BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 29 May 2010

Berbaju Kurung Bling2 ke Gunung Belumut, Kluang

Hahaaa....saja kasik tajuk mcm tu, sebab cerita ni biasa2 saja.

Sebenarnya ni cerita basi pun. Tapi tak berkesempatan nak update. Lepas gi majlis kawin Linda pada 1-May yg lepas, kitaorg decided nak singgah Gunung Berlumut. Alang2 dah kat Kahang, Gunung Lumut ni dah dekat sangat. Rugi lak kalau tak pergi. Tapi tak cadang nak mandi, cuma packing baju Naufal aje. Mana tau, leh celup2 dia kat sungai barang setengah jam ke...heheee....

Tapi alangkah kecewanya kami bila tengok airnya yg tak mengalir laju malah keruh pulak tu. Ni gara-gara tak hujan, so air sungai jadik kurang. Niat nak celup2 Naufal terpaksa dibatalkan lantaran memikirkan air bekas org lain mandi. Kalau airnya mengalir laju dan banyak, ok gakkk..tak terasa mcm mandi bekas air mandi orang lain..heheee...

Mula2 sampai dengan semangat dan harapan yg menggunung


See...cetek dan keruh kan?


Naufal hanya mampu menelan air liur kegeraman atas jambatan. Sorry sayang...next time ye?


Ni lah maksud aku berbaju kurung bling2...rasanya aku sorang je yg ayu berbaju kurung dan pakai high heels ke sana masa tu.

Walaupun agak kecewa, tapi aku tetap memasang angan2 nak ke sana untuk piknik dan mandi-manda satu hari nanti. Suasana sekitar tempat tu sejuk, redup dan nyaman. Ramai gak yg camping dan buat barbeque...seronok betul! Dan aku sangat jeles dengan warga Felda yg dok dekat area situ....sekangkang kera je dari rumah. Agak2 rumah takde air atau cuaca terasa panas sangat, pergi mandi kat situ. Pastu balik rumah untuk mandi kasik bilas semula. Takyah nak pakai public toilet yg selalunya tak bersih dek kerana pengunjung yg takde kesedaran sivik!

Thursday, 27 May 2010

Ikan Pelik!(Yg preggie takyah tengok lah ye...)

Weekend lepas saja bawak Naufal gi tengok kedai ikan kat Ayer Bemban. Kedai ni memang besar gila....macam2 ikan ada! Tapi aku saja nak share gambar ni....ikan ni rupa dia memang pelik. First time aku tengok.

Kat situ namanya "Toman Snakehead"
Harga boleh tahan!

Ada orang kata, ikan ni telah dibengkokkan. Wallahualam!
Ciptaan Allah ni macam2...

Tuesday, 25 May 2010

Bila Naufal Kena Gigit Kat Taska

....ummi yang pening kepala!

Sejak aku hantar Naufal kat taska (bulan ni masuk 4 bulan) dah lebih 5 kali dia kena gigit. Seawal minggu pertama kat situ dia dah kena tapi aku tak fikir apa sangat. Nama pun budak-budak kan? Cikgu dia pulak nampak je aku terus mintak maaf sebab Naufal kena gigit. Aku ingat lagi, masa tu dia kena gigit kat jari...terkopek gak kulit dia dan bengkak.

Balik rumah aku sapukan minyak gamat sambil cakap kat dia jangan gaduh2 kat sekolah. Berkawan elok2 dan jangan berebut mainan. Maklumlah, sebelum ni dia dijaga babysitter. Perhatian pada dia seorang....takyah berebut mainan dan perhatian dari penjaganya. Kat taska semua kena share...dari mainan, ruang bermain sampailah kepada perhatian cikgu. Aku pun faham kalau Naufal tak pandai nak bersosial lagi.

Tapi kejadian menggigit Naufal makin menjadi2 lak kebelakangan ni. Naufal lak dah pandai mengadu sekarang. Balik2 je dia akan cakap kat aku...."Ummi, ummi...Danish gigit" sambil tunjuk kat tempat kena gigit. Buat masa ni ada dua 'suspek' iaitu Ahmad dan Danish, dua nama tu je dia sering sebut.

Minggu lepas dua kali kena gigit. Hati aku dah mula panas....tapi aku tak berapa marah kat budak2 yg menggigit tu sebab aku fikirkan diaorg budak2. Masalahnya cikgu2 yang seramai 6 orang tu takkan takleh pantau budak2 yg suka menggigit org ni? Last2 aku amik keputusan untuk pergi taska hari sabtu lepas since hari tu aku tak bekerja, so senang sikit nak bersoal jawab.

Penyelia taska tu nampak je aku dia tanya "Nak ambik botol Naufal ke?"...alahai innocent nya soalan. Sebenarnya aku serba salah gak nak cakap, takut diaorg chop aku ni bnyk songeh. So, aku gunakan kaedah 'salahkan anak sendiri'. Dialog aku lebih kurang cenggini :

Aku : Saya datang ni nak tanya....sejak kebelakangan ni Naufal suka bergaduh ke dengan kawan2 dia? Sebab saya tengok minggu ni je dah dua kali dia kena gigit.

Penyelia taska : Eh, taklaaaa.....Naufal ok, macam biasa aje.

Aku : Bukan apa, saya takut kerana Naufal cari gaduh atau mungkin dia suka rampas mainan...sebab tulah budak tu gigit dia sebagai tindak balas. Budak2 kannn....Naufal tu nak berkawan tapi kadang2 cara dia agak kasar dan tak kena sikit (nampak tak 'taktik' aku di sini? Heheeee)

Penyelia taska : Ooooo...Danish tu memang suka menggigit budak2. Kadang2 budak lain yang tengah dok diam pun dia leh datang dan gigit! Naufal ok lah....dia pandai bergaul dengan budak2 lain. Cuma dia suka sangat dengan baby kecik. Ada sekali tu, kitaorg terleka kejap. Tengok2 kaki dia dah kat atas perut baby (tang ni aku rasa nak pengsan dengar...cuai betul diaorg ni! Buatnya jadik apa2 kat anak org lain, salah Naufal ke?!?!)

Dalam aku dok cakap2 dengan penyelia taska tu, datang salah sorang cikgu kat situ.

Cikgu1 : Belakang tengkuk Naufal ada bekas gigit ye kak?

Aku : Ha'ah...semalam petang akak dah perasan. (dalam hati aku : tau pun korang ye?! Kalau mula2 dulu pandai lak korang mintak maaf dan bagitau awal2.....sekarang ni dok diam2 aje dengan harapan aku tak perasan la tu..)

Cikgu1 : Mintak maaf lah ye kak....diaorang bermain sesama sendiri. Sedar2 dah kena gigit.

Aku : Takpe, takyah mintak maaf. Akak yg risau takut Naufal ni yg suka membuli budak..tu yg diaorg gigit dia sebagai balasan

Cikgu1 : Tak..tak..tak..kak. Naufal budak baik. Dia mudah dengar kata kitaorg! Mintak maaf sekali lagi ye kakkk....

Hmmmmm...kalau korang buat apa? Aku agak buntu disini. Mula2 dulu kalau kena aku selalu pesan dengan Naufal jangan gaduh2 kat sekolah. Tapi, semalam masa hantar dia boleh lak aku pesan kat Naufal "Naufal...kalau Danish gigit, Naufal GIGIT DIA BALIK!"...mwahahaaaa!!! Abis tu, agaknya Naufal tak buat apa2....tu yg sedap budak tu membuli Naufal agaknya. Mengajar anak bergaduh pulak aku ni......

Gambar2 kat bawah aku amik Sabtu lepas. Kat hp terang....dah transfer ke sini blur lak.

Ni kat peha...obvious kan?

Ni yang terbaru. Sebenarnya boleh nampak bekas bulat gigitan.
Mak mana yg tak geram tengok anak kena mcm ni?

Tuesday, 18 May 2010

Pengalaman Kehilangan Purse

Kejadian ni berlaku ahad lepas. Hubby kerja 7am-7pm. Aku teringin nak makan pasta dengan sos prego yg carbonara tu. Sekitar kul 1230pm aku dgn naufal keluar gi kedai dekat2 dengan rumah. Tah mcm mana masa nak turun kereta aku check2 purse tak jumpa. Aku tanya Naufal....Naufal lagilah blur! Puas aku geledah dlm kereta tak jumpa. Terpaksalah patah balik dan lalu semula jalan yg aku lalui sblm tu kot2 tercicir kat mana2 tapi hampa tak jumpa.

Kaki dah sejuk semacam...dada dah berdebar2. Tiba2 teringat kredit kad aku kat dalam tu. Cepat2 balik carik statement dan cari no utk laporkan kehilangan kad dan mintak terminate. Dalam masa yang sama aku dok korek2 tabung Naufal dan 'pinjam' RM20 utk buat beli pasta tu. Aku memang takde sesen pun masa tu....sadis kan? Call encik nazir dia lak ada problem kat kilang, tengah sibuk buat kerja.

Dalam aku dok kalut call kredit kad center dan encik nazir, si naufal lak boleh buat hal pi tekan central lock kat kereta. Kunci kereta kat dlm pulak tu....dahlah kaki dah sejuk sebab risau purse hilang, naufal lak buat hal mcm ni. Dia kat dalam kereta tu! Aku tengah online dengan org kredit kad! Celaru gila masa tu....huhuuuuu....Peluh sejuk dah mula mengalir. Aku dah tak leh rasa kaki masa tu...numb jek. Cepat2 aku endkan cakap kat phone dan pujuk Naufal bukak lock kereta. Si mamat kenit tu boleh pulak sengih mcm kerang busuk, lambai2 kat aku dan buat2 bawak kereta....Sabor je laaaaa!!! Nak nangis pun ada masa tu. Sib baik pastu dia pandai bukak balik.

Lepas dia bukak kereta tu aku terus drive kereta ke kedai. Ikutkan tekak aku dah hilang selera nak makan tapi naufal dok sibuk nak mamam....nak mamammmm....Lepas bagi dia makan aku tido kan dia. Dalam kepala dok fikir, esok nak kena pergi JPN (uruskan ic aku dan naufal), JPJ (uruskan lesen) dan Maybank (buat ATM kad yg baru). Kat opis lak tengah bnyk keja, I cannot afford to take leave..tapi nampaknya terpaksa. Takkan nak drive gi keja tanpa ic dan lesen pulak? Masa tu tak terfikir langsung pasal duit dlm purse tu, asyik dok fikirkan dokumen2 penting yg hilang aje. Oh ya, kat akaun bank tinggal RM2.52 aje....aku memang suka keluarkan semua duit. So, bolehlah bayangkan agak lumayan jugak kalau org yg jumpa purse aku tu sakau semua duit dlm tu....

Petang tu sekitar kul 4.30pm encik nazir call aku. Katanya ada org call dia ckp jumpa purse aku. Bila aku dengar, aku rasakan ia bagaikan satu miracle! Org yang jumpa tu tak jauh dari rumah aku jugak. Dia jumpa no hp encik nazir melalui kad tesco, terus dia call bagi tau. Aku pun tanpa melengahkan masa terus pergi jumpa org tu. Jujur betul India tu....sanggup bersusah call utk beritahu. Bila dia bagi purse ke tangan aku, aku dah rasa ringan semacam tapi takkan nak check depan dia kan? Lepas ckp terima kasih dua belas kali (iye...iyeee jek!), aku drive balik.

Check kat dalam purse...Alhamdulillah, semuanya ada - ic aku dan naufal, lesen, kredit kad dll yg penting. Duitnya?!?! What do you expect.....kat dunia ni susah nak carik org yg masih jujur dan amanah....semua duit dah lesap. Syiling pun disapu bersih..... But at least i got my ic and driving license back! Saved the hassle to take leave and settle benda2 remeh tapi penting tu...Perasaannya adalah sangat lega wlpn secara teknikalnya aku adalah pokai sekarang ni. I only got RM2.52 until end of this month. So, ada sesiapa nak derma kat aku? Heheee....

p/s : aku tak tuduh org yang pulangkan purse tu yg amik duit aku. Malah aku berterima kasih sgt kat dia. So....peringatan utk aku jugak, kalau terjumpa wallet/purse org lain, mari kita pulankgan pada yg empunya badan. Kita takkan tau berapa berharganya isi kat dalam tu padanya. Kalau tak tau mcm mana nak locate dia, serahkan kat balai polis aje. Ni benda basic yg kita belajar masa kat sekolah dulu....

Monday, 17 May 2010

Siri Bercakap Dengan Blog


Mari ikuti siri Bercakap Dengan Jin Blog di bawah....heheee....


Blog : Tuan tanah....dimana kau wahai tuan tanaaaahh....Dah dekat sebulan aku tak jumpa kau ni...

Tuan Tanah : Aku ada....seminggu sekali aku pasti log in. Tapi aku gunakan kau sebagai perantara nak masuk blog list aku saja. Hari bekerja aku dah tak boleh blog hopping lagi sebab terlalu bizi. Weekend aje aku ada masa nak blogging itupun aku prefer membaca tanpa komen. Mood utk menulis tadak mari laaaa.....

Blog : Tapi kenapa?! Tuan Tanah tau tak...saya malu dengan blog2 lain?!!! Blog lain, tuan tanah mereka hari2 datang dan update mereka. Tuan Tanah dah lupakah? Dah lupakah janji pada aku nak update aku at least seminggu sekali? Seminggu sekali pun susah ke ha?!?! Aku bukan mintak update hari2 mcm blog lain.....huhuuu...Sampai hati Tuan Tanah membiarkan aku busuk dan berdaki tanpa maintenance! Aku benchi sama kamu.....

Tuan Tanah : Bukan tak nak update, tolong lah faham situasi aku. Balik kerja aku dah penat sangat. Aku dah habis tenaga buat kerja2 kat office tu. Mana dengan nak travel dekat 100km setiap hari pergi balik kerja lagi. Penat tau tak....Selalunya kalau aku tidurkan Naufal sekitar 9pm , dengan aku-aku sekali belayar...hehee...Kononnya nanti nak bangun kul 4am utk lipat baju sambil2 bukak internet tapi mcm biasalah (zaman study dulu selalu mcm ni gak), bila kul 4am secara ajaibnya alarm tak berbunyi pulak! Keadaan adalah lebih worse kalau hubby pun kerja syif pagi sebab dia hanya tolong buat kerja rumah kalau dia kerja malam saja...

Blog : Cuba Tuan Tanah tanya mcm mana org lain boleh lakukannya. Macam mana blog diaorg berupdate selalu.....entry menarik2 belaka pulak tu! Adakah kerana life mereka lebih menarik dari life Tuan Tanah yang mundane itu? Macam mana diaorg manage masa?

Tuan Tanah : Hmmmm...bukan pasal life menarik atau tidak, bukan pasal time management yg bagus. Pokok pangkalnya adalah "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"....aku ni yg banyak sangat dalih sekarang ni.....Mesti berubah ni....mesti!

Blog : (sambil buat muka boring yg max).....dah dua belas kali aku dengar tuan tanah cakap mcm tu....nak berubah kononnnn...kalau mcm ni gayanya, takyah mimpilah letak nuffnang tu!


p/s : Seriously, kenapa aku dah tak teruja mcm dulu nak blogging? Adakah kerana aku rasakan 24jam sehari pemberian Allah tak cukup? Setiap masa yg terluang yg sangat sedikit itu aku prefer buat something else rather than bukak blog....Banyak betul aku dah terlepas selama sebulan ni : Lily kena pukau dan rompak, anak2 Maya kena H1N1, atok Hernee meninggal, owwhhhh....ada kes saman menyaman sesama blogger jugak...As for me, aku terlepas update pasal Birthday aku and hubby...terlepas update balik penang secara emergency....terlepas udpate pasal Naufal demam nak tumbuh gigi. Isy, dah lari betul dari tujuan asal aku create blog ni which is nak jot down the memories supaya dapa baca balik bila dah tua2 atau masa Naufal dah besar nanti....

Jelesnya aku tengok korang yg ada masa dan banyak pulak ideanya utk update...