Ni kisah sedih dua hari lepas...(dlm draft tapi asyik tak sempat nak publish)
Selama 3 hari berpuasa di hari bekerja, semalam aku balik lewat setengah jam. Apa lagi, kelam kabutlah mana nak carik juadah utk berbuka lagi, nak ambik naufal kat umah BS lagi. Rumah aku dengan tempat kerja mengambil masa lebih kurang 30-40 minit perjalanan melalui highway second link. By the time aku sampai Kulai dah kul 6.50pm....apa lagi, aku pun membelok ke drive thru McD ajelah...yg cepat dan paling mudah tanpa perlu turun keta....Sib baik hubby keja petang, so dia cuma berbuka kat tempat kerja je....
Sampai kat umah BS naufal dah dekat 7.05 minit....tanpa sempat berbasa basi dengan makcik Jamilah aku terus chow nak balik sebab takut lambat sampai rumah utk berbuka.
Tiba2......
BUKKKKK.....aku terasa ada keta langgar! Tetiba jek keluar dari simpang, aku sempat elak tapi dia tetap keluar dan himpit keta aku.... @&^#^* betul!! ...sumpah aku dalam hati. Siapa pulak yg langgar aku ni?!
Dengan semangat berkobar2 aku turun dari keta kenkononnya nak marah la sbb aku yakin sangat aku berada di pihak yg betul. Sekali tengok pemandu dia rasa tak sampai ati lak nak marah....Pemandunya seorang apek tua...
Apek : Sorry aaaaa...saya tak pelasan awak punya keleta...
Aku : Abis tu macam mana ni uncle? Takkan nak biarkan aje? Teruk kereta saya ni....
Apek : Sorry laaa, saya tak nampak aaaaa...saya kasik ini (sambil hulur RM50) nanti you pegi kedai bikin
Aku : Tak cukup ni uncle, keta saya kemik tu, bukan cat je yg terkopek.
Apek : Lu kalau pegi kedai mesti dia charge banyak...Itu cuma cat saja. Saya tengok ok je ni
(Dia tak turun pun dari keta tu....ada hati nak kata dia nampak. Abis tu yg keluar simpang tak nampak keta aku apa cerita?! Terror lak boleh nampak calar keta aku dari dalam keta dia je!)
Aku : Uncle, tolonglah....saya takut kena marah dengan saya punya husband (serius aku takut kena marah dengan dia!). Macam nilah, nnti uncle bawak saya pergi workshop yang uncle kenal. Kita bikin kereta ni lepas tu bill uncle bayar....please uncle (sambil aku buat muka kesian....)
Apek : Itu kedai sudah tutup laaa.....
Aku : Macam nilah, saya pun dah lambat nak buka puasa. Anak saya ada dalam kereta tu...nanti dia nangis...uncle kasik no hp uncle nanti esok saya call uncle ya......Saya percaya dengan uncle...uncle mesti tak lari punya (ayat mesti baik...kena amik hati dia jugak kan)
Apek : (buat2 lupa no hp dia....last2 dia bagi no hp dia dlm bahasa cine!! hahahaaa...gabra agaknya)
Aku : Nah...uncle taip no hp uncle kat hp saya....(hati dah tak sabar takut terlepas waktu berbuka ni! Tapi last2 dia boleh translate gak no hp tu ke bahasa malaysia..heheheee..)
Apek : Besok lu call saya, nanti saya bawak lu pergi itu workshop
Aku : Terima kasih uncle (sambil mata aku tengok not RM 50 yg dia nak offer aku tapi tak jadik. Hati sempat terpikir, kalau aku tak amik buatnya dia lari sesen pun aku tak dapat) Esok saya call uncle ya....saya percaya dengan uncle (bodek lagi)!
Sebelum blah aku sempat gak amik no keta dia....kalau dia cuba mengelak, taulah aku nak buat apa kat keta dia kalau jumpa kat mana2...heheee...
Sampai rumah ngam2 azan berbuka berkumandang...sempat jugak aku berbuka walaupun tekak ni dah tak terasa apa2 makanan yg melaluinya....Aku risau kena marah dengan encik husband....
Dah la nak raya ni...sedihnya.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
*Updated*
Esok tengah harinya aku call uncle tu...tak expect dia akan angkat call aku. 2 kali ringing terus dia angkat. Dia ajak jumpa kat tempat accident semalam sebab nak tunjuk workshop yg dia nak repair keta aku. I went with my hubby....again...not expecting him to show up. Tapi sampai2 jek dia tengah tunggu kitaorg. Jujur betul apek ni!!
Kat workshop tu tah apa dia cakap dengan cina tu, diaorg setuju accept keta aku tapi cuma boleh siap next week. Nampaknya "patah kaki" lah aku nak gi keja nanti...terpaksa pakai keta hubby yg makan RM20 sekali pergi kerja tu....kalau 3 hari dah RM60! Kak Kelly (read : Kelisa) aku tu cuma makan RM50 utk seminggu gi keja.....huhuuuu....melayang duit mak!
Tapi, aku tengah terpikir lagi ni. Esok bila keta siap adakah apek tu akan show up utk bayar bill workshop?
Menuntut Ilmu Jalan Mudah Menuju Syurga
-
Dari Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَه...
2 days ago
8 comments:
lor seb baik la uncle tu jujur. pakai kelisa mmg jimat tau. i dulu 1 weeks isi 30 hengget je hihihi
laa.. ye ke yatie? sure ko tak sempat cite ngan aku dlm email ni.. amacam dh siap keta? apek tu byr dak? bape kena? aduss.. nak2 raya ni mcm2 weyhh.. cam kes aku jugaklaa, client tak byr lagik duit aku nehhh.. dahlaa gaji aku 99% mesti kene potong utk bulan sept ni..arghhhh....
seb baik apek tu nk bertanggungjawab..
kak Yatie pakai Kelly yer?/samalaa kite..jimat ek?kite pakai kelly wrna gold coklat tu..kalo jumpa hon eh..hahahhahah
Insya'Allah nampak macam jujur je apek tu.
Apek apek...mata dah tak nampak still nak drive keta lagi tu...he he.
Elyn,
Memang jimat....sebab tu sayang sangat Kak Kelly tu
Maya,
Sorry..aku tak sempat nak citer kat kau. Workload aku terlalu bnyk di opis. Nak kejarkan balik awal punya pasal terpaksa "pulun" keja...
Keta aku siap selasa ni...tak tau berapa kena dan aku risau apek tu tak show up masa hari pembayaran tu!
Cikpid,
Buat masa ni apek tu bertgjwb takat tunjuk workshop...masa nak bayor tak tau lagi
Oh..kelly gold yg selalu merempit kat area jalan kota tinggi tu kau lah ye?! Heheeee..
Intan,
Ha'ah....dah tak nampak tu dok umah jelah...tak pun ajak cucu bawak keta
alahai..siannyer....siti pun kalau kete kene langgar, mesti cuak sbb takut zam marah...mcm hr tu, kak normah bolh gesel kete perdana zam, siti punyer cuak nak bgtau dia...hu hu hu...kalau kancil aku yg kene, aku tak kisah pun..kete pun dah lama...tapi, kalau si perdana tu yg kene, harus ku risau...
Siti,
Abis tu kak normah bayor kau tak? Atau modalkan air liur je?
hmmm, dia soh mamat tgok...mamt kata tak teruk..bila zam tgok, dia diam je..siti pun diam jelah..mesti dia ckp, calar balar kete aku..hu hu hu
Post a Comment