BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 27 May 2009

Pengalaman Ngeri Saya ~ Jumpa Encik Gunting

Hari ni sangat best....sebab ummi bawak Naufal balik kampung jumpa nenek dan atok...Dalam perjalan balik ummi singgah satu kedai. Kat dalam kedai tu ada ramai uncle2 macam Rajinikanth dan yang seangkatannya..Pakai baju smart je....kemeja lengan panjang tuck in dalam seluar.


Lepas tu babah letak Naufal atas riba dia. Uncle Rajinikanth tu lilitkan Naufal dengan kain kat bahu. Naufal rasa pelik, asyik tengok je uncle tu. Dia nak buat apa kat Naufal, ummi? Tapi ummi cuma senyum2 je cakap Naufal good boy...Baba lak cakap dengan uncle tu "kasik pendek"...

(Naufal sebelum kejadian...sangat ceria!)
Bila babah cakap macam tu aje, terus uncle tu amik satu benda letak atas kepala Naufal....terasa gegar2. Apa lagi, Naufal pun nangis la....Takut tau ummi....Tak pernah Naufal rasa takut macam ni, semua rambut Naufal jatuh...Nanti tak hensemlah...Naufal jerit2 takmau tapi ummi sikit pun tak nak tolong Naufal. Siap amik gambo lagi adalah....Ummi kejam....

(Cubaan mengelak dari Encik Gunting tapi gagal..)
Lama Naufal nangis. Terasa macam lama sangat masa berjalan...apasal uncle ni tak habis2 ni?! Naufal dah jerit2 dan tersedu2 tapi semua org tak pedulik...Ummi dengan babah siap ketawakan lagi.....
Dalam kereta pun Naufal masih nangis lagi. Naufal tak pernah menangis macam ni, walaupun masa Naufal jatuh dan terhantuk kat meja kaca umah nenek tadi.....Tapi kejadian tadi sungguh melampau ummi...Naufal tak rela melaluinya lagi....Rasa mcm nak merajuk dari ummi dengan babah...
Nasib baik balik rumah ummi upah susu.....Tak sempat nak tukar baju yg penuh dengan rambut tu....

(Upah susu...terus diam tapi mata masih berair)
Aku : Dah lama sangat tak gunting rambut Naufal tu...rimas tengok dia tergaru2 kalau berpeluh. Siap dah tumbuh ruam kat kepala dan leher...Tak sangka lak dia punya drama air mata sungguh dahsyatttt...Malu aku kat kedai tu dibuatnya!
Nampaknya starting from today aku dah kena fikirkan strategi apa nak gunakan utk bwk dia jumpa Mr Gunting tanpa perlu melalui drama itu lagi....


3 comments:

ibu_arifa said...

Kesian Naufal kan..cam dpt terbayang jer dia nagis lama2 tuh..sbb Dalila pun jenis nagis lama2.. Saya pun dok berkira2 nk potong rambut Dalila sendiri atau gi kedai jer..tp gerenti jd cam Naufal jgk nnt..

Siti @ nurie said...

wah,,,ummi jahat erk naufal....kalau siti, tak kosa nak bawa mia gi kedai...siti potong je sndiri...itu pun sush ssgt..lagilah kalau bawa gi kedai...he he he...tak pe...nanti dia dah biasa kalau selalu bawa gi kdai gunting tu

YatieJay said...

Ibu_Arifa,
Kalau boleh gunting sendiri, baik buat sendiri...Akak bwk gi kedai sebab nak pakai "shaver" dia tu....Tapi kalau Dalila dah besar sikit rambut panjang lagi best...boleh ikat tocang pakai ribbon...mesti comel!

Siti,
Kalau kat umah ada shaver tu, memg nak wat sendiri jekkk...Tak lah aku menahan malu nengok dia terjerit2 nangis macam kena sunat tu...heheee...Sampaikan "uncle" tu kelam kabut nak settlekan keja dia. Hasilnya rambut tak sekata, balik umah kena trim gak sikit2....