CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 22 November 2009

Bila Jiran Cuba Menggoda Suami Kita

Perghhh...tajuk entry bikin bulu roma naik kan?

Senario ni salah satu keadaan yang kita (sang isteri) amat takutkan berlaku. Terutamanya kalau jiran sebelah terdiri dari anak2 dara comel. Huhuuuu...mau hari2 aku balik cepat hahahaa!!

Member aku ada forward gambar jiran seseorang cuba "menggoda" suaminya (dia pun tukang forward email je, bukan jiran dia pun) tapi cuba korang bagi pendapat apa yang harus dilakukan jika jiran anda melakukan taktik halus seperti di bawah utk menggoda?


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Wakakakaaaa....sib baik takde G-string!!

Aku nak ucapkan gud luck kat puan yang menyidai ni. Ada chance ke nak menggoda? ; )

Wednesday, 18 November 2009

Indecisive Husband

Lumrah dalam rumah tangga, suami sebagai ketua memainkan peranan yang besar dalam membuat keputusan bagi keluarganya. Tapi aku pasti sangat, ramai antara isteri2 di luar sana yg mempunyai suami yang lebih selesa membiarkan si isteri untuk membuat keputusan. Tak kisah la keputusan tu sekecil nak beli kicap jenama Kipas Udang atau Jalen ataupun sebesar nak beli rumah kat area mana dan sebagainya.


Aku dan encik husband sejak dari zaman berpacaran (cewah) dulu memang aku aje yang banyak buat keputusan. Bagi setengah orang yang tak memahami, mungkin dia akan cop kita sebagai queen control. Tapi yang sebetulnya, kita buat keputusan kerana suami kita lebih selesa mengikut keputusan yang kita buat. Kalau ditanya jawapan standard adalah "ikut suka ayang la", "abang ikut je" tak pun "ok gak tu".

Tapi takdelah 100% keputusan aku yang buat. Ada certain things kalau dia tak setuju dia akan beritahu gak la. Beberapa contoh masa aku buat keputusan nak hantar naufal ke taska. Encik husband tak setuju sebab baginya Naufal masih tak ready. Satu lagi keputusan masa aku setuju utk resign kerja dan ikut dia ke tempat lain, itupun dia tak setuju sebab dia tak nak aku buat something yg bukan "kepakaran" aku.

Jadi, aku dapat simpulkan kalau keputusan tu melibatkan perkara2 besar/masa depan encik husband akan "bersuara". Selebihnya dia prefer aku yang buat, takpun dia memang sekepala dengan aku. Apa saja keputusan yang aku buat kebetulan memang adalah apa yang dia nak.

However, bagi aku ia masih tak mencukupi sebab bagi aku macam aku lak yang menggalas tanggungjawab utk berfikir dan buat keputusan walaupun ada gak sesi berbincang dan berbalas pandangan. Cuma in the end, aku gak yang akan buat keputusan (most of it).

Persoalannya sekarang, macam mana nak bagi suami kita menjadi lebih "agresif" dalam membuat keputusan? Kongsi-kongsikanlah bagi yang sudi....


Tuesday, 17 November 2009

Kenapa saya takde widget follower

Bagi menjawab soalan Lily kat entry aku yg ini, dan kebetulan lak Elyn pun ada post satu entry yg sangat menarik which also pointed on the "follower" issue, aku pun terpanggil utk buat entry ni.

Kenapa aku tak letak widget follower?

1. Aku cuma ada 4 follower (thanks pada yg sudi follow wlpn korang tak nampak widgetnya)

2. Kalau aku ramai follower, aku takut takleh nak langsaikan tanggunjawab utk jenguk blog
diaorg selalu. (Org sudi follow kita, rasa tak patut lak kalau tak jenguk dia) - Ceh! Macamlah ramai nooo orang nak follow blog aku ni..hahaaa.....

3. Aku ni bukan dikategorikan sebagai blogger tegar. Dapat update blog sekali seminggu pun dah cukup bagus. Kalau aku ramai follower@peminat, hampalah mereka tengok blog aku ni tak berupdate - again, ayat macam perasan orang ramai nak follow blog ni!

4. Bagi aku, fellow bloggers yg sudi listkan aku kat dia punya blog list pun dah cukup bagus utk
menunjukkan yg dia sudi nak berkawan dengan aku dan nak tau perkembangan/repekkan
aku.

5. Sepertimana in real life, aku sebenarnya lebih selesa berada dalam a small circle of friends.
Biar sikit kawan, tapi kawan yg kita ada tu berkualiti. Buat apa ramai kawan tapi majoriti dari
mereka cuma menyakitkan hati (dalam erti kata lain - toxic friends. I've come acrossed ramai
manusia mcm ni in real life). Statement ni mungkin ramai yg tak setuju, tapi nak buek camno...ahkak memang begini.

6. Lari dari tujuan asal aku start blogging which is just to ejoy reading other people's blog dan cari
hanya beberapa kawan untuk memeriahkan majlis....

Ni saja yg aku boleh fikirkan buat masa ni. Buat Lily, thanks sebab sudi nak follow akak. Agak2 nak follow akak gak, boleh aje walaupun widgetnya takde.

Dan untuk pengetahuan korang yang rajin komen kat blog aku ni (thanks lagi sekali), aku memang dah follow korang sejak dari komen korang yang first dulu. Memang kebiasaan aku mcm tu, follow orang dan letak dalam blog list tapi tak bagi tau....

Mak tak paksa korang ikut mak nyaaahhh....heheeee!

Akhir kata, andai entry ni buat anda kecil hati, marah atau tersinggung maaf jua ku pinta. Sedangkan lidah boleh tergigit, ngehngehngeeeehhhhh...

Happy blogging! : )