BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 16 May 2009

Nyaris

Huiiiihhhhh....nyaris2 Naufal nak kena air panas tadi. Sebelum aku ke dapur untuk sambung buat lasagna, aku tengok dia tengah leka "mengemas" kat ruang tamu. So, aku pun cepat2 lah ke dapur supaya dia tak nampak, kalau tak terkedek2 dia ikut aku sekali nanti dan "mengemas" kat dapur lak....

Sedang aku leka menysusun layers lasagna tu, tetiba terdengar bunyi benda jatuh berserta air tumpah kat belakang aku. Berderau darah aku tengok cerek letrik yg aku letak atas kabinet dapur (org johor panggil almari pak awang (ke pak abu?!...konpius lak!)) dah kat lantai berserta air yg tumpah serata lantai dapur.....Pastu kat sebelah cerek tu budak kenit tengah perhatikan air kat kaki dia...muka dah cuak semacam....mesti dia terkejut tu....

Apa lagi...singa betina pun mengaum laaa...Nasib baik air tu dah mula suam, kalau baru masak mcm mana tu? Aku takut nak bayangkannya....Aku tengking naufal suruh dia beredar dari situ. Sambil membebel aku kutip cerek yg dah tercabut covernya dan amik kain untuk lap air yg tumpah....Si Naufal diam sambil tengok aje aku mengemas....tengok dia tak berganjak aku tengking dia lagi..."Sana!!!! Pergi depan sana!!!!" sambil tangan aku tunjuk ruang tamu...Dia tengok je muka aku sambil buat muka sedih. Walaupun tak sampi hati,aku kuatkan gak hati ni marah dia...supaya dia faham yg apa dia buat tu salah dan telah membuat aku marah..

Bila dah kena tengking kali ke tiga barulah dia pusing sambil terkedek2 pergi ruang tamu. Halfway berjalan, dia pusing lagi tengok muka aku mana tau aku dah bertukar jadik manusia semula. Rupa2nya masih jadik singa..."SANAAAAA!!!!" Aku tengking lagi...Dia pusing dan teruskan perjalanan..Hati ni sedih sebenarnya tengok dia berlalu pergi....tetiba aku dengar dia cakap "neeee..neeeee" (baca : sana)...cehhhh..dia mengajuk aku rupanya..bertuah punya budak.....

Masa tengah mengemop aku tengok dia menhendap dan curi2 tengok aku dari jauh....kesiannya...tak sampai hati tengok dia mcm tu..tapi aku kuatkan semangat gak.....Selesai mengemop aku gi depan dan cuba main2 dgn dia semula......memula tu dia buat deeekkk je. Majuk lah tu kononnnnn...ellehhhh.....Tapi bila disuruh kiss, ok lak! Aku pun mintak maaf kat dia...harap2 dia faham apa itu kemaafan...

Bukan apa, sebenarnya kejadian ni berpunca dari kecuaian aku. Kalau aku tak careless letak cerek dengan cord dia terkeluar hingga memudahkan Naufal yang tengah curious skrg ni mencapai...mesti benda tu tak jatuh....Aku akan jadikan ini sebagai pengajaran....

Dan sebagai langkah pencegahan, aku nak carik pagar kecik dan letak kat pintu dapur...

4 comments:

Mummy Dasy said...

Ish..seriau baca..xdapat bayangkan klu terkena dia... kena lebih berhati2 kak..

Siti @ nurie said...

hah kan kak ti...itulah slah satu bnda yg siti nak ckpkan....bila dia dah mula dpt kaki, lagi pening sbbrnya kita...sntiasa nak berjaga2....mcm mia....pantang soh basuh tangn laps makan, laju je dia gi bilik air...nasib baik separate toilet ngn bilik mandi....mcm smlmlah, siti soh buang pampers dia kat bakul smpah, selalunyer dia akan terus ke bakul smpah, ni tak.....dia senyap je kat dapur....tgok2, dia buang pamper dlm besen air sambil dia dah basah kuyup......

he hehe...sabor ye kak ti....tmpoh2 mcm tu mmg akan sntiasa terjadi...

fauzi-maya said...

yup..carik pagar tu better..airell umo 6 bln,aku dh pasang pagar, sbb die dh buleh merangkak naik tangga atas by that time.. sampaikan budak kat angsana tu terkejut aku beli awal sgt... once die ligat, huhu.. tak terkejar sometimes ko even wish die dok diam2 jek..hehe.. takpe2.. everyday is learning process kan?

YatieJay said...

Mummy Dasy,
Memg dah phobia lak rasanya skrg...kalau dok kat dapur tu kejap2 jenguk ruang tamu....

Siti,
Nampaknya kau pun kena hati2. Utk bebudak kecik even air yg kedalaman beberapa inci pun boleh lemas. Takutnya!Lan kali jgn malas buang pampers....buat sendiri..heheee...

Maya,
Airell memg seorg budak y advance! tangok budaknya pun dah tau....Ada potensi tu maya....