BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 26 January 2012

Tutup Blog

Hmm..tajuk dah cukup straight forward. Saya tengah berkira-kira untuk tutup blog ni atas beberapa sebab:

1. Tak cukup masa
2. Tak cukup masa
3. Tak cukup masa

Memburukkan keadaan, waktu lunch kat opis pun saya takleh nak drop komen kat blog org lain. Secara tak langsung dah 'terputus' terus 'relationship' dgn kawan2 blogger.

Nway, saya nak ambil kesempatan ni nak ucap TERIMA KASIH kepada followers saya yg 9 orang tu....ya, tak sampai 10 orang pun! Dan jugak yg tak follow tapi rajin mengomen serta listkan blog picisan ni dalam blog list korang. Mintak ampun dan maaf andai ada mana2 entry atau komen saya di sini atau blog anda yg buat anda marah/kecik ati/kecewa. Semuanya tak disengajakan. Kebanyakan dari korang pun memang dah add saya kat fb dan twitter(thanks for that too). Harapnya silaturrahim boleh terus terjalin wlpn lepas blog ni ditutup.

Rasanya takde apa kesan pun pada org lain lepas blog ni takde....last update pun takat bulan 9 last year, itupun amik dari sumber lain yg di C&P. Sungguh2 saya takde keinginan utk mengarang dan menaip entry. Tah sawan apa yg dah menyerang saya pun tak tau :P

Terasa tak adil pulak my blog sitting at the lowest part of your blog list tanpa update. Rasa MALU tengok blog saya last updated '4 MONTHS AGO'.

Oh ya! Account ni saya masih akan aktifkan supaya dapat komen sebagai Yatie Jay kat blog korang. Sekali sekala bila berkesempatan online kat rumah....I'll say hi so that the silaturrahim terus terjalin ;)

Assalamualaikum......HAPPY BLOGGING semua!!! MMmmuahssss...