BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 31 August 2009

Dictionary Naufal

Sekarang ni Naufal tengah kemaruk menyebut perkataan2 baru. Apa saja perkataan yg kita ajar semuanya dia nak sebut gak. Tapi hasil yg keluar dari mulutnya sangat lari dari bunyi asal! Mari kita tengok contoh2 perkataan tersebut :

Bawang - bawawww

Susu - Tutu

Thank you - Tathoooo

Udang - dodoww (tak tahan betol!!)

Alamak - Mamak

Duck - daaa'

Dog - Dooo

Tomato - Toto

Ni antara yg aku boleh ingat. Setiap kali dia sebut perkataan baru, aku yg teruja mendengarnya! Buat masa ni dia takleh nak buat sentence lagi....cuma pandai kata "nak tutu" je.

Dan perkataan yg paling tak best keluar dari mulutnya ialah :

Bodo

Very the jelas bunyinya...ni semua gara2 dia terdengar aku marah org depan aku masa driving. Lepas ni memang nak kena watch out mulut ni. Dah takleh suka suki maki orang depan dia)

Sunday, 30 August 2009

Kisah menanti anak

Semalam aku dok berblog walking...jumpa satu entry di sini meluahkan kesedihannya dengan ujian sukar dapat anak. Teringat masa aku dulu....Walaupun tak selama dugaan yg dilaluinya (7 tahun kawin)

Aku kawin Dec 2005 tapi hanya berjaya pregnant pada July 2007. Lepas dua bulan kawin dah mula ada suara2 bertanya "Dah ada ke?"...."Bila nak pregnant ni?"..."Jangan merancang lama2, esok nanti susah korang nak dapat anak". Mula2 tu aku cuma jawab belum lagi sambil tersenyum simpul (maklumlah pengantin baru!)

Masuk bulan ke-6 aku dah mula risau, terfikir juga ada masalah ke aku ni? Dari zaman remaja lagi period aku tak menentu kedatangannya...So aku pun terfikir nak pergi Gynae mencari punca dan merawatnya. We decided to go to Puteri Specialist atas saranan seorang kawan.

Maka bermulalah usaha aku utk nak dapatkan anak....

Usaha pertama - makan clomid. Every month aku dibekalkan Clomid utk dimakan semasa period. Habis makan ubat tu aku jumpa doktor lagi utk di scan bagi memastikan ubat tu berkesan dalam membantu ovari aku. Every appointment billnya tak kurang RM100 cik kiah oooiii...Tu utk normal treatment.

Usaha kedua - buat X-ray. Ni dilakukan setelah 2-3 sesi makan clomid tapi tak berkesan. Tujuannya untuk memastikan tiub fallopio aku tak tersumbat. Sejenis dye akan dimasukkan ke tiub fallopio aku lepas tu x-ray. Keputusannya adalah negative....tiub aku tak tersumbat. Yg ni kalau tak silap aku kosnya between Rm200-Rm300.

Clomid masih diteruskan....badan aku makin lama makin naik dek kerana makan hormon ni...Takpelah, demi nak dapat anak punya pasal!

Usaha ketiga - husband pulak kena check. Yg ni aku takleh nak citer secara detailed sebab melibatkan encik husband. Tapi keputusannya jugak adalah negative...maknanya husband aku pun ok (normal/sihat). Yg ni pulak kosnya between RM100-RM200 gak...

[aku pernah terbaca somewhere, kebanyakan kes susah nak pregnant 30% datang dari isteri, 30% datang dari suami, 30% pasangan adalah normal dan balance 10% kerana faktor2 yg tak dapat ditentukan. So, kalau didapati ada pasangan yg takde anak, don't blame it 100% on the wife sebab percentage dia sama dengan lelaki...Tapi org kita selalunya akan kata "salah bini". Sedih kan?]

Usaha ke empat - buat IUI setelah 6 bulan makan clomid tak berkesan. Sebelum buat IUI ni aku kena makan ubat hormon dos yg lebih tinggi dari clomid (effectnya pandangan aku blur pagi2 lepas makan ubat tu) + kena inject kat perut (yg ni encik husband yg tolong buatkan) Bila dah lengkap makan ubat tu, kitaorg gi Specialist utk buat procedure IUI tu. Kosnya hampir RM1000 termasuk ubat + injection + prosedur IUI + lab test....


Tapi tanpa izin Allah...walau berapa bnyk duit aku habiskan, aku tetap tak pregnant...

Mengikut saranan doktor, dia suruh kami "berehat" sekejap dari berusaha. Menurut katanya, ramai patient dia akan "terpregnant" when they stop trying and thinking about it...

So, kitaorang pun berhenti sekejap dari berusaha...

Namun suara2 sumbang orang sekeliling takleh nak kita tutup. Diarog bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Aku pernah menangis masa nak tido lepas balik dari kenduri rumah makcik. Ada seorang tu bertanya kat aku, "Tak mengandung lagi ke?!!? dah dekat dua tahun korang kawin......" seolah2 aku dah buat satu jenayah besar! Berubah terus muka aku.....hanya mampu senyum kelat je. Oh ya, ni makcik yg sama tanya soalan kontorversi kenapa aku lambat kawin....

Aku jugak "kehilangan" seorang kawan baik bila dia kata jangan tunggu lama2 utk pregnant nanti esok kalau aku dah jejak umur 30-an mcm2 risiko aku kena tanggung. Oleh kerana terasa "panas telinga" dengar statement bodoh dia tu aku telah menengking dia. Mana taknya, bukan dia tak tau tetiap bulan aku dok berulang alik pergi hospital buat treatment. Bukan aku tak berusaha...tapi belum diizikan olehNya! Dulu dia pun hampir 2 tahun kawin baru pregnant...berusaha gak ke hospital utk amik ubat hormon. Tapi bila dia berjaya dapat anak lupa pulak kesusahan yg dia pernah lalui dulu pastu senang2 nak claim aku tak cukup usaha...memang dasar........

Kebetulan pulak aku dah bertukar tempat kerja, sampai sekarang kami tak bertegur....usaha aku mintak maaf melalui e-mail dipandang sepi je olehnya....

Rupanya bukan aku je yg makan ati dengn kata2 org sekeliling....encik husband pun pernah kena dengan member2 dia. Org lelaki, tau2 ajelah kasar cakap dia org. Siap kata hubby tak pandai buat anak...Tapi dia tak pernah cerita kat aku sebab takut aku terlebih emosi...heheheeee...Dia citer ni pun lepas naufal dah keluar....

.........sambung part II (dah panjang sangat entri ni, nanti boring pulak orang nak baca)

Thursday, 27 August 2009

Kisah 10 minit sebelum berbuka

Ni kisah sedih dua hari lepas...(dlm draft tapi asyik tak sempat nak publish)

Selama 3 hari berpuasa di hari bekerja, semalam aku balik lewat setengah jam. Apa lagi, kelam kabutlah mana nak carik juadah utk berbuka lagi, nak ambik naufal kat umah BS lagi. Rumah aku dengan tempat kerja mengambil masa lebih kurang 30-40 minit perjalanan melalui highway second link. By the time aku sampai Kulai dah kul 6.50pm....apa lagi, aku pun membelok ke drive thru McD ajelah...yg cepat dan paling mudah tanpa perlu turun keta....Sib baik hubby keja petang, so dia cuma berbuka kat tempat kerja je....

Sampai kat umah BS naufal dah dekat 7.05 minit....tanpa sempat berbasa basi dengan makcik Jamilah aku terus chow nak balik sebab takut lambat sampai rumah utk berbuka.

Tiba2......

BUKKKKK.....aku terasa ada keta langgar! Tetiba jek keluar dari simpang, aku sempat elak tapi dia tetap keluar dan himpit keta aku.... @&^#^* betul!! ...sumpah aku dalam hati. Siapa pulak yg langgar aku ni?!

Dengan semangat berkobar2 aku turun dari keta kenkononnya nak marah la sbb aku yakin sangat aku berada di pihak yg betul. Sekali tengok pemandu dia rasa tak sampai ati lak nak marah....Pemandunya seorang apek tua...

Apek : Sorry aaaaa...saya tak pelasan awak punya keleta...


Aku : Abis tu macam mana ni uncle? Takkan nak biarkan aje? Teruk kereta saya ni....


Apek : Sorry laaa, saya tak nampak aaaaa...saya kasik ini (sambil hulur RM50) nanti you pegi kedai bikin


Aku : Tak cukup ni uncle, keta saya kemik tu, bukan cat je yg terkopek.


Apek : Lu kalau pegi kedai mesti dia charge banyak...Itu cuma cat saja. Saya tengok ok je ni

(Dia tak turun pun dari keta tu....ada hati nak kata dia nampak. Abis tu yg keluar simpang tak nampak keta aku apa cerita?! Terror lak boleh nampak calar keta aku dari dalam keta dia je!)


Aku : Uncle, tolonglah....saya takut kena marah dengan saya punya husband (serius aku takut kena marah dengan dia!). Macam nilah, nnti uncle bawak saya pergi workshop yang uncle kenal. Kita bikin kereta ni lepas tu bill uncle bayar....please uncle (sambil aku buat muka kesian....)


Apek : Itu kedai sudah tutup laaa.....


Aku : Macam nilah, saya pun dah lambat nak buka puasa. Anak saya ada dalam kereta tu...nanti dia nangis...uncle kasik no hp uncle nanti esok saya call uncle ya......Saya percaya dengan uncle...uncle mesti tak lari punya (ayat mesti baik...kena amik hati dia jugak kan)


Apek : (buat2 lupa no hp dia....last2 dia bagi no hp dia dlm bahasa cine!! hahahaaa...gabra agaknya)


Aku : Nah...uncle taip no hp uncle kat hp saya....(hati dah tak sabar takut terlepas waktu berbuka ni! Tapi last2 dia boleh translate gak no hp tu ke bahasa malaysia..heheheee..)


Apek : Besok lu call saya, nanti saya bawak lu pergi itu workshop


Aku : Terima kasih uncle (sambil mata aku tengok not RM 50 yg dia nak offer aku tapi tak jadik. Hati sempat terpikir, kalau aku tak amik buatnya dia lari sesen pun aku tak dapat) Esok saya call uncle ya....saya percaya dengan uncle (bodek lagi)!


Sebelum blah aku sempat gak amik no keta dia....kalau dia cuba mengelak, taulah aku nak buat apa kat keta dia kalau jumpa kat mana2...heheee...

Sampai rumah ngam2 azan berbuka berkumandang...sempat jugak aku berbuka walaupun tekak ni dah tak terasa apa2 makanan yg melaluinya....Aku risau kena marah dengan encik husband....
Dah la nak raya ni...sedihnya.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*Updated*

Esok tengah harinya aku call uncle tu...tak expect dia akan angkat call aku. 2 kali ringing terus dia angkat. Dia ajak jumpa kat tempat accident semalam sebab nak tunjuk workshop yg dia nak repair keta aku. I went with my hubby....again...not expecting him to show up. Tapi sampai2 jek dia tengah tunggu kitaorg. Jujur betul apek ni!!

Kat workshop tu tah apa dia cakap dengan cina tu, diaorg setuju accept keta aku tapi cuma boleh siap next week. Nampaknya "patah kaki" lah aku nak gi keja nanti...terpaksa pakai keta hubby yg makan RM20 sekali pergi kerja tu....kalau 3 hari dah RM60! Kak Kelly (read : Kelisa) aku tu cuma makan RM50 utk seminggu gi keja.....huhuuuu....melayang duit mak!

Tapi, aku tengah terpikir lagi ni. Esok bila keta siap adakah apek tu akan show up utk bayar bill workshop?

Saturday, 22 August 2009

Kegagalan Sahur Pertama

Alhamdulillah...bulan puasa datang lagi. Syukur pada Allah sebab bagi aku peluang untuk menyambut lagi puasa untuk tahun ni. Sejujurnya, aku memang looking forward bulan puasa sebab secara automatiknya perjalanan hidup seharian kita akan jadik sedikit slow. Aku tak pasti pendapat org lain, tapi aku dapat rasakan di bulan puasa "suasananya" lain...Lebih relax dan mendamaikan.....acecehhh..

Dan aku sangat mengharapkan suasana kerja yg macam puaka (maaf) sejak dua bulan ni jugak akan jadik kurang stress dan kurang workload supaya darjah kesabaran aku berada di level paling optimum dan secara tak langsung memungkinkan aku mengutip pahala lebih sehingga ke waktu berbuka! Mana taknya kalau dah keja banyak + tension = mencarut dan memaki = kurang pahala puasa + dosa [korang paham tak formula matematik ni?!]

Berbalik kepada tajuk entri ni....Semalam masa balik kerja, lepas layan cerita Nur Kasih (I loooove this drama!) aku tidokan naufal dan dengan semangat berkobar2 memulakan misi persiapan sahur. Encik husband kerja malam, so siang tadi dia dah belikan kelapa parut seperti yg aku dah pesan pagi tadi. Cadangnya nak buat sayur masak lemak + ikan bilis goreng dengan bawang dan kicap. Lauk sahur aku sangat humble ye kawan2....tapi ikan bilis tulah pembuka selera yg takleh nak terbukak sangat kalau pagi2...

Start kul 1030pm aku mula kopek bawang, bersihkan sayur dan siap potong2. Tumbuk perencah utk sayur (boleh buat stok 3 hari punya masak...punya banyak!) dan tak lupa jugak memerah santan utk buat sayur masak lemak tersebut. Bila semua dah siap tengok jam dah dekat kul 12am. Nasik pun dah masak....."Rasanya baik aku masuk tido dulu pastu bangun balik kul 4am. Semua dah siap so sekejap je masak semuanya masa sahur nanti," hati aku interprem kata.... Kul 430am encik husband suruh kejut sebab dia nak balik bersahur kat rumah.

Itu perancangannya.......

Kul 5am terdengar pintu grill terbukak dan bunyik tombol pintu diputar....oppssss....terlebih sudah! Encik husband dah balik nak sahur tapi mak terbabasssss tido.....lauk satu pun tak masak lagi yang ada cuma nasik je. Maka sepantas kilat aku bangun buat keja macam lipas kudung. Sib baik semuanya dah ready malam sebelum tu, tinggal lebur kat dalam periuk/kuali jek.....Tapi still dikategori sebagai LAMBAT....kesian encik husband balik nak sahur tapi dapur baru nak berasap...hahahaaa....

Sudahnya sahur kami dalam keadaan kelam kabut.

Sahur korang makan/masak apa?

Sunday, 9 August 2009

Dah Tiba Masa

Tengokkan gambar2 Naufal kat bawah ni.....nampak memang dah sampai masanya utk bawak dia jumpa "encik gunting" lagi.....

Tapi mengingatkan semula peristiwa ini, rasa malas pulak nak bawak dia gi...nanti jadik drama air mata lagi. Rasanya this time kena bawak dia gi saloon yg ada ramai amoi lak, mcm Puan Elyn biasa bawak Wafiq.



Punya panjang, sampai leh buat spike

Wambut sape panjang....angkat tangannnnn!!!!

Gaya ala2 metroseksual gitewwww...

P/s : gambar2 ni diambil oleh adik aku yg berada kat sini seminggu lepas...dia lah yg rajin sangat buatkan naufal rambut cenggini....kalau ummi dia cukuplah setakat letak minyak johnson pastu sikat tepi jekkk....camni :

Gaya budak skema....

Seminggu yang hectic

Mungkin ada yg tak perasan....tapi aku bagi perasankan jugak. Blog aku ni dah seminggu sunyi dari entry....dan aku jugak takde tinggal jejak kat mana2 "rumah" blogger lain....Kenapa? The reason is....parents aku dari Penang datang!

Aku ni dok Kulai, tapi diaorg stay kat rumah makcik di Larkin...about 30 minutes drive. So, lepas balik keja dari Gelang Patah aku akan singgah Larkin dulu utk jumpa diaorg. Dari Larkin aku akan balik Kulai lak. Kekadang balik keja aku ke Kulai dulu pastu lepas amik Naufal kat umah BS, aku ke Larkin pulak....camtulah rutin aku seminggu ni....Hampir setiap hari tido kul 1am-2am...Penat memang lah penat tapi bukan selalu aku dapat jumpa parents dan siblings aku tu.....

Dua hari sblm balik penang semula barulah diaorg datang tido rumah aku kat Kulai pulak...Kat opis keja makin banyak, nak stay kat opis lelama rasa bersalah pulak sbb parents aku ada kat rumah takkan aku nak biarkan aje diaorg tanpa bawak gi mana2.....Kebetulan hari Khamis hari tu network kat opis down, so e-mail dengan Baan system takleh pakai....aku pun amik peluang ni utk balik 5.30pm sharp (dah lama gila tak bailk rumah masa matahari masih ada) - Thanks Allah for giving me the chance to spend time with my parents!

Khamis malam hari tu aku bawak diaorg makan kat Restoran Lapan Kati kat Indahpura (kau tau kat mana Pid?) Kitaorg order Butter Prawn with Milk, Stir Fried Broccholi with crabmeat, Fish Fillet dalam Hotplate, Cornsoup with seafood dan minum bersama chrysantemum tea.....Pergghhh...memang sedap! Aku ada gak snap gambo makan2 tu, dan pesan kat adik soh simpankan gambo tu...tapi carik2 takde lak....so, layan gambo pinggan kosong ajelah ye.....

My beloved parents

my sys with her dotter (the hubby tak ikot)
Our little family (buat2 tak nampak ye double chin itewwww)

Memandangkan gambo adik lelaki aku takde pada mlm itu, aku tepek gambo lain lah....

My little brother yg dah tak little lagi dahhh....dah bujang!

Semalam diaorg dah selamat sampai Penang pun.....sebelum tu singgah Melaka utk "pulangkan" adik aku semula ke laki dia...

Selesai sudah family reunion kami.....

Tak puas hati sangat sebab aku tak amik cuti utk luangkan masa bawak diaorg jalan2.....last2 diaorg gi jalan sendiri....