BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 7 June 2010

Cukuplah Dua Electrician Kat Rumah Saya...

Aku perhatikan, seawal umur 2 tahun Naufal dah ada kecenderungan untuk minat benda2 teknikal. Pernah aku 'tertangkap' dia main tool bag encik nazir, keluarkan screw driver dan cuba untuk memutar tombol pintu. Pernah gak dia main ketuk2 pakai apa-tah-namanya-tool tu....pastu dia cakap "Dah!". Hahahaaaa...macam lah dok buat project wiring atau buat rumah gamaknya.

Hampir semua permainan dia, akan rosak dan dibuka untuk dia tengok kat dalam. Encik nazir ada belikan dia basikal sempena birthday baru2 ni tapi dia hardly naik....sebaliknya lebih berminat untuk terbalikkan dan pusingkan pedal tu sambil pegang rantai basikal tu. Pelik betul....

Sebagai bukti, ni aku ada ambik gambar dia kerjakan kereta tank yg dibelikan encik nazir. Kereta tank ni boleh bergerak dan berpusing serta bunyi "Fire...fire...drop the gun!". Memang Naufal kelihatan seronok dan berlari-lari mengejar kereta ni. Tapi disebabkan kitaorg beli bateri yg murah aje, dalam beberapa jam kereta ni dah tak bergerak.

Seperti biasa, kejadian menjahanamkan permainan akan dilakukan apabila aku tak sedar atau tengah masak kat dapur. Tengok2 dah takleh nak diselamatkan lagi....


Inilah kereta tank kedua menjadik mangsa Naufal


Di keluarkan wayar2 kat dalam tu pastu dicucuk2. Apa motif pun aku tak tau!


Like father like son...kalau buat kerja mesti nak kerut2 muka.
Syyyy...dia tengah troubleshooting tu...Serius betul!


Siap naik atas meja...heheee...

Kalau betullah Naufal memang minat ke arah itu, ummi doakan Naufal jadik Engineer ye...pastikan sampai dapat title Ir tau....

Oh ya, esok2 senanglah kalau ada kerosakan lampu, wiring atau yg seumpama dengannya. Maklumah, saya ada dua org yg boleh diharap kat rumah!

Korang ada?! Hahaaa...

5 comments:

siti noriza saleh said...

wah wah wah..ayat korang ada tu yg x tahan././..ct stkt ni ada sorang je kt umah tu...betul2 anak ayah...

Mummy Dasy said...

wakaka mana tumpahnye kuah klu x ke nasi(betul ke)...sokong jek ape yg dia minat title Ir tu sape yg xnak...kat umah ni benda2 camtu mmg xleh bersepah coz ada sekali Daneen jumpa screwdriver habis jahanam tercabut screw2 kat basikal keje dia..

Lily@MamaZaraZareef said...

wah..betulla..nmpak sgt die berminat ngan benda2 'dalaman' mainan tuh..kagum gak die boleh bukak keta tu smpai terkeluar isik perut..hehehe. nway, acik doakan yg terbaik utk naufal yek. semoga masinlah mulut k yatie nak naufal jadi engineer..=D

ibu_Arifa said...

huhuhu..baguslah naufal..ikut Abah yer..nanti leh plan buat projek 'best + gempaq' dengan Abah nanti..

go go naufal..go naufal!

Syahida said...

jahanamkan toys? ..anak2 saya pun macam tu..anak bongsu saya si zarif pun sangat suka dengan permainan2 ala2 toolman dan juga gajet2...mudah2an jadik engineer juga ;-)