BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 25 May 2010

Bila Naufal Kena Gigit Kat Taska

....ummi yang pening kepala!

Sejak aku hantar Naufal kat taska (bulan ni masuk 4 bulan) dah lebih 5 kali dia kena gigit. Seawal minggu pertama kat situ dia dah kena tapi aku tak fikir apa sangat. Nama pun budak-budak kan? Cikgu dia pulak nampak je aku terus mintak maaf sebab Naufal kena gigit. Aku ingat lagi, masa tu dia kena gigit kat jari...terkopek gak kulit dia dan bengkak.

Balik rumah aku sapukan minyak gamat sambil cakap kat dia jangan gaduh2 kat sekolah. Berkawan elok2 dan jangan berebut mainan. Maklumlah, sebelum ni dia dijaga babysitter. Perhatian pada dia seorang....takyah berebut mainan dan perhatian dari penjaganya. Kat taska semua kena share...dari mainan, ruang bermain sampailah kepada perhatian cikgu. Aku pun faham kalau Naufal tak pandai nak bersosial lagi.

Tapi kejadian menggigit Naufal makin menjadi2 lak kebelakangan ni. Naufal lak dah pandai mengadu sekarang. Balik2 je dia akan cakap kat aku...."Ummi, ummi...Danish gigit" sambil tunjuk kat tempat kena gigit. Buat masa ni ada dua 'suspek' iaitu Ahmad dan Danish, dua nama tu je dia sering sebut.

Minggu lepas dua kali kena gigit. Hati aku dah mula panas....tapi aku tak berapa marah kat budak2 yg menggigit tu sebab aku fikirkan diaorg budak2. Masalahnya cikgu2 yang seramai 6 orang tu takkan takleh pantau budak2 yg suka menggigit org ni? Last2 aku amik keputusan untuk pergi taska hari sabtu lepas since hari tu aku tak bekerja, so senang sikit nak bersoal jawab.

Penyelia taska tu nampak je aku dia tanya "Nak ambik botol Naufal ke?"...alahai innocent nya soalan. Sebenarnya aku serba salah gak nak cakap, takut diaorg chop aku ni bnyk songeh. So, aku gunakan kaedah 'salahkan anak sendiri'. Dialog aku lebih kurang cenggini :

Aku : Saya datang ni nak tanya....sejak kebelakangan ni Naufal suka bergaduh ke dengan kawan2 dia? Sebab saya tengok minggu ni je dah dua kali dia kena gigit.

Penyelia taska : Eh, taklaaaa.....Naufal ok, macam biasa aje.

Aku : Bukan apa, saya takut kerana Naufal cari gaduh atau mungkin dia suka rampas mainan...sebab tulah budak tu gigit dia sebagai tindak balas. Budak2 kannn....Naufal tu nak berkawan tapi kadang2 cara dia agak kasar dan tak kena sikit (nampak tak 'taktik' aku di sini? Heheeee)

Penyelia taska : Ooooo...Danish tu memang suka menggigit budak2. Kadang2 budak lain yang tengah dok diam pun dia leh datang dan gigit! Naufal ok lah....dia pandai bergaul dengan budak2 lain. Cuma dia suka sangat dengan baby kecik. Ada sekali tu, kitaorg terleka kejap. Tengok2 kaki dia dah kat atas perut baby (tang ni aku rasa nak pengsan dengar...cuai betul diaorg ni! Buatnya jadik apa2 kat anak org lain, salah Naufal ke?!?!)

Dalam aku dok cakap2 dengan penyelia taska tu, datang salah sorang cikgu kat situ.

Cikgu1 : Belakang tengkuk Naufal ada bekas gigit ye kak?

Aku : Ha'ah...semalam petang akak dah perasan. (dalam hati aku : tau pun korang ye?! Kalau mula2 dulu pandai lak korang mintak maaf dan bagitau awal2.....sekarang ni dok diam2 aje dengan harapan aku tak perasan la tu..)

Cikgu1 : Mintak maaf lah ye kak....diaorang bermain sesama sendiri. Sedar2 dah kena gigit.

Aku : Takpe, takyah mintak maaf. Akak yg risau takut Naufal ni yg suka membuli budak..tu yg diaorg gigit dia sebagai balasan

Cikgu1 : Tak..tak..tak..kak. Naufal budak baik. Dia mudah dengar kata kitaorg! Mintak maaf sekali lagi ye kakkk....

Hmmmmm...kalau korang buat apa? Aku agak buntu disini. Mula2 dulu kalau kena aku selalu pesan dengan Naufal jangan gaduh2 kat sekolah. Tapi, semalam masa hantar dia boleh lak aku pesan kat Naufal "Naufal...kalau Danish gigit, Naufal GIGIT DIA BALIK!"...mwahahaaaa!!! Abis tu, agaknya Naufal tak buat apa2....tu yg sedap budak tu membuli Naufal agaknya. Mengajar anak bergaduh pulak aku ni......

Gambar2 kat bawah aku amik Sabtu lepas. Kat hp terang....dah transfer ke sini blur lak.

Ni kat peha...obvious kan?

Ni yang terbaru. Sebenarnya boleh nampak bekas bulat gigitan.
Mak mana yg tak geram tengok anak kena mcm ni?

6 comments:

siti noriza saleh said...

ha ha ha...ooo ngajar anak bals balik eh...sama je ngn mia kak ti..sejak ada sorang budak 5 tahun lelaki masuk kt nursery tu, ada je yg x kene kt mia...baju koyak, kene gigitlah..baju kene tariklah...dia dah pndai cter ckt2kan...lpas tanya kt akak tu, mmg dia ckp budak tu nakal dna dia tgh ura2 nak pulang balik budak tu kt mak dia...bila mcm tu, x smpai ati gak....

ini pun antra risiko anto anak kt nursery,..he he he

Syahida said...

yatie, kalau sekali sekala kena gigit boleh la nak 'pejam mata' lagi...tapi kalau sampai macam kna dera, rasanya kna buat sesuatu.mungkin tukar nursery kot? sian kat naufal, takut nanti sampai dia trauma nak ke nursery...
by the way, saya pun 'pantang' kalau cikgu2/caregiver tak inform apa2 tntang keadaan anak awal2..sampai kita tanya baru nak mengaku...apa2pun, syabas dengan approach yatie yang berhemah :-)

Cinda... said...

huhu... baru weeknd lepas jumpa akak akiem yg sebaye ngan sy tu, kitorg dok borak2 pasal nursery arr.. dia cite takut nak anto anak ke nursery sebab macam2 hal kat nursery nie..

bile akak plak cite mcam ni, sy pon seriau bace... cane la kalo terkene kat saya masa akan dtg... mungkin sanggup je sy nak jd surirumah tangge kalo keadaan mengizinkn.. heheheh...

Aku Bukan Bidadari said...

huwaaaaaaa.. kak..baru jer bulan 9 ni nakngantar ayra kat nursery..tgk benda2 camnih lar yg buat kan tiara berbelah belah bagi..

haduiii.. sian naufal..

YatieJay said...

Siti,
Sampai baju koyak? Memang patut pun taska tu "pulang balik" budak tu...

Syahida,
Tukar nursery mcm tak mungkin coz kat area rumah ni cuma ada dua je nursery melayu/islam. Selebihnya owned by chinese. Susah bila tiba bab makan minum nanti.

Cinda,
Kalau nak diikutkan....ramai yg nak jadik housewife jek bila pikirkan anak. Nak buek cmano, laki kita bukan jutawan...hehee...

Tiara,
Kalau Tiara bnyk pilihan nursery, buat survey betul2. Start survey dari sekarang and take your time utk bertanya mcm2 kat diaorg. Mcm akak ni takde pilihan lain. Dari dua taska yg ada, ni je yg paling ok.

ibu_Arifa said...

kesian Naufal..ni yg buat saya tak sampai hati nak hantar anak kat nursery ni..saya bukan kaya mana pun hubby kerja kilang jer pun..tp disebabkan kami pernah 'hilang' anak sekali (kandungan sebelum Dalila) disebabkan KECUAIAN org lain..jadi tak berapa 'kuat semangat' lagi nk kasi org yg tak kenal utk jaga dalila. biar dalila besar sikit dulu, baru yakin sikit nak hantar nusery.

harap2 Naufal tak trauma lah nak p nursery tiap2 hari..