BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 2 June 2010

Pelajaran Hari Ini : Nak kutuk boss dalam e-mail, jgn lupa remove nama dia

Ni aku nak cerita sikit pelajaran yg aku "terbelajar" minggu lepas....

Hari : Jumaat
Waktu : 5.02pm
Mood : Happy sebab esok dah weekend. Lagi 30minit dah boleh balik jumpa Naufal.

Aku tengah berbalas e-mail secara professional (sebab semua org including my boss and lead ada in the loop). Production dah hilangkan part, so line takleh nak jalan. Dia suruh aku beli dan bawak masuk part tu tapi boss aku tak approve. Iyelah, beli barang bukan pakai kertas tapi duit. Kalau terlebih beli nanti dan tiba2 diaorg terjumpa balik part tu nanti kitaorg (purchasing) yg kena menjawab akibat dari inventory yg banyak tu.

Aku dah try negotiate dgn boss tapi boss aku berkeras takmo approve belikan. Aku tension berada di tengah2...pulak tu akak production leader tu memg baik dengan aku. Tah mcm mana aku tergerak nak e-mail kat dia utk ceritakan perasaan aku masa tu TAPI si sengal nan seorg ni nak pakai e-mail yg sedia ada (beserta nama recipient yg lain2) sebab malas nak "create new". Sedap betul ayat aku berbunyi :

"Susah la boss aku ni....aku dah try explain, tapi dia tetap dgn pendirian dia kalau MH declare short 2k, aku dah bring 2k - case closed. Nantilah aku try ckp dengan Mong She...kot2 dia leh cakap cina dgn Lucy, lebih senang paham kotttt...."

Mong She : Leader aku merangkap CNN department..hahaa...
Lucy : HOD aku dan Mong She

Lepas type ayat kat atas, dengan pantasnya aku tekan ikon "SEND" dengan jayanya. Tak sampai 5 saat lepas tu telephone aku berbunyi :

Hasmah : Ti!!!!! Kau send e-mail tu tapi kau lupa nak keluarkan nama boss kau!

Aku : [Darah berderau....peluh sejuk dah mula keluar...tangan terketar2 check balik e-mail tu. SAH! Aku terlupa keluarkan nama Lucy dan Mong She!] Mcm mana ni kak?! Matilah aku kakkkkkk......

Hasmah : Recall e-mail kau sekarang...cepat...cepattt....

Aku : [Cepat2 carik butang recall dan tekan] Kak, aku dah recall tapi tak pasti si Lucy dah baca ke belum. Aku nak gi toilet sembunyi jap....

Lepas hang up telephone, aku terus dok bertapa kat toilet. Adalah dekat 25 minit. Fikiran aku betul2 buntu dan celaru. Mcm mana kalau boss baca e-mail tu? Apa kata dia nanti? Tapi rasanya tak lah teruk sangat kutukan tu (nak sedapkan hati). Tapi nampak sangat aku dok "mengata" dia kat belakang kan? Huhuuuu....mcm mana aku nak berhadapan dgn dia nanti? Selama 25 minit pertapaan aku, mcm2 alasan aku create tapi akhirnya aku buat keputusan utk menghadapi semuanya dengan tenang dan mengaku aje kesalahan aku tu. Aku kan seorg pekerja yg professional...kononnnnn....

Dah puas pujuk hati, aku kuatkan semangat keluar toilet dan pergi balik desk aku. Tengok2 semua org buat deeekk je kat aku. Pelan2 aku dok kat kerusi aku dan check e-mail. Alhamdulillah - semua recall successful kecuali satu yang telah dibaca oleh si Hasmah. Mood weekend aku bersinar kembali...malah kelihatan lebih bermakna! heheee.....

So, sekarang ni aku dah dapat pengajaran. Kalau nak hantar e-mail personal, check betul2 siapa dlm recipient list. JANGAN sesekali pakai balik thread yg sama....sebab berisiko terinclude semua org.

I've learnt my lesson!

8 comments:

JaNnAh said...

saya pon pernah buat.. kutuk bos ngan kwn saya pastu ter'cc' ke bos.. nasib baik kami pakai bahasa sms & in malay.. so, bos x paham.. selamat..

siti noriza saleh said...

kueng kueng.....

Elyn Sani said...

perghhhh kalau i pun sure ketaq ni!!! hehehe i kene take note ni!!

Cinda... said...

asal.. x cite.. balik2 toilet terus g meja sy yg mmg dekat kat pintu tu.. cite pengalaman ngeri nie.. hehehehe

hahahahaa...

Lily@MamaZaraZareef said...

kikiki..mmg haru lah kalau bos akak dpt emel ni..ehh tapi kan, sy tak tau pon kite leh recall sent email..huhuhu..buta it sungguh..

ibu_Arifa said...

hohoho..seriau saya baca tadi tau.. tapi memang tak berapa teruk sangat pun kutukan akak tu..tp risau tetap kena risau jgak kan..

buat pengajaran jugak buat saya ni.TQ

maya amir said...

camne ko leh recall email.. canggih ye email skang ni.. aku tak penah tau pun leh recall email..nmpk tak buta IT di sini... hehehe

YatieJay said...

Jannah,
Hahaaa..sib baik dia x paham!

Siti,
kweng..kweng...

Elyn,
Memang ketaq habis! Kaki sejuk semacam je...

Cinda,
Lupa lak, akak ngadu kat kau dulu pastu pakai telephone Adeline utk bertanya 'kabar'...hehee...

Lily,
Memg haru biru punyalah. Especially si Mong She memang dah sedia kecoh orangnya. Eh, dulu akak pun tak tau e-mail boleh recall...

Ibu_arifa,
Tak teruk sgt kan? Tapi tang ayat cakap cina tu mcm ada 'underestimate' dia sikit laaa..

Maya,
U are not alone! Dulu aku pun tak tau. Since kerja aku ni memg bnyk communication pakai e-mail sebab tu aku fully utilize function2 kat Outlook tu...