BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 31 January 2011

Akibat bangun lambat...sarapan kat mana?

Weekend lepas adalah weekend yg basah. Start dari sabtu pagi sebelum subuh hujan turun tanpa henti. Kejap2 lebatttt sangat, kejap2 renyai aje. Situasi tu berterusan sampai malam semalam. Nak buat apa pun jadik malas, rasa nak melingkar dalam selimut aje.

Tapi, mana boleh kan?!

Aku gagahkan jugak diri vacuum rumah, mengemop dan sental lantai dapur. Berpeluh jugak la tapi tak cukup memanaskan badan untuk aku tak terjerit2 kat bilik air masa mandi....hahahaaa....Akibat terover rajin hari sabtu, semalam aku macam dah tak berapa ada kerja jadiknya. So, aku buat keputusan nak bermalasan atas katil aje lepas subuh sementara encik nazir balik kerja malam.

Dah nama pun bermalasan, haruslah tertido kan? Sedar2 aje ada tangan sejuk pegang muka aku. Terkejut beruk aku dibuatnya. Encik Nazir dengki la tu tengok aku sedap2 dok bawah selimut sedangkan dia baru balik kerja. Tengok jam dah pukul 8.30am. Ni dah dikira lewat untuk carik sarapan sebab nak memaksa diri ni mandi sejuk2, pastu nak mandikan naufal lagi. Sudahnya kami keluar rumah kul 10am.

Pusing2 kat tempat biasa kami bersarapan kalau aku malas memasak pagi2, semua penuh dengan orang yang macam kami gak - sejuk dan kemalasan untuk memasak sarapan lalu bangun tido lambat. Sampai kedai yang ke-3 semua penuh last2 aku terdetik.....pergi sarap kat McD ajelah! Confirm tak ramai orang. Sempat lagi since bfast kat McD habis kul 11am, dapat free coffee refill lagi.

Ahad yang sejuk dan basah

Naufal tu suke sengih mcm tu sekarang ni kalau amik gambo

Gara2 makan kat McD, terpaksa keluarkan RM27 utk sarapan tiga beranak. Itulah harga yang terpaksa dibayar bila bangun lambat di hari-hari hujan...huhuuu...kalau tak biasanya sarapan tak sampai RM10 lagi mengenyangkan pulak tu.

Kena paw dengan Naufal Happy Meal pulak!
Suke lah dia...


Gambar makanan takde.
Gambar selepas aje yang ada, sebab terlupa nak amik.

Apa-apapun coffee kat McD adalah yang terbaek pada aku. Aroma dia jek dah buat aku rasa bersemangat. Pastu ada refill lagi.....refill lah sampai muntah hijau : )

Tapi takleh diamalkan selalu, kalau tiap weekend belanja dekat RM30 utk sarapan aje, sebulan dah RM100++. Once in a blue moon takpe laaa...unless korang semua kerja chop duit....hahahaaaa....

Sunday, 23 January 2011

Sotong masak hitam si tampuk manggis

Sebenarnya lauk2 ni aku masak last week. Kat FB aku dah war-warkan tapi tanpa gambar. Baru sekarang nak upkan kat blog. Dah jadik baja pun hasilnya...hahaaaa...

Antara yang aku masak :

Broccholi dan cendawan tiram in oyster sauce

Udang goreng kunyit (untuk Naufal coz tak pedas)

Sotong masak hitam. Owhh...presentation dia tak tahan betul!
Saja letak 'bunga' tu sebab lauk sotong tu terlalu hitam dan 'buruk'

So, hari ni aku nak share resepi sotong masak hitam. Bukan selalu blog ni tayang dan share resepi! Sebab tersangatlah jarang masak, cuma weekend aje. Sila kagum ye. Bagi yang dah tau resepi, buat derkk ajelah...atau korang boleh share versi korang.

Bahan-Bahan
1/2 kg sotong (simpan hitamnya)
3 ulas bawang putih - kisar
4 ulasa bawang kecil - kisar
2 batang lada hidup (aku tukar kepada cili padi - ikut kepedasan yg korang suka) - kisar
sikit belacan - kisarkan sekali
1/2 sudu besar serbuk kunyit - letak sekali dlm blender masa mengisar bahan2 kat atas ni
2 sudu besar serbuk cili ~ optional
sebatang serai ~ dititik
Air asam jawa (setengah cawan)

Cara-Cara
Tumiskan bahan2 yang dah dikisar lalu tambahkan gula.
Kacau dan tunggu sampai pecah minyak
Tambahkan sotong
Tambahkan serai
Letak hitam sotong dalam 3-4 biji (ikut suka korang nak hitam bnyk mana)
Last sekali tuangkan air asam jawa

Siap dahhhhh....

Mula-mula kawin dulu encik nazir tak biasa dengan lauk ni. Pernah sekali aku masakkan lauk sotong ni, kebetulan adik-adik dia datang. Diaorg pun tak biasa tengok. Aku dengar diaorang tanya encik nazir ni lauk apa. Dgn nada gurau dia jawab "air acaq"...wuhuhuuuu...kecik ati aku dia kata lauk tu air longkang. Lepas tu dekat setahun lebih aku tak buat dah...Bak kata cikpid, sesentap!

Tapi sekarang ni encik nazir dah pandai request pulak....Dah pandai makan la tu. Entah sotong masak hitam siapalah yang buat dia berkenan sangat!

Wednesday, 19 January 2011

Saya gunting....saya ok!

Tajuk entry meniru ala-ala video kontroversi tu....heheehee...

Aku pernah buat satu entry pasal Naufal menangis gila masa kena gunting rambut. Memang drama habis la. Tiap kali nak gunting rambut jek rasa risau, sebab takut drama air mata berulang kembali. Kami tukar2 tempat, tapi tiap kali dia mesti nangis jugak. Dah la rambut dia cepat panjang, sebulan sekali mesti gunting. Kalau biarkan dekat2 dua bulan, tumbuh ruam merah kat tepi telinga dan leher...asyik tergaru2 aje.

Tapi baru2 ni dia dah tak nangis. Rasa legaaaa sangat. Siap kekadang tu dia request nak gunting rambut, kalau lalu depan barber shop. Over pulak! Ni tanda-tanda yang dia dah besar, dah boleh berdikari sendiri.

Sempena 'meraikan' naufal dah tak nangis digunting rambut, haruslah emaknya nak tayang kat blog kan?

Aku ngeri sikit masa ni, sebab uncle tu pakai pisau lipat yg tajam gila. Naufal lak takleh diam kepala dia sebab kegelian agaknya. Tapi uncle ni sangat pro. Respek betul! Encik Nazir kata, masa dia kecik2 sekolah rendah dia selalu gunting dgn dia ni.


Macam budak besar lak aku tengok Naufal kat gambar ni.

Oh ya, alang2 dah cerita pasal Naufal ni aku nak update yang dia dah fully diaperless di waktu siang sekarang ni. Tapi masih tak pass kalau pergi jalan2, masih kena pakai diaper. Baru2 ni kitaorg keluar kejap aje, dia leh terkencing dalam kereta. Marah gila encik nazir kat dia, kesian aku tengok muka Naufal. Malam pun masih pakai, sebab ummi dia m.a.l.a.s nak bangun malam dan bawak dia ke toilet utk kencing.

Ok lah tu, since aku sebenarnya expect dia tak pakai diaper siang hari bila dah umur 3++. Rupanya dia sendiri request takmo pakai. Aku lagi suka laaa....tak larat tu nak menampung kos Huggies Ultra dia tu. Satu paket RM30.90 untuk 34 keping, harga ni paling murah so far kat pasaraya kecik area taman rumah aku. Seminggu lebih kena beli lagi (aku mula tau pasal CD sejak Naufal umur 1 year ++ tapi kesungguhan dan kerajinan tu takde...padan muka!)

Tapi kalau dia berak.....tak tahan betul nak menahan diri bila kena sama-sama menyangkung kat jamban tunggu dia berak sebab takut dia masih tak terror cangkung lama2. Orangnya kecik, tapi 'hasil' dia boleh tahan baunya.....hahaaaa....

Sunday, 16 January 2011

Kacang pool...bukan swimming pool ya


Sangat teringin nak makan benda ni. Buat masa ni yang paling sedap dan aku boleh bagi 5 bintang adalah kat area Larkin, atau lebih spesifik depan balai bomba tu. Makan lak dengan roti dia yang lembut tapi rangup kat luar sebab baru dibakar. Yummmeyyyy!!!


Close up....tapi blur pulak sebab aku nak cepat2 amik gambar gara2 malu dengan orang yang mungkin tak paham, seorang yang ada blog pasti akan mengambil gambar makanan yg dia makan untuk ditunjuk kat blog....hahahaaa....

Oh ya, Kacang Pool Haji namanya.

Gambar2 dah lama aku amik, tapi asyik lupa nak upkan kat blog. Bila dah teringin nak makan, baru teringat ada gambar2 lama terperam dalam folder.

Ok lah....kalau ada masa bagi yang dok area jb, boleh la try. Tak rugi punya lah.....

*perut aku dah berbunyi2 tengok gambar yg first tu....adeh, kenapalah jauh sangat larkin tu dari kulai ni....*

Monday, 10 January 2011

Derma Organ Anyone?


Baru-baru ni kat opis ada buat kempen derma darah. Aku pernah volunteer nak derma darah dulu, tapi tak boleh atas sebab-sebab tertentu. Rasa kecewa jugak. Masa lalu kat meja pendaftaran tu aku ternampak brochure pasal derma organ.

Ni aku share apa yang tertulis kat brochure tu (aku copy sebijik-sebijik ye, sebab malas nak mengarang). Mungkin dapat memberi manfaat/ilmu pada orang lain yg membacanya:

Apakah itu pendermaan organ?
Merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan pemindahan organ (transplasi) selepas meninggal dunia.

Apakah itu Pendermaan Organ (transplasi)?
Merupakan satu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu daripada penderma yang telah meninggal dunia kepada penerima yang memerlukan.

Pemindahan organ ini boleh menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu dan mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat

Bilakah organ dan tisu si penderma diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma HANYA akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua org doktor yang bertauliah. Doktor2 yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

Adakah rawatan akan diabaikan jika diketahui anda adalah seorang pengikrar penderma organ?
Tidak! Pengikrar penderma organ akan dirawat sebaik mungkin sebagaimana pesakit2 lain.

Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan di Malaysia?

Organ
a) Jantung
b) Paru-paru
c) Hati
d) Buah pinggang
e) Pankreas

Tisu
a) Injap Jantung
b) Tulang
c) Kulit
d) Kornea

Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Agama2 lain di dunia (Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) menyokong pendermaan organ selepas meninggal dunia.

Bagaimanakah proses pemindahan organ dilakukan?
Proses pemindahan organ dan tisu melibatkan pembedahan yang bersih dan dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yg berpengalaman. Perolehan organ dan tisu ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Proses pembedahan ini dijalankan dengna penuh hormat dan tertib sebagaimana pembedahan biasa.

Apakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma, jenazah akan dibersihkan, dikafankan dan diserah kepada waris penderma secepat mungkin.

Bagaimana untuk menjadi seorang penderma organ?
Anda perlu mengisi Borang Pendaftaran Pengikrar Penderma Organ. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional sementara Kad Pengikrar hendaklah disimpan dan dibawah bersama anda setiap masa

"ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMAKLUMKAN KELUARGA ANDA MENGENAI HASRAT ANDA UNTUK MENJADI SEORANG PENDERMA ORGAN DAN TISU"

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
Pusat Sumber Transplan Nasional, HKL

Tel : 03-2615 6576/2694 2704
Toll free : 1-800-88-9080

Dah lama sebenarnya terfikir nak derma organ. Tapi lepas dah kawin ni kena bincang dengan encik Nazir dulu la nampaknya. Kalau tak diberitahu dari awal, esok kalau betul2 perlu dibedah untuk diambil organ2 yg aku setuju nak dermakan mungkin akan jadik konflik pulak kan? Better bincang dulu dengn family sebenarnya.

Tapi personally aku masih rasa ragu-ragu dan banyak lagi persoalan pasal derma organ ni. Sebab tu borang yang aku isi tu sampai sekarang masih tak hantar2 lagi.

Inilah borang yang aku isi halfway. Datenya pun 23-Dec.

Errr....boleh tak kita pilih siapa yg boleh terima organ kita tu? Tapi kalau difikir-fikir, jasad kita ni pun sebenarnya hak Allah yang dipinjamkan seketika untuk kita kat dunia ni. Siapa kita nak persoalkan siapa yg layak dan siapa yg tak layak untuk dapatkannya kan?!

Tepuk dada tanya selera. Aku ni dok tepuk dadaaaaa jek dari dulu, tapi tak tertanya2 lagi selera....huhuuuuu....

p/s : tapi jika kita bertanya kepada mereka yang tersangat2 perlukan organ tu, semestinya diaorang akan merayu sangat. Itu je peluang mereka untuk teruskan hidup. Waiting listnya sangatttt panjang!