BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 7 March 2010

Jongang...juling - apa ni?!?!!

A.stro ni dah takde cerita lain ke? Sebelum ni citer Halimah Jongang. Semalam aku tengok ada iklan utk cerita Fatimah Juling pulak. Dah takde tajuk cerita lain ke? Bagi aku, ia mengeksploitasi dan mempersenda rupa fizikal seseorang. Dari dulu lagi aku memang tak berkenan kalau cerita2 yg sepatutnya cerita kelakar tapi menggunakan bahan lawak "mentertawakan" orang contohnya orang sengau, gagap dsb....

Yes - mungkin bagi sesetengah orang menyanyikan lagu "Jongang...jongang...jongang...Halimah gigi Jongangggggg" itu adalah best dan kelakar. Cuba letak diri kita dalam dunia jongang tersebut. Best ke? Kelakar ke?!

Aku terbaca kat surat khabar, ada sorang mak/bapak complain about cerita H.alimah Jongang dan lagunya yang catchy (tersangatlah catchy, kekadang aku pergi kerja sepanjang pagi terngiang2 perkataan "jongang..jongang...jongang" berulang kali -tension gila!). Anaknya yang merupakan seorang yang periang menjadik murung dan lebih suka menyendiri kat rumah takmo keluar jumpa kengkawan. Ini semua gara2 kawan2nya mengejeknya jongang beserta dengan lagu catchy itu - thanks to A.stro Prima/Ria (I dun remember)!

Tak pasal2 self esteem budak tu jatuh dan jadik anti sosial. Kalau berlanjutan, tak mustahil dia akan jadik macam tu sampai besar. Kesian betul!

Aku copy and paste kata2 penerbit cerita ni, A.Aida dari sini:

“Jangan salah sangka, tetapi mesej yang cuba saya selitkan di sini, jangan memandang hina atau mentertawakan manusia bergigi jongang kerana mereka juga makhluk Tuhan. Lagipun, setiap kejadian-Nya mempunyai keistimewaan sendiri seperti yang saya tampilkan melalui drama ini.

“Di akhir cerita, Halimah berubah menjadi lebih cantik, tetapi kita kena tahu nilai kecantikan sebenar,” kata A Aida yang turut aktif menjalani bisnes e-dagang bersama ND Lala.

Tapi di akhir cerita, Halimah tetap berubah jadik cantik jugak. Kalau in reality, tak semua orang boleh buat make over. Kenapa tak dikekalkan aje si Halimah tu jadik jongang aje sampai habis cerita?

Haa....lepas ni mungkin mereka yang juling pulak akan terasa sedih. Sebab malam ni akan disiarkan cerita F.atimah Juling pulak. Aku harap lagunya tak se catchy lagu Jongang tu. Kalau tak aku rasa boleh jadik gila....huhuuu...(walaupun aku boleh mengelak dari tengok cerita2 ni, tapi setiap kali keluar iklan takkan aku nak tutup tv/tukar channel?)

Aku harap sangat penulis2 cerita melayu perbanyakkan cerita2 yg baik dan mengisafkan. Antara cerita yg aku suka dan terkesan kat hati - Antara Garisan (serious aku insaf takmo judge orang lepas tengok cerita ni).

TV adalah medium penting dalam hidup manusia. Samada utk berhibur atau dapatkan maklumat, sebahagian besar hidup kita bergantung kat tv. Sekurang2nya untuk aku - org lain aku tak sure lak. Jadik, penting sangat untuk tv siarkan benda2 atau cerita2 yang boleh memberi kesan yg positif dan berfaedah.

p/s : Tengah tunggu cerita "Senah Bontot Lebar" atau "Ali Serombong Kapal" pulak!

p/s : wlpn aku dok kutuk2 cerita di atas, aku tau ramai yg minat cerita H.alimah Jongang tu. Aku harap aku tak kena marah lak....heheee.....

p/s : maaf jugak kalau aku terlebih emosi. Ini sekadar pandangan aku, sebab aku memang tak pernah suka dan tak pernah join adengan ejek mengejek masa kat sekolah dulu (biasalah budak2 kan suka mengejek kat sekolah - hatta nama bapak pun boleh jadik bahan ejekan)

p/s : nama glemer aku masa tingkatan 1 dulu adalah - LEBAR! Yes...aku pun pernah jadik bahan...hahahaaa.....

p/s : berapa banyak p/s daaaaaaa....

10 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

kak yatie..baru jek malam tadi sy memperkatakan psl benda ni kat hubby..nmpak mcm astro buat cerita yg memeprsendakan kekurangan org kan..n sy setuju ngan akak lagipon dua2 cerita tu mg sy tak berminat nk tgk pon..lagu halimah jongang tu pon sy tak suka sbb sukahati buat lirik yg sgt direct mengejek org..klu sy jadi org bergigi jongang konpem terasa hati..huhy

p/s: klu ade org buat cerita ...berbontot lebar or ....serombong kapal,kami laki binila yg akan pertama skali terasa..ekekekeke

Elyn Sani said...

macam trend pulak ek cerita camni keluar yatie oii. kesian pada org yg jongang dan juling. cuba bayangkan kalau budak tu masih sekolah. mesti malu kan?? lelagi kene ejek ngan budak2 yg tak paham bahasa.

agaknyer lepas ni keluar pulak cerita "ELYN CAPANG"!! haha mau gak sentap.....

ibu_Arifa said...

saya pun xsuka citer2 gitu..dulu2 tajuk "si capik"..la ni jingang dan juling pulak.. xreti nk jaga perasaan org betul diorg nih.

sakali pun x pernah teringin nk tgk citer2 gitu..menyampah!

YatieJay said...

Lily,
Hahahaaa...ops! Takde niat apa2 tau....sebab akak pun akan terasa gak tang "berbontot besar" tu... : )

Elyn,
Takpe, telinga capang tandanya rezeki la!

ibu_arifa,
Ada cerita si capik ye? Dia mempersendakan jugak ke? Penerbit dia A.Aida jugak ke?

maya amir said...

aku tadek astro.. tapi aku tau isu ni..aku mmg tak agree bab nak kenekan dgn nama panggilan.. anyway, nape org panggil ko lebar? aku tau nama ko kajol jek..hehehe

siti noriza saleh said...

siti mmg kwal mia dr tgok cter2 yg boleh dtgkan negatif pd dia....sbb, mungkin kita yg dewasa ni boleh pkr yg itu cuma cerita...tp bebudak boleh melekat terus kat igtan dia.....kartun tu mcm tu..mana yg baik, ct kasi dia tgok..kalau rasa x, tak payah..

ps/: dia minat giler cter belalang ngn geng bas sekolh..

YatieJay said...

Maya,
Kajol apanya...kojol adalah!

Dulu org panggil aku lebar sebab muka aku yg lebar. Yg bagi gelaran tu adalah cikgu BM aku -siot ajekan? Yg sengsaranya, tiap kali ada subjek yg mention pasal kelebaran, mesti semua org gelakkan aku. Sedih wooo....

Siti,
Naufal pun suka Belalang dgn GBS. Masalahnya dia suka gak Ultraman. Tapi sib baik dia tak ikut aksi2 ganas tu. Cuma kalau tengok Putera Shazlan, dia terikut aksi mak som piat2 telinga tu....tak bagus gak!

Cinda... said...

kite pon x suke cite2 yang cam tu.. seb baik kat umah sewa takde astro.. jadi memang tak tahu cite tu.. & x amek peduli pon..

tak baik mempersendakan orang.. tak kira la bawa mesej baik ke x cite 2, kite tetap rs tak patut ditayangkan.. dah macam takde cite lain plak..

P/S: aiks.. capang2 ni.. sensitip tahu..!!

maya amir said...

beb.. gi amek award kat blog aku..heheheh

BabyIntan said...

Intan langsung tak pernah tgk citer tu...emm...mmg kesian pada yg "terkena" and it can really put ur self esteem low low and low.

Kesian kat budak tu kan, tak psl2 hidup dah tak happy and jd bahan usikan org sekeliling :(