BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 29 March 2010

Projek Rahsia Naufal

Budak2 ni ada bermacam2 jenis "kenakalan". Aku takmo lah categorize "kenakalan" anak orang lain macam mana. Parents diaorang taulah...

Yang aku nak cerita adalah "kenakalan" chenta hati aku. Berbanding dengan sepupunya yang sebaya si Aish, Naufal ni aku perhatikan dia suka bergerak dalam diam. Maksudnya, kalau dia diam/senyap/hilang maka adalah projeknya masa tu. Si Aish, aku perhatikan suka berlari, menendang bola, melompat, 'pukul' Naufal (ala, budak2 punya pukul) dan bermacam2 aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

Sampaikan atuk2 Naufal kata Naufal ni baiiikkkk sangat. Oh, betapa aku menyangkal dakwaan tersebut. Bukan aku nak kata anak aku tak baik. Maksud aku, Naufal pun ada caranya sendiri untuk buat parents dia pening kepala dan tak senang duduk!

Kalau kat rumah, dia suka berprojek. Antara contoh2 projeknya :

  • Aktiviti bukak drawer/pintu kabinet/petiais dan keluarkan isinya. Puas keluarkan isi kat dalam, dia tinggalkan begitu saja!
  • Aktiviti main DVD Player/TV atau apa saja benda yg ada button - termasuk mesin basuh tau. Yang bijaknya, tau pulak mana button "eject" dan mana button "on/off"!
  • Menyelongkar bakul baju yang belum dilipat (biasalah, ummi dia lipat baju seminggu sekali aje so, mesti banyak yang nak diselongkar!)
  • Main air dalam mangkuk tandas (ewwww) dan jugak baldi dlm bilik air ----> ini memang merbahaya dan scary!
  • Suka mencapai benda2 kat atas kabinet dapur. Pernah sekali tu dia tercapai cerek elektrik mcm aku cerita dlm entry yg ni
  • Dan banyak lagi....dan lagi....dan lagi (sebab tu ummi dia jadik weekend tarzan!
Terbaru sekali adalah kejadian minggu lepas. Biasanya balik kerja kalau aku nak mandi dan solat, Naufal aku letakkan dalam playpen supaya dia tak buat kerja2 mcm yg kat atas tu. Since dia dah masuk dua tahun kita orang decided nak simpan aje, lagipun dia dah boleh panjat keluar. Takut lak kalau2 dia memanjat dan jatuh nanti, lagi susah.

Setiap kali mandi aku boleh gak jenguk2 dan jerit tanya dia kat mana dan buat apa. Tapi kalau tengah semayang aku memang kena tawakkal. Dan kejadian di bawah berlaku semasa aku tengah semayang maghrib. Patutlah aku rasa rumah mcm senyap sunyi aje. Rupanya........................

Baik punya tuang! (buat2 tak nampak je panorama semak kat belakang tu)

Dah tuang, dia buat mcm acara sukaneka pulak - acara tiup tepung!

Muka mcm tak bersalah aje bila kena marah dengan aku

Punya banyak bedak yg dituang, sampai sebati dgn seluar dan kaki dia. Isyyyyy!!!


Meet the "JU-ON"

Mula2 discovered aktiviti dia memang aku menjerit marah. Tapi since benda dah jadik, aku biarkan aje dia teruskan main sambil aku snap2 gambo buat tatapan umum. Org lain asyik dok cerita anak dia baik laaa....bijak laaaa....comel laaaa... which is totally normal dan bagus. Nah, aku pulak tunjukkan the other side of Naufal (di samping menceritakan kebaikan, kebijakkan dan kecomelan Naufal juga!)

p/s : aku rasa sudah sampai masanya aku perkenalkan konsep "time-off" kat Naufal supaya dia tau apa yg dia buat tu salah dan patut kena hukum. Tapi macam mana nak start ye?

16 comments:

YatieJay said...

Adoi....apasal bullets aku hilang ah?!!!

siti noriza saleh said...

hah...cter pasal "time-off" ni, ct dah mula praktikalkan kat mia...ha ha ha..memula nak buat time train dia poo poo dan pee pee kat bilik air, tp ct yg surender sbb ckt2 dia nak poo poo , ckt2 dia ckp nak pee pee..tp x buat pun...hu hu...

so, ct buat bila dia dah mula sepahkan mainan dia, dan soh kemas balik...kalau dia x kemaskan balik, ct akan ltk dia kat blik smbhyng ( bilik hujung yg ksong tu ) dan tutup pintu....

after 3 4 kali dia kene mcm tu, bila ct tgok dia dah boring nak main, ct soh kemas blaik, dia dah mula pandai kemas balik...he h eh....takut kene dok dlm blik gelp & byk lipas tu...hu hu hu...

( si naufal ni mesti patern senyap tp membara)...he he he

Pija Madzlan said...

anak saya tak kira time senyap ke time bising ke selalu ada projek diorg..huhuhu

Lily@MamaZaraZareef said...

ekekeke..kelakar sgt tgk gmbar die yg meniarap wat gaya sukaneka tuh..mesti dok seronot sakan dpt main ngan bedak.. sy klu boleh nak elakkan part2 bedak bertabur nih..mls nk bersihkan..sedaya upaya cube sorok bedak tu dr dijumpai Zara (but dh few times terkantoi gak..hihi)

mcm ade contest 'aksi tepung gomak' la kat blog mane ntah. sesuai masukkan gmbar naufal neh..=p

Aku Bukan Bidadari said...

sama mcm ayra suka main bedak.. hu h hu

YatieJay said...

Siti,
Eh, bagus gak cadangan tu kan? Kunci dia dalam bilik untuk 2-3 minit. Tapi hati nak kena "keras" sikit la. Nanti dengar dia nangis, kesian pulak.

Sitisifir,
Wah, sebab 'team' dia besar...lagi seronok!

Lily,
Bedak ni pun sembunyi punya, tah mcm mana boleh kantoi pulak...Ada contest ye? Malas nak join, bukan ada luck pun!

Tiara,
Memang budak2 suka main bedak agaknya. Tak pasal2 lantai jadik licin!

maya amir said...

beb..trylaa buat time off..danial & airell mmg kene dari kecik..hati mesti cekal.. dulu2 aku cair gak rase nak bukak pintu..skang ok sket kot..hehe.. try laa beb..insya Allah it works walaupun sehari dua depa baik..budak2 std laa..lagipun utk org mcm aku yg agak kurang sabar, mende tu good utk aku tenangkan diri daripada aku tercepat pukul depa..kan..janet kan..just my 2 cents:)

ibu_Arifa said...

mak aii.. sampai mcmtu skali projek Naufal ni..sabar jer lah kan..dalila pun suka nak main bedak/losyen jgk tp saya kasi sikit2 jer kat tapak tgn dia..bila dia dah lupa dgn bedak tu..saya mmg sorok tinggi2.. nnt dia nak lagi..xleh buat kerja lain dah saya..kena pakaikan dia bedak/losyen tu jer..

lor..join jer lah kak yati contest aksi tepung gomak tu...

Aku Bukan Bidadari said...

dah 14 hari.. gambar projek rahsia naufal jer..sila lar update

*dh leh komen tru google reader yeaaaaaaa siaplah akak kalo x update saya nyalak2 kat blog nih hehheehe

eim said...

huhu sama cam faiq suka main bedak..
kira bermandi bedaklah nii..haha

Syahida said...

wahhh...dasat nye hero ni....haha
yatie, award utk blog awak, jenguk warkah ye! :D

Cinda... said...

kenapa budak2 beso ni suke men bedak.. anak sedara kite pon same..
tapi mak dia letak tinggi2 skit..

bile dah jd cam ni.. memang dah xleh nak wat pe.. jgn slalu sgt jd tarzan.. lame2 diorg ni wat cam bese jek..dah imun kate org sains.. hahaha..

skali skala, pukul skit, kurung skit cam kenkwn2 yg lain tu..

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

samalah cam anak akak jugak nih

YatieJay said...

Maya,
Kau pun dah biasa buat ye? OK, aku akan start dgn kadar segera. Siap kau Naufal! (masih bizi ke?)

Ibu_arifa,
Kalau girl lagi lah dia suka bedak dan losyen ek? Naufal kalau losyen, dia akan letak kat rambut ala2 mcm gel rambut (tiru bapak dia la ni)

Tiara,
Weih, mana ada 14 hari. Cuba hang baca betul2 date dia. Hari ni ada scheduled entry lagi....tu je yg akak terdaya buat skrg ni!

iem,
Memang bermandi bedak yg menyusahkan ummi dia. Pastu nak kena lap badan dia sekali lagi. SUsah tau nak hilangkan bedak tu...lantai pun licin aje.

Syahida,
Thanks for the award. Saya dah pernah dapat dari Puan Maya tapi blm sempat amik lagi (ampun maya!)

Cinda,
Akak memg part time tarzan bila hujung minggu. Esok kau dah ada anak sendiri tengoklaaaa...heheee...

Crazybeautiful,
Bole geng la anak kita....btw, thanks for dropping by for the second time! Akan ku jengah blogmu asap weekend ni (nak kenal jugak siapa empunya badan crazybeautiful ni) ; )

Hernee Nazir said...

naufal the tepung gomaks..hahahaha

Hernee Nazir said...

naufal the tepung gomaks..hahahaha