejap kepalanya tak masak, kalau lama sangat nanti isi udang keras pulak....

2. Tak tau nak masak mcm mana - last2 aku buat sambal tumis udang je. Utk Naufal aku reserve dua ekor, pastu goreng biasa letak serbuk kunyit. Suka betul budak kecik tu.....tapi sorry lah Naufal, bukan selalu dapat makan mcm ni ye.....Ada sesiapa boleh bagi idea resepi apa utk dimasak utk udang sebesar ni?

Demikian saja cerita bagaimana saya menghabiskan hari ini....

Friday, 8 January 2010

Me Time!

Dulu-dulu masa sebelum kawin, aku adalah sangat suka melakukan ini :

1. Baca novel.

Kalau cerita tu terlalu best, sesi pembacaan diteruskan sampai kekadang sampai terlepas waktu makan. Sedar2 je perut dah berkeroncong mintak diisi.

2. Shopping/window shopping sorang2

Aku akan keluar seawal pukul 9.45am dan pergi "bukak" kedai2 kat shopping complex tu.
Perasaannya adalah sangat best apabila menjadi antara orang pertama yang sampai ke situ.
Aku boleh pilih mana2 parking yang kau suka, aku boleh berjalan2 tanpa perlu berasak2 dan
masa bayar aku tak perlu beratur panjang. Bila orang mula ramai, aku pulak dah habis
shopping + kenyang makan sorang2 kat mana2 fast food outlet dan boleh balik sebelum
waktu Zohor...heheee....it's the best mind therapy!


3. Mandi lama2 utk sental kaki, shampoo...dan lain2 (takkan nak letak secara detailed, ye tak?!)

Kekadang lepas mandi sampai berwap cermin kat bilik air tu...keluar dari bilik mandi rasa
sangat fresh dan "baru"....


4. Bermalasan kat depan TV sambil menonton CD secara marathon


Tapi kini.....


1. Kalau dapat habiskan satu majalah dalam masa seminggu dah cukup best la tu

2. Kalau nak shopping atau window shopping sorang2 hanya boleh dilakukan waktu lunch hari Jumaat. Itupun kalau takde kekangan kerja di office, dan kena sacrifice lunch.

3. Sesi mandi di bilik air paling lama 7 minit agaknya (hanya utk melakukan perkara2 wajib - cuci muka, mandi, syampu rambut)

4. Kalau tengok TV, kena share remote dengan encik husband. Kalau encik husband kerja, kena bertolak ansur dengan encik naufal pulak yg sibuk nak tengok Belalang, GBS atau Jim Jam and Sunny...sigghhhh.....

So....lepas dah kawin dan ada anak ni, bila agaknya dapat spend more time for myself?!

Perancangan utk keluar berdua dengan Puan Maya sempena girls day out pun terpaksa di cancelled gara2 boss aku suruh naik kerja juga walaupun production shut down seminggu! Kalau tak sedapnya berspa bagai.....huhuuuuu sedihnya! *updated : Puan Maya and Naufal was hospitalized on the day we were supposed to have the girls day out*

Kekadang aku wonder - macam mana orang lain spend their "ME TIME"? Atau they are happy spending their time for others?

p/s : entry ni bukan stok merungut penat atau bosan jadi ibu/isteri.....sila jangan judge saya begitu : )


Heavennya kalau dapat buat semua ni....

Above pic taken here
**********************************************************************************

Entry ini sepatutnya discheduled utk "keluar" pada minggu terakhir 2009, tapi disebabkan kejadian2 yang tak dirancang telah tertunda beberapa hari selepas....

Wednesday, 6 January 2010

Tips jika anak kena sawan demam panas

Aku terjumpa risalah ni kat wad tempat Naufal admitted hari tu. Terfikir nak share dengan rakan2 bloggers semua :

APAKAH SAWAN DEMAM?
Terjadi apabila suhu badan kanak2 meningkat lebih cepat dan lebih tinggi dari orang dewasa. 1 daripada 30 org kanak-kanak di bawah umur 6 tahun mengalami sekurang-kurangnya sekali sawan demam panas.

BAGAIMANA MENGENALI SAWAN DEMAM PANAS

  • Badan merasa panas
  • Badan, kaki dan tangan tegang/kejang
  • Kaki dan tangan mungkin bergoncang tiba2
  • Kadang2 mutut berbuih dan terbuang air kecil atau besar (Masa Naufal, kebetulan dia tido menyarap...sedar2 tilam dah basah sebab air liur dia)
  • Dia akan tidur atau tidak sedar beberapa ketika kerana letih
  • Mengalami kebiruan di bibir dan hujung2 jari
  • Bila terjaga, pesakit mengalami kebingungan
BOLEHKAH SAWAN DEMAM PANAS DICEGAH?
Ya, ia boleh decegah sekiranya demam anak anda dapat diturunkan / dikurangkan (Dekat wad, nurse suruh jelumkan badan dan especially kepala Naufal dengan air. Biar basah selalu. Setiap kali kena air Naufal nangis "jukkkk...jukkkk". Memang tak sampai hati, tapi utk kebaikannya)

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN DEMAMNYA?
  • Tanggalkan bajunya
  • Lapkan badannya dengan air biasa, jangan gunakan air sejuk atau ais
  • Berikan ubat demam - panadol/paracetamol mengikut dos (jika umur <2>2 tahun - 10mil setiap 4jam hingga 6jam)
  • Jangan selimutkan anak anda dengan selimut tebal
  • Kipas angin boleh digunakan pada jarak yang dekat, tetapi jika anak anda menggigil tutpkan kipas tersebut dan selimutkan dengna kain nipis (dakaplah dia)
  • Sekiranya demam anak anda berlarutan, bawa anak anda segera berjumpa dokto
APA YANG PATUT DIBUAT JIKA SAWAN BERLAKU
  • Baringkan anak anda di tempat yang selamat (jauh dari air, benda2 tajam dll)
  • Baring secara mengiring dengan kepala diarah ke satu sisi untuk memudahkan pernafasan dan mengelakkan dari tercekik (Mungkin Naufal agak tercekik sebab dia ada muntah. Nasib baik masa tu dah sampai kat pintu pagar hospital)
  • Jangan cuba memasukkan apa2 objek/benda atau jari anda ke dalam mulut anak anda (aku tak tau hal ni, since gigi Naufal dah bunyi2 kerana terkancing aku pergi masukkan hujung tuala kat celah gigi dia....naib baik tak jadik apa2)
  • Hubungi hospital atau 999 dan minta bantuan atau bawa terus anak anda ke hospital berdekatan
  • Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
  • Perhatikan keadaan anggota badan anak anda semasa serangan sawan dan berapa lama/saat (Doktor ada tanya aku berapa lama dia kena, tapi siapa nak tengok jam masa anak kita jadik mcm tu kan? Tapi kalau korang tak panik...tell the info to the doctor, it might help)
  • Ibu bapa dan penjaga diingatkan JANGAN PANIK
BOLEHKAH SAWAN DEMAM PANAS MEROSAKKAN OTAK?
Jarang sekali. Rawatan awal yang betul dan tepat dalam mengawal sawan akan mengurangkan lagi risiko ini. INGAT! Sawan demam panas boleh dicegah dengan mengawal demam anak anda (ikuti langkah2 untuk mengurangkan demam)


[ini scheduled post]

Monday, 4 January 2010

Cerita Naufal Masuk Hospital

Kalau ikut plan asal, minggu terakhir 2009 aku dan Nazir patut habiskan annual leave pergi bercuti ke A Famosa Resort kat Melaka (di samping menyambut anniversary ke-4 kami). Semua booking dah buat dan dibayar, cuti dah approved 29-Dec dan 30 Dec. Aku dah excited nak bawak Naufal gi Safari tunjuk animals, siap beli kasut baru yang selesa since kasut lama dah kecik sebab aku bajet mesti kena banyak berjalan takut dia sakit kaki lak nanti...

Tapi kita hanya mampu merancang - Allah yang menetukan semuanya! Malam sebelum kami pergi bercuti Naufal kena demam panas sampai menyebabkan dia kena sawan tarik.

Kronologinya :

28-Dec
6.30 pm : Petang balik dari kerja aku dah dapat rasa badan Naufal agak panas. Plan untuk melawat Puan Maya yang masih sakit tu terpaksa di postpone lagi (liat betul "jodoh" kita kan Maya?).

8pm : Temperature Naufal sekitar 38.3 degree. Kasik Naufal makan ubat demam biasa dengan harapan 4jam lagi kalau masih tak kurang nak masukkan ubat dari *ontot. Masa tu harapan nak ke Melaka dah tinggal samar2 jek...

11pm : Aku dah tertido gara2 sakit cabut gigi weekend hari tu masih terasa. Dah pesan dengan Nazir utk kejut aku kul 12am lebih kalau temperature Naufal masih di atas 38degree.

12.30am : Aku dengar suara Nazir cemas mengejut aku "Ayang...Naufal...Naufal!!!". Sepantas kilat aku bukak mata dan bangun. Nazir tengah angkat Naufal, aku terus suruh dia ke bilik air untuk mandikan dia. Kat bilik air Nazir pegang Naufal dan aku siram air kat badan dan kepala dia. Matanya ternaik ke atas, tangan dan kaki keras dan kejang. Nafas lak tersekat2...Ya Allah, Tuhan aje tau betapa luluhnya hati aku tengok anak tersayang dalam keadaan mcm tu!

Masa kali pertama kena setahun lalu, doktor dah pesan JANGAN PANIK dan kena mengiringkan dia ke kiri, dongakkan sikit kepalanya supaya laluan pernafasan tak tersekat dan barulah mandikan dia. Walau berkali2 aku dah praktis semua ni dalam minda tapi when the real situation comes - aku dan Nazir panik sepaniknya! Bila dah mandikan pun Naufal belum sedar, cuma kedengaran suara dia mcm mengerang aku terus suruh Nazir bawak Naufal gi hospital.

Aku nak mention kat sini.....semasa kejadian tu aku hanya memakai shorts dan singlet (bra less ok!). Sib baik Nazir sempat capai kain pelikat dia dan tuala utk aku cover diri ni bila sampai kat hospital.

Jarak Hospital Kulai dari rumah aku tak sampai 10km. Malam tu Encik Nazir drive mengalahkan Michael Schumacher dan kereta Kelisa kami bertukar jadik kereta lumba F1. Habis semua traffic light kami langgar! Sampai je kat emergency, Nazir amik Naufal dari pangkuan aku dan bawak dia masuk ke ER. Kat dlm keta, dlm keadaan yg masih menggigil dan blur aku cuba pakai kain pelikat dan tuala tu. Sudahnya aku berkemban dengan kain tu dan tutup kepala aku dengan tuala! Sebijik mcm org baru keluar dari bilik mandi....malu betul!!!

Nak tambah "kemaluan" tu, ngam2 kat depan ER ada sorang polis dok perhati aku dari tadi. Lantaklah! Bila aku dah bersiap ala kadar,aku ke kaunter pendaftaran dan mintak dengan nurse kat situ apa2 baju utk cover diri aku dengan lebih 'sopan'. Sib baik ada hospital gown warna hijau tu.....

Kat dalam ER, aku tengok Naufal dah sedar dan tengah menangis which is a good sign. Misi2 tengah mencarik urat dia utk cucuk jarum nak masuk drip. Tak cukup kedua2 tangan, kaki pun dia orang nak cucuk. Kesian Naufal.....nangis je dia sambil sebut "Mi...mi...". Aku hanya mampu pujuk Naufal jadik good boy aje sambil nyanyikan zikir2 yg dia suka dengar kat cd dlm kereta kami.

Sementara tu Nazir aku dah suruh balik untuk ambil susu dan pampers Naufal dan baju aku since nurse kata Naufal kena admitted ke wad due to dehydration dan kurang darah merah. Dalam keadaan kelam kabut tadi aku tak bawak apa pun....

2am : Naufal dimasukkan ke wad kanak2 Sri Kencana. Yang tak bestnya hospital kerajaan, hanya sorang saja boleh jaga waktu malam. Although still exhausted, mestilah aku yang nak jaga Naufal kan...

Sepanjang malam tu, Naufal hanya tido kul 3am - 4.30am je. Lepas tu dia bangun dan bebel2 dalam gelap. Sungguhpun tengah demam, aktiviti pembebelan tetap aktif wlpn dalam keadaan wad yang gelap dan senyap sunyi....heheee....Kebetulan lak kat dinding wad ada gambar Goofy, asyik je nak sebut "ummi..dog! dog!'

5.30am : Naufal diambil darah untuk diuji. Melalak2 budak tu kesakitan, dah la darahnya pekat (samada kerana dehydration atau kerana awal pagi sejuk jadiknya darah kita agak pekat). Tapi masa doktor datang round jumpa pesakit, katanya result darah Naufal ok..takde apa2 sakit. Alhamdulillah!

8.30am : Nazir datang ke wad lagi utk bawak tuala mandi, cermin mata (ya, aku rabun sepanjang malam tu) dan barang2 keperluan yang lain (tak lupa jugak bra!). Demam Naufal masih tak turun2. The max temperature adalah 39.5 degree - sangat tinggi! Ubat dari *ontot dimasukkan dua kali di samping drip air melalui tangan kirinya. Kesian naufal...dia mesti terasa pergerakan terbatas dengan adanya drip tu kat tangan dia. Asyik nak cabut aje mendalah tu. Ngeri aku!

Sepanjang siang hari pertama kat wad tu, naufal asyik nangis je. Sampai bengkak2 dan merah matanya.

Akhirnya, lepas 3 hari dan 3 malam berada kat wad Naufal dibenarkan keluar menikmati kebebasannya semula pada 31-Dec tengah hari. Syukur sangat2....aku sangkakan demam dia akan berlanjutan since temperature dia kejap naik kejap turun. Pastu takmo minum air langsung, kena tambah bag utk drip lagi...aishhhhh...dugaan betul!

Kesan daripada asyik masuk air melalui drip tanpa melalui mulut, semalam aku perasan ada mata ikan besar kat bibir atas dia. Patutlah langsung takmo minum susu. Untuk elakkan dia kurang air mcm2 air kotak kami belikan untuknya. Habis semua pantang larang (air yg kami tak galakkan minum) terpaksa langgar. Semua gara2 nak elakkan dia dehydration (air bergas tetap tak bagi).

Panjang pulak entry ni.....sebenarnya macam2 lagi cerita nak dikongsi pasal pengalaman ni. Nak cerita pasal servis kat wad ni, karenah other patients dan parents masing2, karenah nurses dll...Tengoklah nanti2 aku akan buat separate entry.

Tapi yang paling penting, aku nak listkan pengajaran yang aku dapat daripada pengalaman kedua Naufal kena sawan demam panas ni :

1. Bila anak demam, masa tido malam TOLONG pakai baju yg lengkap dan sopan. Korang mesti tak nak melalui pengalaman mcm yg aku terpaksa lalui kan? Bukan apa, kalau waktu malam yang panas aku memang lebih selesa pakai shorts and sleeveless shirt masa tido...

2. Sediakan satu bag kecik barang2 keperluan (contoh : baju basahan, pampers, tuala kecik, toiletries dll yang difikirkan perlu) dan letakkan kat satu tempat yg mudah dicapai. Alaaaa....yg macam persediaan bag hospital masa pregnant tuuuu....Bila apa2 terjadik, senang takyah nak ulang alik ambik barang tu. Kalau rumah dekat dengan hospital takpe gak (mcm aku ni)

3. JANGAN PANIK! Sangat penting untuk tidak panik supaya kita dapat berfikir dengan lebih clear dan waras....

4. Sentiasa ada stok ubat demam yg masuk kot *ontot tu. Agak2 temperature dah jejak 38 degree masa malam, terus masuk ubat tu aje. Walaupun still kena berjaga2, tapi taklah merisaukan sangat nanti...buatnya dua2 dah tertido tak sedar mcm mana? I was lucky that night Nazir watched football...kalau dia pun dah tertido..isyyyyy....tak sanggup aku nak fikir apa yang terjadik!

Itu saja buat masa ni. Kalau korang ada tambahan tips dan pengajaran daripada pengalaman aku ni, sharelah ya....

Aku doakan kita semua tak perlu melalui pengalaman macam yang aku telah lalui ni....

[ini scheduled post]

Sunday, 3 January 2010

Blog under renovation

***