BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 25 March 2010

Happy Birthday My Baby!

(Maaf....entry agak panjang dan personal - untuk Muhammad Naufal Bin Mohd Nazir)

Pejam celik, pejam celik hari ni Naufal dah masuk 2 tahun. Seperti last year, ummi dan baba tak sempat nak buat celebration untuk Naufal. Baba masuk kerja pukul 3pm dan pulang hanya pukul 11pm. Pada masa tu Naufal dah pun enak diulit mimpi.

Pagi tadi masa bangun pagi ummi wish Naufal happy birthday. Tapi Naufal buat muka selamba aje. Memang betul...Naufal belum mengerti hari ni adalah hari istimewa untuk Naufal. Ummi nyanyikan lagu happy birthday sambil tukar pampers Naufal sebelum hantar ke nursery, tapi Naufal cuma tersenyum aje (kelakar agaknya suara ummi sumbang!).

Walaupun Naufal tak mengerti apa2....bagi ummi, hari ni adalah sangat bererti. Kerana hari ni menandakan Naufal dah 2 tahun mewarnai hidup ummi dan baba. Sunyi hidup kami tanpa kehadiran Naufal pada 2 tahun pertama perkahwinan, adalah waktu yg sangat menguji.

Menghantar Naufal ke taska hari ni tak seperti biasa. Sebelum turun kereta ummi peluk Naufal dan ucapkan Happy Birthday lagi sekali. Secara spontan Naufal peluk ummi semula. Masa ummi cakap "Ummi doakan Naufal jadik anak yang soleh dan bijak, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat, sentiasa dilindungi Allah, murah rezeki dan jadi anak yg berguna untuk keluarga, bangsa dan agama"....tak semena2 hati ummi jadi begitu sensitif dan sebak sehingga mengalirkan air mata tanpa henti! Anak yang ummi tengah peluk ni dah besar....makin banyak akalnya....terasa macam baru semalam Naufal dalam dakapan ummi di labour room dalam usaha ummi menyusukan Naufal!

Ummi bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur utk terus menjadi ummi Naufal. Setiap detik bersama Naufal adalah saat yang terindah buat ummi dan baba. Dari baby Naufal lambat dari segala segi. Naufal hanya mula mengangkat kepala di usia masuk 3 bulan. Boleh memusingkan badan menyarap ketika 5 bulan. Mula menjulur kedepan hanya ketika berumur 6 bulan. Malah belajar duduk dan merangkak pada hari serentak hanya ketika Naufal 9 bulan!

Ketika budak2 sebaya lain dah mula berlari, Naufal baru nak bertatih sambil memegang dinding. Setahun sebulan, barulah Naufal yakin menapak. Alangkah besarnya kuasa Allah....anak yang tiada daya setahun sebelum itu sudah boleh menapak malah berlari sekarang ni!

Maafkan ummi kerana dulu sering merendahkan Naufal ketika org bertanya kenapa Naufal lambat (compared with others). Adalah tidak adil membandingkan Naufal dengan budak2 lain sebab Naufal adalah istimewa dgn cara Naufal sendiri. Ummi risau sebenarnya. Tapi itu setahun dulu. Ummi sedar bahawa setiap anak ada keistimewaan dan kadar perkembangan masing2. Bagi ummi, Naufal adalah cukup SEMPURNA! Jika diberi peluang memilih, 10 kali lagi pun ummi akan memilih Naufal.

Walaupun bangun pagi Naufal berbau masam....walaupun setiap malam ummi masih kena bangun 3-4kali utk buat susu....walaupun setiap kali Naufal demam dan sakit ummi dan babah tak dapat tidur...walaupun Naufal suka sepahkan rumah.....walaupun Naufal kuat meragam.....walaupun Naufal dah tak mau dengar cakap ummi dan baba sekarang ni. Ummi tetap akan memilih Naufal. Kerana Naufal anak yang sempurna untuk ummi dan babah!

Happy Birthday Sayang!

Loves and kisses,
Ummi dan babah..... 25 March 2010 @ 11.45pm


Naufal at 14th hours

Naufal at 37th day

Naufal at 2 month after cukur jambul

Naufal at 3months
Naufal at 6 months

Naufal at 18months

Naufal at 23 months

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

latest

oooppsss! Taken yesterday (projek senyap main bedak)

6 comments:

siti noriza saleh said...

dia dulu mcm mialah..masa kecik2 agak gelap....kan,...setiap anak tu, Allah bagi jaln yg berbeza,,...mia pun lmbt jalan dan berckp....tapi, bila dah mula brckp, ibu dan ayah dia mals nak layan..he he eh..

eh, tp mia pntng nak kek, mesti dia ckp " mama, mama...epi beday"...

semoga naufal akan jadi anak yang soleh, yang akan sntiasa berbuat baik pd umi dan ayah serta sentiasa mendoakan kesejahteraan umi dan ayah,,,,

Lily@MamaZaraZareef said...

Happy 2nd Bday Naufal..smoga sntiasa sihat n jadik budak baik yek..=D

tulaa kak yatie..cpt jek diorang ni membesar kan. rase baru jek kuar dr labour room 2 tahun lepas..hehehe

eim said...

hape 2nd bufday naufal...moga jadi anak yg baik n dirahmati selalu...
jangan lupakan ummi n baba tau!!!

Aku Bukan Bidadari said...

untuk sumer yg diatas.. sebak jer baca.. anak kita x sama ngan anak org lain kan kak.. anak kita tetap hebat dimata kita..walaupun sekadar beckp MUMMY.. tu pun dh cukup membanggakan..

apa2 pn selamat hari jadi naufal
semoga menjadi anak yg soleh..

YatieJay said...

Siti,
Ha'ah, tah macam mana makin besar makin cerah lak. Nway, thanks!

Lily,
Amin...terima kasih!

iem,
Insya Allah aunty...

Tiara,
Ya betul! Anak kita adalah yg terbaik bagi kita (masa buat entry ni pun bergenang2 air mata sebab sebak + bangga anak dah besar)

ibu_Arifa said...

syahdunyer baca entry birthday Naufal ni.. happy birthday Naufal.. acik kat png ni wish semoga Naufal sentiasa sihat, selamat dan ceria yer sayang.

(pas baca apa yg kak yati tulis diatas..cam rasa bersalah pulak kat dalila..baru pas marah dia sbb dia buat perangai masa outing td..huhuhu..ku sayang dalila ku juga)