Semalam aku dok berblog walking...jumpa satu entry di sini meluahkan kesedihannya dengan ujian sukar dapat anak. Teringat masa aku dulu....Walaupun tak selama dugaan yg dilaluinya (7 tahun kawin)
Aku kawin Dec 2005 tapi hanya berjaya pregnant pada July 2007. Lepas dua bulan kawin dah mula ada suara2 bertanya "Dah ada ke?"...."Bila nak pregnant ni?"..."Jangan merancang lama2, esok nanti susah korang nak dapat anak". Mula2 tu aku cuma jawab belum lagi sambil tersenyum simpul (maklumlah pengantin baru!)
Masuk bulan ke-6 aku dah mula risau, terfikir juga ada masalah ke aku ni? Dari zaman remaja lagi period aku tak menentu kedatangannya...So aku pun terfikir nak pergi Gynae mencari punca dan merawatnya. We decided to go to Puteri Specialist atas saranan seorang kawan.
Maka bermulalah usaha aku utk nak dapatkan anak....
Usaha pertama - makan clomid. Every month aku dibekalkan Clomid utk dimakan semasa period. Habis makan ubat tu aku jumpa doktor lagi utk di scan bagi memastikan ubat tu berkesan dalam membantu ovari aku. Every appointment billnya tak kurang RM100 cik kiah oooiii...Tu utk normal treatment.
Usaha kedua - buat X-ray. Ni dilakukan setelah 2-3 sesi makan clomid tapi tak berkesan. Tujuannya untuk memastikan tiub fallopio aku tak tersumbat. Sejenis dye akan dimasukkan ke tiub fallopio aku lepas tu x-ray. Keputusannya adalah negative....tiub aku tak tersumbat. Yg ni kalau tak silap aku kosnya between Rm200-Rm300.
Clomid masih diteruskan....badan aku makin lama makin naik dek kerana makan hormon ni...Takpelah, demi nak dapat anak punya pasal!
Usaha ketiga - husband pulak kena check. Yg ni aku takleh nak citer secara detailed sebab melibatkan encik husband. Tapi keputusannya jugak adalah negative...maknanya husband aku pun ok (normal/sihat). Yg ni pulak kosnya between RM100-RM200 gak...
[aku pernah terbaca somewhere, kebanyakan kes susah nak pregnant 30% datang dari isteri, 30% datang dari suami, 30% pasangan adalah normal dan balance 10% kerana faktor2 yg tak dapat ditentukan. So, kalau didapati ada pasangan yg takde anak, don't blame it 100% on the wife sebab percentage dia sama dengan lelaki...Tapi org kita selalunya akan kata "salah bini". Sedih kan?]
Usaha ke empat - buat IUI setelah 6 bulan makan clomid tak berkesan. Sebelum buat IUI ni aku kena makan ubat hormon dos yg lebih tinggi dari clomid (effectnya pandangan aku blur pagi2 lepas makan ubat tu) + kena inject kat perut (yg ni encik husband yg tolong buatkan) Bila dah lengkap makan ubat tu, kitaorg gi Specialist utk buat procedure IUI tu. Kosnya hampir RM1000 termasuk ubat + injection + prosedur IUI + lab test....
Tapi tanpa izin Allah...walau berapa bnyk duit aku habiskan, aku tetap tak pregnant...
Mengikut saranan doktor, dia suruh kami "berehat" sekejap dari berusaha. Menurut katanya, ramai patient dia akan "terpregnant" when they stop trying and thinking about it...
So, kitaorang pun berhenti sekejap dari berusaha...
Namun suara2 sumbang orang sekeliling takleh nak kita tutup. Diarog bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Aku pernah menangis masa nak tido lepas balik dari kenduri rumah makcik. Ada seorang tu bertanya kat aku, "Tak mengandung lagi ke?!!? dah dekat dua tahun korang kawin......" seolah2 aku dah buat satu jenayah besar! Berubah terus muka aku.....hanya mampu senyum kelat je. Oh ya, ni makcik yg sama tanya soalan kontorversi kenapa aku lambat kawin....
Aku jugak "kehilangan" seorang kawan baik bila dia kata jangan tunggu lama2 utk pregnant nanti esok kalau aku dah jejak umur 30-an mcm2 risiko aku kena tanggung. Oleh kerana terasa "panas telinga" dengar statement bodoh dia tu aku telah menengking dia. Mana taknya, bukan dia tak tau tetiap bulan aku dok berulang alik pergi hospital buat treatment. Bukan aku tak berusaha...tapi belum diizikan olehNya! Dulu dia pun hampir 2 tahun kawin baru pregnant...berusaha gak ke hospital utk amik ubat hormon. Tapi bila dia berjaya dapat anak lupa pulak kesusahan yg dia pernah lalui dulu pastu senang2 nak claim aku tak cukup usaha...memang dasar........
Kebetulan pulak aku dah bertukar tempat kerja, sampai sekarang kami tak bertegur....usaha aku mintak maaf melalui e-mail dipandang sepi je olehnya....
Rupanya bukan aku je yg makan ati dengn kata2 org sekeliling....encik husband pun pernah kena dengan member2 dia. Org lelaki, tau2 ajelah kasar cakap dia org. Siap kata hubby tak pandai buat anak...Tapi dia tak pernah cerita kat aku sebab takut aku terlebih emosi...heheheeee...Dia citer ni pun lepas naufal dah keluar....
.........sambung part II (dah panjang sangat entri ni, nanti boring pulak orang nak baca)
Menuntut Ilmu Jalan Mudah Menuju Syurga
-
Dari Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَه...
2 days ago
13 comments:
mmg letih kalo usaha nk dpt anak x menjadi. bri in law n biras i mcm2 usaha die buat.. till now x der result. kesian tgk dierang tau.... i nak bantu pun x reti.....
aku mmg dari dulu nak tau cite ko gi puteri tu tapi aku tak berani tanye, sbb isu ni sensitif..tapi ko lupe masukkan nama aku salah seorang yg menasihati ko supaya just enjoy yr life, don't think too hard, don't dwell too much on that thing sbb bile thinking hard,it won't help..know it's hard to do it kan..tapi really, kene byk2 sabar.. now, dah ade naufal yg comel..happy for u dear:)
hmm..itula silap masyarakat kite kan. lmbat sikit dpt anak dh jadi bahan cerita. walhal itu sume rezki dr Allah. apepon, bile baca citer akak n citer dari blog satu lagi tu, meningkatkan rase syukur saya sbb dah dikurniakan seorang anak ni. sebelum ni, jarang terpikir akan kesusahan org lain yg terpaksa berusaha keras utk mendapatkan anak..=(
glad that u willing to share the stories. dpt memberi pedoman n pengajaran..
Alhamdulillah...penantian tu buahnya indah sekali kan??
sy 9 bulan kawen br ngandung..itu pon org dh tanye mcm2..ape tah ag kalo 2 thn cam kak yatie ek?
skang pon ade mmber dh 2 thn lbh kawen x dpt anak ag..sian gak ngan die..
org ni mulut banyak bunyi sbb x kena kat btg idung die..kalo kene baru tau
Intan pon perjalanan nak dptkan arissa penuh ngan "liku & onak". Lepas gugur yg 1st bb, susah nak lekat spi lah 4 years after that. Mcm2 gak try but our last option, intan berubat kat Dato Dr Hamid Arshat.
Masa makan obat tak lak ngandung but time intan "rehat" b4 the next procedure yg Intan conceive Arissa!
Alhamdulillah kawan2 dan org sekeliling tak de lak yg "mulut" mcm tu but u know what my own mom lak yg suka bertanya soalan pesen tu dan sometimes...emmm...maleh nak citer :( Mak sendiri!!!
Elyn,
Memang sangat letih....dan sangat2 memerlukan support dari orang sekeliling. Memang sebagai org yg terdekat kita takleh nak buat apa2....cukup sekadar jangan banyak bertanya hal anak kat dia org pun dah cukup supportive tau....
Maya,
Kau lah antara sumber kekuatan aku..ingat tak masa first time kita beraya dengan ipa sekali tu? Masa aku tengok gambar2 kat fp kau dengna ipa, aku menangis sebab cuma aku jek tak pegang anak..huhuuu...it hurt so much!
Nway, thanks for being there for me...dan tak pernah tanya aku soalan2 yg aku takmo dengar...
Lily,
Glad to know yg entry ni buat lily berfikir mcm tu....Harapnya kita akan lebih sensitive tentang perasaan org lain
Cikpid,
Memang...kalau kena batang hidung sendiri baru diaorg sedar kesakitannya mcm mana
Intan,
Wowww...Dr Hamid Arshat ye? Doktor idola saya tu....
Samalah dengan Yatie...masa "rehat" tu yg concieve...Alhamdulillah...
Mak Intan mungkin tak sabar nak timang cucu agaknya, tapi dengan adanya Arissa sekrg, it's worth the wait kan....
Sitisifir,
Ye...penantian yang sangat berbaloi. Hikmahnya, saya terasa lebih dekat dengan Allah....
hhmm. adakah aku kenal org yg kak ti tengking tu?..hik hik...kak ti yg 2 tahun tu pun risau....siti yg lmbt 7 bulan ni pun risau...ha ha ha....rupernyer2 bila dah ada si mia ni, baru zam buka cter...sbnrnya kalau bolh, dia nak lmbt sikit anak...sbb baru nak stabilkan diri dok berdua. ( erk, tahun2 pertama kitaorg berkawin, selalu dok manjuk2 tau)....tapi, sbb dia pun dah tak tahan nak dgr org sibuk tanya, kitoarg usaha gak...hu hu hu hu
Lily,
Lupa nak jawab soalan lily, naufal sebaya dengan Zara cuma tua beberapa minggu
Siti,
Ye, kau kenal sangat pompuan tu...hehehee....
Tahun pertama kitaorg kawin pun selalu merajuk2...sekarang ni dah tak kuasa merajuk2...gentel anak lagi bagus...hahahaaa
salam kenal...
free2 jomlah ke blog baby saya...
tak sangka kita senasib lambat dapat baby...
hanya kita yang tahu apa rasa tukan...
dah ada baby tak tergambar ngan kata2...
eyza adalah salah sorg hamba Allah yg diuji dgn ujian ni...susah/lambat nak mengandung...eyza pun akan sedih bila mengenangkan pertanyaan2 yg macam x berhati perut tu.. eyza pun tgh berusaha ni..skrg tgh jumpa doktor... doakan eyza yer.... salam kenal....
Post a Comment