BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 29 March 2010

Projek Rahsia Naufal

Budak2 ni ada bermacam2 jenis "kenakalan". Aku takmo lah categorize "kenakalan" anak orang lain macam mana. Parents diaorang taulah...

Yang aku nak cerita adalah "kenakalan" chenta hati aku. Berbanding dengan sepupunya yang sebaya si Aish, Naufal ni aku perhatikan dia suka bergerak dalam diam. Maksudnya, kalau dia diam/senyap/hilang maka adalah projeknya masa tu. Si Aish, aku perhatikan suka berlari, menendang bola, melompat, 'pukul' Naufal (ala, budak2 punya pukul) dan bermacam2 aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

Sampaikan atuk2 Naufal kata Naufal ni baiiikkkk sangat. Oh, betapa aku menyangkal dakwaan tersebut. Bukan aku nak kata anak aku tak baik. Maksud aku, Naufal pun ada caranya sendiri untuk buat parents dia pening kepala dan tak senang duduk!

Kalau kat rumah, dia suka berprojek. Antara contoh2 projeknya :

  • Aktiviti bukak drawer/pintu kabinet/petiais dan keluarkan isinya. Puas keluarkan isi kat dalam, dia tinggalkan begitu saja!
  • Aktiviti main DVD Player/TV atau apa saja benda yg ada button - termasuk mesin basuh tau. Yang bijaknya, tau pulak mana button "eject" dan mana button "on/off"!
  • Menyelongkar bakul baju yang belum dilipat (biasalah, ummi dia lipat baju seminggu sekali aje so, mesti banyak yang nak diselongkar!)
  • Main air dalam mangkuk tandas (ewwww) dan jugak baldi dlm bilik air ----> ini memang merbahaya dan scary!
  • Suka mencapai benda2 kat atas kabinet dapur. Pernah sekali tu dia tercapai cerek elektrik mcm aku cerita dlm entry yg ni
  • Dan banyak lagi....dan lagi....dan lagi (sebab tu ummi dia jadik weekend tarzan!
Terbaru sekali adalah kejadian minggu lepas. Biasanya balik kerja kalau aku nak mandi dan solat, Naufal aku letakkan dalam playpen supaya dia tak buat kerja2 mcm yg kat atas tu. Since dia dah masuk dua tahun kita orang decided nak simpan aje, lagipun dia dah boleh panjat keluar. Takut lak kalau2 dia memanjat dan jatuh nanti, lagi susah.

Setiap kali mandi aku boleh gak jenguk2 dan jerit tanya dia kat mana dan buat apa. Tapi kalau tengah semayang aku memang kena tawakkal. Dan kejadian di bawah berlaku semasa aku tengah semayang maghrib. Patutlah aku rasa rumah mcm senyap sunyi aje. Rupanya........................

Baik punya tuang! (buat2 tak nampak je panorama semak kat belakang tu)

Dah tuang, dia buat mcm acara sukaneka pulak - acara tiup tepung!

Muka mcm tak bersalah aje bila kena marah dengan aku

Punya banyak bedak yg dituang, sampai sebati dgn seluar dan kaki dia. Isyyyyy!!!


Meet the "JU-ON"

Mula2 discovered aktiviti dia memang aku menjerit marah. Tapi since benda dah jadik, aku biarkan aje dia teruskan main sambil aku snap2 gambo buat tatapan umum. Org lain asyik dok cerita anak dia baik laaa....bijak laaaa....comel laaaa... which is totally normal dan bagus. Nah, aku pulak tunjukkan the other side of Naufal (di samping menceritakan kebaikan, kebijakkan dan kecomelan Naufal juga!)

p/s : aku rasa sudah sampai masanya aku perkenalkan konsep "time-off" kat Naufal supaya dia tau apa yg dia buat tu salah dan patut kena hukum. Tapi macam mana nak start ye?

Thursday 25 March 2010

Happy Birthday My Baby!

(Maaf....entry agak panjang dan personal - untuk Muhammad Naufal Bin Mohd Nazir)

Pejam celik, pejam celik hari ni Naufal dah masuk 2 tahun. Seperti last year, ummi dan baba tak sempat nak buat celebration untuk Naufal. Baba masuk kerja pukul 3pm dan pulang hanya pukul 11pm. Pada masa tu Naufal dah pun enak diulit mimpi.

Pagi tadi masa bangun pagi ummi wish Naufal happy birthday. Tapi Naufal buat muka selamba aje. Memang betul...Naufal belum mengerti hari ni adalah hari istimewa untuk Naufal. Ummi nyanyikan lagu happy birthday sambil tukar pampers Naufal sebelum hantar ke nursery, tapi Naufal cuma tersenyum aje (kelakar agaknya suara ummi sumbang!).

Walaupun Naufal tak mengerti apa2....bagi ummi, hari ni adalah sangat bererti. Kerana hari ni menandakan Naufal dah 2 tahun mewarnai hidup ummi dan baba. Sunyi hidup kami tanpa kehadiran Naufal pada 2 tahun pertama perkahwinan, adalah waktu yg sangat menguji.

Menghantar Naufal ke taska hari ni tak seperti biasa. Sebelum turun kereta ummi peluk Naufal dan ucapkan Happy Birthday lagi sekali. Secara spontan Naufal peluk ummi semula. Masa ummi cakap "Ummi doakan Naufal jadik anak yang soleh dan bijak, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat, sentiasa dilindungi Allah, murah rezeki dan jadi anak yg berguna untuk keluarga, bangsa dan agama"....tak semena2 hati ummi jadi begitu sensitif dan sebak sehingga mengalirkan air mata tanpa henti! Anak yang ummi tengah peluk ni dah besar....makin banyak akalnya....terasa macam baru semalam Naufal dalam dakapan ummi di labour room dalam usaha ummi menyusukan Naufal!

Ummi bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur utk terus menjadi ummi Naufal. Setiap detik bersama Naufal adalah saat yang terindah buat ummi dan baba. Dari baby Naufal lambat dari segala segi. Naufal hanya mula mengangkat kepala di usia masuk 3 bulan. Boleh memusingkan badan menyarap ketika 5 bulan. Mula menjulur kedepan hanya ketika berumur 6 bulan. Malah belajar duduk dan merangkak pada hari serentak hanya ketika Naufal 9 bulan!

Ketika budak2 sebaya lain dah mula berlari, Naufal baru nak bertatih sambil memegang dinding. Setahun sebulan, barulah Naufal yakin menapak. Alangkah besarnya kuasa Allah....anak yang tiada daya setahun sebelum itu sudah boleh menapak malah berlari sekarang ni!

Maafkan ummi kerana dulu sering merendahkan Naufal ketika org bertanya kenapa Naufal lambat (compared with others). Adalah tidak adil membandingkan Naufal dengan budak2 lain sebab Naufal adalah istimewa dgn cara Naufal sendiri. Ummi risau sebenarnya. Tapi itu setahun dulu. Ummi sedar bahawa setiap anak ada keistimewaan dan kadar perkembangan masing2. Bagi ummi, Naufal adalah cukup SEMPURNA! Jika diberi peluang memilih, 10 kali lagi pun ummi akan memilih Naufal.

Walaupun bangun pagi Naufal berbau masam....walaupun setiap malam ummi masih kena bangun 3-4kali utk buat susu....walaupun setiap kali Naufal demam dan sakit ummi dan babah tak dapat tidur...walaupun Naufal suka sepahkan rumah.....walaupun Naufal kuat meragam.....walaupun Naufal dah tak mau dengar cakap ummi dan baba sekarang ni. Ummi tetap akan memilih Naufal. Kerana Naufal anak yang sempurna untuk ummi dan babah!

Happy Birthday Sayang!

Loves and kisses,
Ummi dan babah..... 25 March 2010 @ 11.45pm


Naufal at 14th hours

Naufal at 37th day

Naufal at 2 month after cukur jambul

Naufal at 3months
Naufal at 6 months

Naufal at 18months

Naufal at 23 months

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

latest

oooppsss! Taken yesterday (projek senyap main bedak)

Wednesday 24 March 2010

Apabila Interview Kerja Macam *&^%@

Baru balik interview keja ni....

Dah berhabuk file sijil2 tu....siap kena lap dengan kain. Kalau tak sure interviewer tu boleh agak dah bertahun aku tak update resume.

Dalam dok sibuk isi borang personal particulars tetiba tang "Hobbies" aku terhenti kejap. Memula laju jek nak tulis blogging (walaupun tulis entry seminggu sekali jek). Tapi tak jadik tulis. Buatnya aku dapat kerja tu, elok2 setiap pekerja ada internet access, aku punya kena block lak sebab sah2 hobi aku tertulis "blogging". Bukan korang tak tau...kalau dah namanya blogger - mesti lah korang akan KETAGIH BLOG! Camne lak dengan kerja nanti? So, aku tulis la hobi2 yg lebih mesra alam seperti membaca (the last book I read was 2 years ago), travelling (selalunya balik penang laaa) and watching movie (beli dvd haram jek, mana ada masa gi tgv dgn anak kecik?!) - kesian kan aku, takde hobi?

Tujuan aku nak cerita pasal interview ni adalah nak tanya korang yg biasa gi interview kerja. Pernah tak korang wish tak cakap apa yg korang tercakap kat interviewer? Maknanya apa yg korang cakap tu jadik 'perangkap' utk kenakan korang balik. Pastu lepas dah 'terjerat' korang terdiam macam orang bodo....rasa mcm nak sembunyi bawah meja atau buat2 pengsan? Demmmm!!! Itulah yang aku lalui tadi!

Cartoon ni menggambarkan secara tepat apa aku nak cakap kat interviewer tu tadi

Disebabkan dah lama gila tak gi interview, aku dah banyak lupa interview skills dan jawapan2 yang patut dijawab. Pastu kerana kekangan kerja dan kat rumah lak kena jaga Naufal yg cranky kerana tak sihat, aku takde masa to prepare for the interview (tak baca pasal company tu etc...). Tapi boleh lak aku pergi dengan confidentnya tanpa ilmu di dada. Kalau dulu2, siap tak tido malam nak prepare.

Alahai.....rasa macam tipis je peluang utk dapat kerja tu. Kawan2 semua, please pray for me. Harap2 dapat lah kerja tu. Dekat sikit aku nak gi kerja, takyah hari-hari aku keluar pagi2 mcm nak gi menoreh getah...huhuuuuu....

p/s : mungkin tak berkat kerana aku terpaksa "ponteng" kerja utk pergi interview...abih nak buat mcm mana? Isnin lepas aku baru jek amik EL sebab naufal demam.

Monday 22 March 2010

Trifle Saya Yang Kelihatan Poyo

Sejak awal Feb lagi aku dok terbayang2 makan trifle. Masa aku kecik2 dulu, mak aku rajin buat benda ni (unlike me, mak aku adalah pakar masakan dan pakar buat kek/desserts). Tapi sejak anak2 dia dah besar dan keluar dari rumah, dia dah jarang sangat buat kerja2 baking ni. Aku dengar (dari mulut bapak aku) hari2 diaorg beli kat kedai aje - mengadu atau sekadar bercerita tu aku tak pasti lak. Alaaa...dah tinggal berdua, lagi senang senang order, kan?

Tapi...takkan aku nak suruh mak aku buat, betul tak? Kebetulan lak masa bloghopping hari tu aku terjumpa 2-3 blog bagi resepi trifle ni. Hari Jummat balik kerja aku menggigihkan diri cari bahan2 utk buat dessert best ni. Semua jumpa kecuali kristal jelly. So, aku substitute dgn agar2 biasa.

Ni merupakan contoh2 trifle yang sebenar....kelihatan menggiurkan bukan?



Dari mana aku dapat resepi nak buat trifle ni terlupa pulak, sebab ada 2-3 versi. Aku amik versi yg paling senang nak dapat bahan. Err...kalau ada yg tak tau camne nak buat, korang google ajelah yek (saya adalah malas nak carik balik link tersebut)

Sebagai bukti aku memang ada buat...sila lihat gambar2 di bawah :


Ni adalah campuran fresh milk, tepung custard dan gula yang dimasak atas dapur

Langkah pertama adalah menyusun kek di lapisan bawah sekali. Better pakai bekas lutsinar so that boleh nampak layersnya. Aku pakai bekas plastik beli kat Ikea (mesti ke sebut Ikea?).


Namun demikian, cubaan pertama ini adalah amat tidak memuaskan hati (read : tak sedap) kerana:

  • Aku tak jumpa swiss roll kat Tesco tadi (semua resepi kata pakai swiss roll) so aku pakai butter cake yang terakhir which is agak tengik dan dah nak expired!
  • Sepatutnya pakai crystal jelly perasa strawberry. Akibat tak jumpa, aku cuma pakai agar2 yang rasanya plain aje
  • Instead of ONE layer of cake, si pandai ni pergi buat 2 layers! Sudahnya, air fruit cocktail tak meresap kat layer yg terbawah.
  • Custard mixture aku tak cukup keras
  • Oleh kerana ketidaksabaran yang tinggi, aku tak tunggu custard tu mengeras sblm menuang agar2 yang panas sebagai layer terakhir. Sudahnya, custard tu pecah sikit (tak cantik loh!)
Dan......inilah hasilnya (gambar diambil sebelum menuang agar2 panas)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADAAAAAA!!!! (sila bandingkan dengan gambar2 trifle kat atas, dan gelakkan aku sampai nangis)


Ini dia shuffle trifle milikku..heheee....

P/S : Tunggu entry cubaan kedua. Aku akan pastikan dapat semua bahan yang betul termasuk whipping creamnya sekali!

Monday 15 March 2010

Nasi Ambang Di Kampung Suamiku : )

Entry ni, bagi setengah org (especially org jowo) agak tak heran laaa...tapi aku sebagai bukan orang jawa adalah agak hairan dan 'suka' tengok salah satu tradisi org jawa yg ni iaitu - NASI AMBANG (disebut nasi ambeng ("e" dia mcm kita sebut 'e'mak, bukan 'e'kor yaaa....).

Aku memang dah lama kenal menu ni, tapi tak berapa arif cara penyediaan dan jugak cara dihidangkan dan makannya. Sejak dah kawin dengan org jawa ni, aku dah kenal sangat dah. Kalau setakat nak tolong susun2 apa yg patut, Insya Allah boleh kot....heheee...

Inilah rupanya. Tapi kat atasnya patut ada dua potong ayam (quarter)

Nasi ambang ni adalah himpunan lauk pauk yg disusun sedemikian rupa, dan dimakan dalam dulang. Satu dulang ada 4 orang. Lebihannya lak, akan dibungkus dalam daun pisang dan diikat utk dibawa pulang (apa namanya eh...lupa lak. Mintak bantuan org jawa utk bagitau). A set of nasi ambang consists of serunding, ikan kering, beehun atau mee goreng, sambal goreng, ayam (hari tu buat ayam masak kicap dan kari) dan diletak atas nasi putih.

Encik Nazir dah tak toleh kiri kanan dah...sedap ye bang?

Ni ahli keluarga sedang menikmati sedulang nasi ambang lepas tetamu dah balik. Sedap rupanya makan ramai2 mcm ni.....Mula2 dulu aku mcm takleh terima makan share2 ni.

Eh..kalau buat karangan takde penutup boleh tak. Dah takde idea laaaa...(dah dekat kul 12.30am - ini schedule entry sebenarnya)

Sekian terima kasih...hehee...

Sunday 7 March 2010

Jongang...juling - apa ni?!?!!

A.stro ni dah takde cerita lain ke? Sebelum ni citer Halimah Jongang. Semalam aku tengok ada iklan utk cerita Fatimah Juling pulak. Dah takde tajuk cerita lain ke? Bagi aku, ia mengeksploitasi dan mempersenda rupa fizikal seseorang. Dari dulu lagi aku memang tak berkenan kalau cerita2 yg sepatutnya cerita kelakar tapi menggunakan bahan lawak "mentertawakan" orang contohnya orang sengau, gagap dsb....

Yes - mungkin bagi sesetengah orang menyanyikan lagu "Jongang...jongang...jongang...Halimah gigi Jongangggggg" itu adalah best dan kelakar. Cuba letak diri kita dalam dunia jongang tersebut. Best ke? Kelakar ke?!

Aku terbaca kat surat khabar, ada sorang mak/bapak complain about cerita H.alimah Jongang dan lagunya yang catchy (tersangatlah catchy, kekadang aku pergi kerja sepanjang pagi terngiang2 perkataan "jongang..jongang...jongang" berulang kali -tension gila!). Anaknya yang merupakan seorang yang periang menjadik murung dan lebih suka menyendiri kat rumah takmo keluar jumpa kengkawan. Ini semua gara2 kawan2nya mengejeknya jongang beserta dengan lagu catchy itu - thanks to A.stro Prima/Ria (I dun remember)!

Tak pasal2 self esteem budak tu jatuh dan jadik anti sosial. Kalau berlanjutan, tak mustahil dia akan jadik macam tu sampai besar. Kesian betul!

Aku copy and paste kata2 penerbit cerita ni, A.Aida dari sini:

“Jangan salah sangka, tetapi mesej yang cuba saya selitkan di sini, jangan memandang hina atau mentertawakan manusia bergigi jongang kerana mereka juga makhluk Tuhan. Lagipun, setiap kejadian-Nya mempunyai keistimewaan sendiri seperti yang saya tampilkan melalui drama ini.

“Di akhir cerita, Halimah berubah menjadi lebih cantik, tetapi kita kena tahu nilai kecantikan sebenar,” kata A Aida yang turut aktif menjalani bisnes e-dagang bersama ND Lala.

Tapi di akhir cerita, Halimah tetap berubah jadik cantik jugak. Kalau in reality, tak semua orang boleh buat make over. Kenapa tak dikekalkan aje si Halimah tu jadik jongang aje sampai habis cerita?

Haa....lepas ni mungkin mereka yang juling pulak akan terasa sedih. Sebab malam ni akan disiarkan cerita F.atimah Juling pulak. Aku harap lagunya tak se catchy lagu Jongang tu. Kalau tak aku rasa boleh jadik gila....huhuuu...(walaupun aku boleh mengelak dari tengok cerita2 ni, tapi setiap kali keluar iklan takkan aku nak tutup tv/tukar channel?)

Aku harap sangat penulis2 cerita melayu perbanyakkan cerita2 yg baik dan mengisafkan. Antara cerita yg aku suka dan terkesan kat hati - Antara Garisan (serious aku insaf takmo judge orang lepas tengok cerita ni).

TV adalah medium penting dalam hidup manusia. Samada utk berhibur atau dapatkan maklumat, sebahagian besar hidup kita bergantung kat tv. Sekurang2nya untuk aku - org lain aku tak sure lak. Jadik, penting sangat untuk tv siarkan benda2 atau cerita2 yang boleh memberi kesan yg positif dan berfaedah.

p/s : Tengah tunggu cerita "Senah Bontot Lebar" atau "Ali Serombong Kapal" pulak!

p/s : wlpn aku dok kutuk2 cerita di atas, aku tau ramai yg minat cerita H.alimah Jongang tu. Aku harap aku tak kena marah lak....heheee.....

p/s : maaf jugak kalau aku terlebih emosi. Ini sekadar pandangan aku, sebab aku memang tak pernah suka dan tak pernah join adengan ejek mengejek masa kat sekolah dulu (biasalah budak2 kan suka mengejek kat sekolah - hatta nama bapak pun boleh jadik bahan ejekan)

p/s : nama glemer aku masa tingkatan 1 dulu adalah - LEBAR! Yes...aku pun pernah jadik bahan...hahahaaa.....

p/s : berapa banyak p/s daaaaaaa....

Friday 5 March 2010

End of my hibernation

Ehemmmmm......I don't think anyone noticed my absence jauh sekali merindui aku. Takpe, tak kecik ati pun...heheheee....

Walaupun dah sebulan tak update blog, tapi aku tak lupa untuk membaca blog kawan2 especially yang listed kat my blog list tu. Rindu kat tulisan2 mereka, walaupun sibuk kat office at least akan luangkan masa waktu rehat untuk dapatkan latest update tentang mereka. Selalunya hanya sebagai silent reader aje....itupun drop sekomen dua sekali sekala aje. Harap2 diaorang tak lupakan aku.

Sebagai warm up, aku takmo cerita banyak. Sekadar nak letak beberapa gambar terbaru aku dan Naufal. Esok2 ajelah start buat entry....tengah nak amik feel lagi ni!



Bersama chenta hati saya
(noticed tak tangan aku kat bahu Naufal? - kena paksa pandang kamera!)

Muka ketat lagi....susah betul nak mintak bergambar!


Latest sekali gambar malam tadi - very the pure (dalam tido siap air liur basi lagi!)

Kamu dah besar nak....hujung bulan ni dah 2 tahun!