BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 29 July 2010

Naufal - kau pulak buli orang ke?


Ingat lagi tak entry ni? Yang pasal Naufal kena gigit kat taska tu?!

Well, kali ni it's the other way round. Semalam masa aku amik Naufal kat taska cikgu dia mintak maaf kat aku. Katanya "Hari ni 2-3 kali Naufal kena marah dengan cikgu sebab buat kawan2 dia". Owhh....hati aku sangat sedih ok, bila orang kata anak kita yang innocent itu telah membuli kawan-kawannya!

Kata cikgunya kejadian pertama Naufal tolak Irfan sampai budak tu jatuh dan benjol kat dahi. Kejadian kedua cikgu kata diaorang tak sedar..tengok2 Naufal dengan budak tu macam tengah bergaduh dan pukul2. Barulah aku tau apa perasaannya bila orang mengadu tentang anak kita...huhuuu....perasaannya adalah sedih + takut + malu + marah!

Sedih sebab anak yang sangat sweet and innocent boleh bertindak sedemikian rupa. And he is only 2 1/2 years!

Takut....takut memikirkan kalau dia membesar jadi seorang pembuli!

Malu sebab anak aku dah menyakiti anak orang lain. Silap2 nanti mak budak tu aim jek Naufal macam mana aku aimed kat budak Danish yang selalu gigit dia dulu tu (entah-entah mak budak tu buat satu entry kat blog dia pasal anak dia dibuli Naufal..hehee...). Malu kalau cikgu2 tu chop Naufal sebagai budak naughty...budak yang suka buli. Malu kalau orang kata aku tak pandai didik anak....

Marah sebab aku takde masa kejadian tu. Marah sebab aku tak boleh menghalang kejadian tu dari terjadi. Marah sebab aku terpaksa bekerja dan membiarkan Naufal dididik dan dimarahi orang lain supaya membesar jadi budak yg baik! Marah......marah...marah sangat pada diri aku!!!

I better stop now. Entry ni akan jadi entry yang penuh emosi nanti....

Thursday, 8 July 2010

Pergi Kerja - Balik Kerja

Takde idea nak tulis entry malam-malam buta untuk scheduled entry weekday nanti. Dalam dok tengok folder gambar2 terjumpa lak gambar yang aku amik masa on the way pergi kerja last week.

Cuaca masa tu sangat clear dan cantik. Matahari bersinar terang, walaupun masa tu baru sekitar pukul 7.15am. Masuk je 2nd link highway....nun jauh kat depan, aku nampak awan berkepul2...putih macam kapas! Subhanallah.....cantik betul ciptaan Allah. Cuba tengok ni :

Indah bukan?!

Kekadang tu aku rasa bernasib baik sebab dapat pergi kerja dalam suasana dan keadaan yang smooth dan cepat sebab takde traffic jam. Walaupun agak jauh untuk sampai ke tempat kerja (dalam 45km sehala), disebabkan ada highway perjalanan cuma mengambil masa kurang 40 minit untuk sampai.

However, kadar tol dan minyaknya sangatlaaaaaa tak best! Disebabkan tak sanggup bear toll and petrol cost yang melampau (tol saja jejak RM200 sebulan), terpaksalah aku car pool. Aku dan car pool mate bergilir-gilir bawak kereta setiap seminggu. Barulah jimat sikit, walaupun terpaksa banyak bertolak ansur dengan timing kerja masing-masing.

Ni masa balik kerja

Masa balik pun highway lengang. Senang kata, kalau takde polis hendap celah2 pokok tu memang selalu aje bawak keta melebihi 120km/jam! Wahai abang polis....kamu sangat nakal ye. Tangkap gambar saya tanpa kebenaran. Pastu abang polis charge saya untuk gambar-gambar tu. Tak suka paparazzi tawwwww.....

p/s : aku dah tobat takmo bawak laju2 kat area 2nd link tu. Aku pernah kena saman dua kali....untuk dua minggu berturut2...

Monday, 5 July 2010

Tolong....ada tikus di rumah saya!

Aku adalah penggemar tegar kuih bahulu. Sib baik kalau gian nak makan bahulu datang, senang jek nak cari. Just pergi Tes.co kat belakang rumah ~ ada Bahulu Warisan.

Selain daripada tu, aku jugak adalah penggemar tegar air nescafe. Sehari tak pekena (especially untuk breakfast), rasa tak kena kerja seharian.

So - bila bahulu dan nescafe di'kahwinkan'....it is match made in heaven utk aku! *over betul minah ni*

Ahad lepas, lepas aku dah siap masak kebetulan lak Naufal tengah tido. Sambil2 tengok tivi, best gak kalau dapat makan bahulu cicah nescafe (bisik hati kecilku....heheee....mcm novel lak). Cepat2 aku bancuh air dan capai bekas bahulu.

Tapi alangkah terkejutnya bila tengok keadaan bahulu-bahulu kesayangan aku :


Apa motip 'sitikus' ni makan bahulu mcm ni? Lepas gigit...simpan. Lepas tu gigit lagi....dan simpan lagi. Comel pun ada gak....heheeee......

Sitikus kepala hitam...under cover berspek itam!
(Naufal : Harap-harap ummi tak perasan kalau naufal pakai spec mcm ni)

Saturday, 3 July 2010

Dua Sahabat Baik Saya di Hospital

Weekend ni....dua sahabat baik saya berada di hospital. Sungguhpun begitu, kedua-duanya mempunyai cerita yang sangat berbeza.

Congratulation Siti on your newborn baby boy....waaahhh...mak sangat jeles. Kau dah ada sepasang anak! Walaupun Siti terpaksa menerima kenyataan yang dia takkan boleh bersalin normal sampai bila2, yang penting semuanya dah selamat. Baby pun sihat. Semoga impian nak fully BF sampai baby dua tahun tercapai hendaknya. Amin!


On the other hand, sahabat baik saya yang sorang lagi, Maya terpaksa balik ke Pahang lagi sekali this week untuk tengok adik dia yang kemalangan tempoh hari. Menurut katanya, adik dia kemalangan dengan lori treller (dia naik moto). Semalam masuk operation theater dari kul 8am sampai kul 5pm utk pasang besi dan lain2 operation. Katanya nak balik Pahang this time untuk menjaga sendiri adiknya itu. Saya doakan adik dia cepat2 sembuh. Kesian dengar cerita akan keadaan dia dari Maya hari tu....nak tambah lagi tragik, kemalangan tu berlaku masa on the way balik rumah untuk lunch....huhuuuu...

Life is so fragile, isn't it?!