BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 30 June 2010

Isteri yang sporting kah kita?

World cup fever ni betul-betul menguji sikap sporting aku sebagai seorang isteri. Mana taknya, masa ni lah encik nazir kerap keluar waktu malam untuk lepak dgn kawan2 utk tengok world cup kat kedai mamak. Bukannya kat rumah takde astero...tapi tengok bola kat mamak lagi happening agaknya. Air yg mamak buat lebih sedap gamaknya. Ditambah lagi dengan suasana persekitaran dan penyokong2 pasukan lain duduk bersama2 tengok bola kat kedai yang sama.

Apa kelas kan dok rumah dengan anak dok bising-bising ulang alik naik basikal depan muka dia, wife lak sekadar pakai baju kelawar dok sebelah sambil lipat kain. Mulut bebel2 cerita pasal tension kat tempat kerja. Mana boleh concentrate, kan?

Kengkawan dia lak macam tau2 aje dia ada kat rumah. Masa tulah dan-dan sms "mamak jom!"...adoiiii...bikin bini yg baru nak rasa seronok sebab laki ada kat rumah panas ati aje!

Baru je bertekak dengan encik nazir last week pasal "pembahagian giliran" utk dok rumah atau tengok bola kat mamak (mcm giliran umah bini lain jek ye...hahaaa....). Balik kerja jumaat lepas encik nazir kata "lepas beli barang dapur ni, balik lepak2 tengok cd best gak kan ayang?". Waaahhhh...hati aku berbunga2 riang, sebab dah lama gila tak spend masa berdua je dengan dia [ya, dapat spend masa tengok tv berdua pun dah rasa best taw!]. Masa kat Econ.save, aku dah berangan dah nak buat air panas sambil makan biskut tengok cd....duduk pulak disamping suami terchenta! Waaahhh..heaven!!

Tapi, masa balik tu encik nazir parking depan rumah. Aku heran gak, kenapa tak nak masuk pagar terus. Bila aku tanya, jawapannya "Kawan abg ajak tengok bola kat mamak". APAAA??!!!?!! Jantung aku dah berdebar2 menahan marah. Tapi aku hanya mampu cakap "takpe, biar mungkir janji dengan bini. Jangan mungkir janji dengan kawan". Pastu aku amik barang dan dukung Naufal terus masuk dalam rumah...merajuk kononnya. Tapi hati memang dah pasrah encik nazir keluar jumpa kawan2nya.

Tapi bila dah masuk rumah, tengok2 dia reverse keta dan parking kat dalam. In the end, dia tengok bola sorang2 kat rumah aku lak tido awal dengan Naufal.

Keji betul lah aku ni...huhuuuu... Aku rasa sangat kesian dan bersalah kat encik nazir. Tapi rasa ego dan degil aku membuatkan aku buat deeekk aje kat laki yg tengah tengok bola sorang2 kat rumah hari tu. Malam tu jugak aku berjanji pada diri aku untuk jadi isteri yang sporting...hanya di musim world cup ini! Kalau encik nazir nak keluar tengok bola kat mamak aku benarkan je tanpa banyak soal. Kasik la muka sikit.....4 tahun sekali je...heheee....

Wednesday, 23 June 2010

Nama-nama pelik yang aku pernah jumpa

Nature kerja aku adalah kena banyak berurusan dengan supplier. Most of the suppliers adalah dari Singapore dan China. Hanya sedikit aje dari US dan UK (sebab tu agaknya English aku pun di tahap sekolah menengah aje *alasan*)

Mostly nama-nama pelik yang aku encounter adalah dari China. Tak percaya? Tengok ni :

Violin Tan (kau ingat kau ni viola ke?!)
Bamboo Xu (habislah kau jadik makanan panda!)
Candy Guo (manis la tu konon?)
Perfume Lai (busuk sangat kot? Sampai perlu letak nama mcm ni)
Leaf Xiao (Kalau bamboo jadik makanan panda, kau jadi makanan kambing laaaa)
Bush Zhao (apa yg bushy tu agaknya ye?! Mwahahaaa...)

Hmmm..gigih aku mengingatkan nama-nama ni semua.
Jahat kan aku ni sebab gelakkan nama orang? Tapi nama-nama mereka yg di atas ni semua dari China. So, takpe kot?

Monday, 21 June 2010

Cissss...

Setelah berkurun lamanya blogger kena block kat opis ni...har ni tetiba boleh log in pulak. Tapi malang betul....bila dah ada peluang idea tarak mari pulak...

Maka terhasillah entry tahapa-hapa ni adanya....
Oh ya, aku baru nak start ganti puasa hari ni. Hari pertama ni so far semuanya berjalan lancar, cuma mengantuk sikit. Semoga aku dapat tempuhi lagi 8 hari dengan jayanya. Hari raya tak lama dah...tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi. Baju raya dah tempah tapi puasa baru nak start ganti.

Tak malu ke kau ni Yatie?!

Heheee..

Tuesday, 8 June 2010

Aku Rasa Ada Konspirasi Kat Opis Ni...


Kenapa aku cakap mcm tu?

Tahun lepas masa aku mula blogging, sempat merasa 3 bulan je. Lepas tu company ni start block internet. Mula-mula dia block benda2 macam Friendster, fb (ni memang patut pun...sebab ramai nooo yg "on" fb 8jam sehari kat opis..heheee..sorry kalau ada yg terasa) dan tak lupa jugak blogger. Wah..menggelupur jugak aku bila datang gian nak update blog, pulak masa tu takde notebook lagi. Tapi aku masih bernasib baik sebab masih boleh blog hopping dan tinggalkan komen kat blog-blog favourite aku. At least, taklah putus terus silaturrahim tu.

Bila aku dah ada notebook, barulah aku boleh update entry di malam hari kat rumah dan balas komen2 kat office waktu lunch atau kalau dapat curi2 masa bukak blog sambil buat kerja. Dalam masa yg sama aku buat kunjungan balas serta blog hopping. So, walaupun aku takleh update blog aku masih boleh menjenguk blog lain. Ni semua berlanjutan selama setahun.

TETAPI!

To my horror...minggu lepas aku langsung takleh bukak blogspot kat opis! Kejamnya diaorg niiii....sampai hati buat aku mcm ni. Terasa sangat mcm katak di bawah tempurung. Bukannya aku dok bukak 8jam sehari pun. Dan bukannya menjejaskan prestasi kerja aku pun...sedih bila aku tak dapat bukak blog kawan2 lain tauuuuu...

Sebab tulah aku kata company ni ada conspirasy supaya aku tak jadik active blogger. Memang sampai bila-bila pun aku takleh jadik blogger tegar....(pasrah dah ni)

Nak harapkan aku online waktu malam masa weekdays memang agak payah unless aku tak lipat kain, tak basuh pinggan dan tak buat kerja rumah yg lain. Tu tak kira lagi nak tunggu Naufal tido dah kul 9 lebih, kalau tak memang takde chance lah aku nak bukak blog aku ni. Asyik mintak bukak youtube nak tengok idola dia si Ultraman Cosmos.

So, mulai korang baca entry ni aku dah susah sket nak buat kunjungan balas ke blog korang. Tapi bila ada masa terluang, aku mesti dan pasti akan berkunjung ke blog korang..huhuuu...Harap2 silaturrahim akan terus terjalin...

p/s : takkan nak angkut laptop gi keja tetiap hari? Ngalahkan manager lak..hehee.........

Monday, 7 June 2010

Cukuplah Dua Electrician Kat Rumah Saya...

Aku perhatikan, seawal umur 2 tahun Naufal dah ada kecenderungan untuk minat benda2 teknikal. Pernah aku 'tertangkap' dia main tool bag encik nazir, keluarkan screw driver dan cuba untuk memutar tombol pintu. Pernah gak dia main ketuk2 pakai apa-tah-namanya-tool tu....pastu dia cakap "Dah!". Hahahaaaa...macam lah dok buat project wiring atau buat rumah gamaknya.

Hampir semua permainan dia, akan rosak dan dibuka untuk dia tengok kat dalam. Encik nazir ada belikan dia basikal sempena birthday baru2 ni tapi dia hardly naik....sebaliknya lebih berminat untuk terbalikkan dan pusingkan pedal tu sambil pegang rantai basikal tu. Pelik betul....

Sebagai bukti, ni aku ada ambik gambar dia kerjakan kereta tank yg dibelikan encik nazir. Kereta tank ni boleh bergerak dan berpusing serta bunyi "Fire...fire...drop the gun!". Memang Naufal kelihatan seronok dan berlari-lari mengejar kereta ni. Tapi disebabkan kitaorg beli bateri yg murah aje, dalam beberapa jam kereta ni dah tak bergerak.

Seperti biasa, kejadian menjahanamkan permainan akan dilakukan apabila aku tak sedar atau tengah masak kat dapur. Tengok2 dah takleh nak diselamatkan lagi....


Inilah kereta tank kedua menjadik mangsa Naufal


Di keluarkan wayar2 kat dalam tu pastu dicucuk2. Apa motif pun aku tak tau!


Like father like son...kalau buat kerja mesti nak kerut2 muka.
Syyyy...dia tengah troubleshooting tu...Serius betul!


Siap naik atas meja...heheee...

Kalau betullah Naufal memang minat ke arah itu, ummi doakan Naufal jadik Engineer ye...pastikan sampai dapat title Ir tau....

Oh ya, esok2 senanglah kalau ada kerosakan lampu, wiring atau yg seumpama dengannya. Maklumah, saya ada dua org yg boleh diharap kat rumah!

Korang ada?! Hahaaa...

Sunday, 6 June 2010

Let's Ruuming Bebeh....

Dok blog hopping semalam terjumpa entry ni kat blog GTO. Aku baru jek 15 minit yg lepas create account dengan ruumz ni. Masih dok belajar dan mungkin amik masa sikit utk familiarize social network yg baru ni. Ada sikit2 macam fb tapi ada gak beberapa features yang takde kat fb (atau aku yg tak tau...sebab fb pun aku tak mahir 100% lagi).

Selepas gagal dengan friendster....sign up lak dengan fb. Kenapa lak aku nak menggatal bukak akaun dengan ruumz lak? Banyak sangat ke masa nak maintain akaun2 ni semua? Jawapannya adalah, oleh kerana fb telah diblocked kat opis sejak last year aku harap masih boleh stay in touch dengan kawan2 melalui ruumz ni tanpa perlu tunggu malam atau weekend utk online. Waktu rehat kat office pun boleh jek sign in...dan aku harap ruumz ni bakal jadik 'the-next-best-thing' dalam social networking ni selepas fb dan tweeter.

Oh ya, dengar kata ruumz ni ciptaan org Malaysia. Selain dari tu ada gak diberi freebies seperti tiket2 movie...loading pun cepat kalau nak dibandingkan dgn fb [ni semua GTO yg tulis, aku amik semua fakta ni dan publish kat sini..heheeee..]. Nuffnang pun beri kepercayaan kat ruumz since ruumz menjadi penaja bersama Project Alpha Season2 [ni pun GTO yg kata]

So, apa lagi kengkawan? Join me here and let's be ruumates! ; )

Click HERE

Wednesday, 2 June 2010

Pelajaran Hari Ini : Nak kutuk boss dalam e-mail, jgn lupa remove nama dia

Ni aku nak cerita sikit pelajaran yg aku "terbelajar" minggu lepas....

Hari : Jumaat
Waktu : 5.02pm
Mood : Happy sebab esok dah weekend. Lagi 30minit dah boleh balik jumpa Naufal.

Aku tengah berbalas e-mail secara professional (sebab semua org including my boss and lead ada in the loop). Production dah hilangkan part, so line takleh nak jalan. Dia suruh aku beli dan bawak masuk part tu tapi boss aku tak approve. Iyelah, beli barang bukan pakai kertas tapi duit. Kalau terlebih beli nanti dan tiba2 diaorg terjumpa balik part tu nanti kitaorg (purchasing) yg kena menjawab akibat dari inventory yg banyak tu.

Aku dah try negotiate dgn boss tapi boss aku berkeras takmo approve belikan. Aku tension berada di tengah2...pulak tu akak production leader tu memg baik dengan aku. Tah mcm mana aku tergerak nak e-mail kat dia utk ceritakan perasaan aku masa tu TAPI si sengal nan seorg ni nak pakai e-mail yg sedia ada (beserta nama recipient yg lain2) sebab malas nak "create new". Sedap betul ayat aku berbunyi :

"Susah la boss aku ni....aku dah try explain, tapi dia tetap dgn pendirian dia kalau MH declare short 2k, aku dah bring 2k - case closed. Nantilah aku try ckp dengan Mong She...kot2 dia leh cakap cina dgn Lucy, lebih senang paham kotttt...."

Mong She : Leader aku merangkap CNN department..hahaa...
Lucy : HOD aku dan Mong She

Lepas type ayat kat atas, dengan pantasnya aku tekan ikon "SEND" dengan jayanya. Tak sampai 5 saat lepas tu telephone aku berbunyi :

Hasmah : Ti!!!!! Kau send e-mail tu tapi kau lupa nak keluarkan nama boss kau!

Aku : [Darah berderau....peluh sejuk dah mula keluar...tangan terketar2 check balik e-mail tu. SAH! Aku terlupa keluarkan nama Lucy dan Mong She!] Mcm mana ni kak?! Matilah aku kakkkkkk......

Hasmah : Recall e-mail kau sekarang...cepat...cepattt....

Aku : [Cepat2 carik butang recall dan tekan] Kak, aku dah recall tapi tak pasti si Lucy dah baca ke belum. Aku nak gi toilet sembunyi jap....

Lepas hang up telephone, aku terus dok bertapa kat toilet. Adalah dekat 25 minit. Fikiran aku betul2 buntu dan celaru. Mcm mana kalau boss baca e-mail tu? Apa kata dia nanti? Tapi rasanya tak lah teruk sangat kutukan tu (nak sedapkan hati). Tapi nampak sangat aku dok "mengata" dia kat belakang kan? Huhuuuu....mcm mana aku nak berhadapan dgn dia nanti? Selama 25 minit pertapaan aku, mcm2 alasan aku create tapi akhirnya aku buat keputusan utk menghadapi semuanya dengan tenang dan mengaku aje kesalahan aku tu. Aku kan seorg pekerja yg professional...kononnnnn....

Dah puas pujuk hati, aku kuatkan semangat keluar toilet dan pergi balik desk aku. Tengok2 semua org buat deeekk je kat aku. Pelan2 aku dok kat kerusi aku dan check e-mail. Alhamdulillah - semua recall successful kecuali satu yang telah dibaca oleh si Hasmah. Mood weekend aku bersinar kembali...malah kelihatan lebih bermakna! heheee.....

So, sekarang ni aku dah dapat pengajaran. Kalau nak hantar e-mail personal, check betul2 siapa dlm recipient list. JANGAN sesekali pakai balik thread yg sama....sebab berisiko terinclude semua org.

I've learnt my lesson!