BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 19 January 2011

Saya gunting....saya ok!

Tajuk entry meniru ala-ala video kontroversi tu....heheehee...

Aku pernah buat satu entry pasal Naufal menangis gila masa kena gunting rambut. Memang drama habis la. Tiap kali nak gunting rambut jek rasa risau, sebab takut drama air mata berulang kembali. Kami tukar2 tempat, tapi tiap kali dia mesti nangis jugak. Dah la rambut dia cepat panjang, sebulan sekali mesti gunting. Kalau biarkan dekat2 dua bulan, tumbuh ruam merah kat tepi telinga dan leher...asyik tergaru2 aje.

Tapi baru2 ni dia dah tak nangis. Rasa legaaaa sangat. Siap kekadang tu dia request nak gunting rambut, kalau lalu depan barber shop. Over pulak! Ni tanda-tanda yang dia dah besar, dah boleh berdikari sendiri.

Sempena 'meraikan' naufal dah tak nangis digunting rambut, haruslah emaknya nak tayang kat blog kan?

Aku ngeri sikit masa ni, sebab uncle tu pakai pisau lipat yg tajam gila. Naufal lak takleh diam kepala dia sebab kegelian agaknya. Tapi uncle ni sangat pro. Respek betul! Encik Nazir kata, masa dia kecik2 sekolah rendah dia selalu gunting dgn dia ni.


Macam budak besar lak aku tengok Naufal kat gambar ni.

Oh ya, alang2 dah cerita pasal Naufal ni aku nak update yang dia dah fully diaperless di waktu siang sekarang ni. Tapi masih tak pass kalau pergi jalan2, masih kena pakai diaper. Baru2 ni kitaorg keluar kejap aje, dia leh terkencing dalam kereta. Marah gila encik nazir kat dia, kesian aku tengok muka Naufal. Malam pun masih pakai, sebab ummi dia m.a.l.a.s nak bangun malam dan bawak dia ke toilet utk kencing.

Ok lah tu, since aku sebenarnya expect dia tak pakai diaper siang hari bila dah umur 3++. Rupanya dia sendiri request takmo pakai. Aku lagi suka laaa....tak larat tu nak menampung kos Huggies Ultra dia tu. Satu paket RM30.90 untuk 34 keping, harga ni paling murah so far kat pasaraya kecik area taman rumah aku. Seminggu lebih kena beli lagi (aku mula tau pasal CD sejak Naufal umur 1 year ++ tapi kesungguhan dan kerajinan tu takde...padan muka!)

Tapi kalau dia berak.....tak tahan betul nak menahan diri bila kena sama-sama menyangkung kat jamban tunggu dia berak sebab takut dia masih tak terror cangkung lama2. Orangnya kecik, tapi 'hasil' dia boleh tahan baunya.....hahaaaa....

8 comments:

siti noriza saleh said...

terrorr ar mamat garang ni..ha ha ha///nngis pun bolh tahan..hik hik..kalau kene ct buka nursery, budak2nyer si naufal yg bergaduh ngn mia, mau ct yg nangis sekali..ha ha ha/...

mia skrg pun dah suka nak gi jambam( kene ajaor dia ckp jambam sbb dia ingt, bilik air utk mandi)...skrg kencing pun nak kt jambam sbb dia dah terror tarik flush..hik hik..skrg tgh berlagak nak cebuk sndiri lpas berak...

Elyn Sani said...

wakaka tergelak i baca part last yg u duk lepak dlm toilet sekali hahahha

mie said...

sumpah dia berak busuk!!hahaha

maya amir said...

beb..nmpk gaya naufal lebih cpt matang dari airell..airell 5 tahun baru tak nangis kena gunting..perghhh cayalaaa naufal..big boy:))...

kekekek...busuk ye yatie...hahahah

Lily@MamaZaraZareef said...

hehe..naufal dh big boy lah tu dh tak nanes kena gunting rambut kan..yekla, klu girl ok lagi skala skala jek kena pi saloon..tp boboy nak tak nak kena slalu potong rmbut ye tak..klu die ok n tak nangis, sng gak kerja ibu n ayah nk melayan..=p

YatieJay said...

Siti,
Aku memang rasa tension sgt kalau dia dok carik pasal degn bebudak yg datang rumah. Memeningkan! Mia dah nak cebok sendiri ke? Tinggi betul cita2 dia.

Elyn,
Terpaksa beb! Kalau tak, tak hingin nak bau aroma bahan buangan dia tu.

mie,
Kalau cuci, baunya melekat kat tangan even dah basuh pakai sabun...hahahaaa...

Maya,
Lain budak lain caranya kan? Airell pun dah besar, tak nangis dah gi sekolah kan?

Lily,
Ha'ah, dah senang sikit skrg ni. Kalau tak, tiap kali rambut dia dah kelihatan panjang, akak dah mula risau nak rancang strategi kat kedai gunting. Kalau girl, mungkin akak bela rambut kasik panjang aje...

Cinda... said...

encem naufal...
kak yatie.. sungguh terharu kumembace same2 teman berak... ceeitt...
den pon x penah teman ank sedare p canggung dlm toilet.. huahhahha.. :)

YatieJay said...

Cinda,
Demi anak punya pasalll....esok kau ada anak kau taulah kisah atau tak kisah cangkung sama2....heheeee....