Mungkin ada yg tak perasan....tapi aku bagi perasankan jugak. Blog aku ni dah seminggu sunyi dari entry....dan aku jugak takde tinggal jejak kat mana2 "rumah" blogger lain....Kenapa? The reason is....parents aku dari Penang datang!
Aku ni dok Kulai, tapi diaorg stay kat rumah makcik di Larkin...about 30 minutes drive. So, lepas balik keja dari Gelang Patah aku akan singgah Larkin dulu utk jumpa diaorg. Dari Larkin aku akan balik Kulai lak. Kekadang balik keja aku ke Kulai dulu pastu lepas amik Naufal kat umah BS, aku ke Larkin pulak....camtulah rutin aku seminggu ni....Hampir setiap hari tido kul 1am-2am...Penat memang lah penat tapi bukan selalu aku dapat jumpa parents dan siblings aku tu.....
Dua hari sblm balik penang semula barulah diaorg datang tido rumah aku kat Kulai pulak...Kat opis keja makin banyak, nak stay kat opis lelama rasa bersalah pulak sbb parents aku ada kat rumah takkan aku nak biarkan aje diaorg tanpa bawak gi mana2.....Kebetulan hari Khamis hari tu network kat opis down, so e-mail dengan Baan system takleh pakai....aku pun amik peluang ni utk balik 5.30pm sharp (dah lama gila tak bailk rumah masa matahari masih ada) - Thanks Allah for giving me the chance to spend time with my parents!
Khamis malam hari tu aku bawak diaorg makan kat Restoran Lapan Kati kat Indahpura (kau tau kat mana Pid?) Kitaorg order Butter Prawn with Milk, Stir Fried Broccholi with crabmeat, Fish Fillet dalam Hotplate, Cornsoup with seafood dan minum bersama chrysantemum tea.....Pergghhh...memang sedap! Aku ada gak snap gambo makan2 tu, dan pesan kat adik soh simpankan gambo tu...tapi carik2 takde lak....so, layan gambo pinggan kosong ajelah ye.....
my sys with her dotter (the hubby tak ikot)
Our little family (buat2 tak nampak ye double chin itewwww)
Semalam diaorg dah selamat sampai Penang pun.....sebelum tu singgah Melaka utk "pulangkan" adik aku semula ke laki dia...
Selesai sudah family reunion kami.....
Tak puas hati sangat sebab aku tak amik cuti utk luangkan masa bawak diaorg jalan2.....last2 diaorg gi jalan sendiri....
5 comments:
uiks?..knapa satu family tu sama2 "gedi"?..ha ha ha....bestkan dpt makn ramai2 ngn family...siti pun dah lama tak gathering2 cmni...hu hu hu
hakhakhak..aku tau..boss aku selalu blnja makan kat situ..
Siti,
Memang seronok...sejak masing2 dah kawin dan ada family sendiri susah betul nak reunion mcm ni....lagi susah nak buat kat johor ni..
Cikpid,
Sedap kan makan situ....harga pun not bad...Untungnya kau boss belanja makan situ....
weh..pagi ni opismate aku ckp kat 8 kati tu diorang masak gune wine weh..erk..aku x taulaa btol ke tak..
CikPid,
Alamak....betul ke ni?!?!!! Kes serius ni!
Tapi tukang masak dia melayu2 belaka dan dengar cerita owner dia mualaf cina, dulu keja chef kat hotel mana tah....
Harus aku carik cerita sebenar, sebab ramai gila melayu muslim makan kat situ....
Post a Comment