BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 6 June 2010

Let's Ruuming Bebeh....

Dok blog hopping semalam terjumpa entry ni kat blog GTO. Aku baru jek 15 minit yg lepas create account dengan ruumz ni. Masih dok belajar dan mungkin amik masa sikit utk familiarize social network yg baru ni. Ada sikit2 macam fb tapi ada gak beberapa features yang takde kat fb (atau aku yg tak tau...sebab fb pun aku tak mahir 100% lagi).

Selepas gagal dengan friendster....sign up lak dengan fb. Kenapa lak aku nak menggatal bukak akaun dengan ruumz lak? Banyak sangat ke masa nak maintain akaun2 ni semua? Jawapannya adalah, oleh kerana fb telah diblocked kat opis sejak last year aku harap masih boleh stay in touch dengan kawan2 melalui ruumz ni tanpa perlu tunggu malam atau weekend utk online. Waktu rehat kat office pun boleh jek sign in...dan aku harap ruumz ni bakal jadik 'the-next-best-thing' dalam social networking ni selepas fb dan tweeter.

Oh ya, dengar kata ruumz ni ciptaan org Malaysia. Selain dari tu ada gak diberi freebies seperti tiket2 movie...loading pun cepat kalau nak dibandingkan dgn fb [ni semua GTO yg tulis, aku amik semua fakta ni dan publish kat sini..heheeee..]. Nuffnang pun beri kepercayaan kat ruumz since ruumz menjadi penaja bersama Project Alpha Season2 [ni pun GTO yg kata]

So, apa lagi kengkawan? Join me here and let's be ruumates! ; )

Click HERE

2 comments:

Elyn Sani said...

bule try gak ruumz ni heheh

Mummy Dasy said...

leh ah join Daily question kat project alpha tu..