BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 19 January 2010

Momok

Sejak akhir-akhir ni aku perasan Naufal dah pandai sebut 'momok'. Sebagai parents, kami tak pernah gunakan pendekatan menakutkan anak untuk pastikan dia buat/tak buat sesuatu. Err...tipu, aku selalu panggil CICAK kalau dia takmo tido wlpn dalam keadaan bilik yang gelap gelita. Dulu menjadik...sekarang ni kalau aku panggil cicak dia tolong buatkan bunyi cicak adalah!

Mula-mula tu kitaorang ingatkan dia tak tau apa itu 'momok' tapi ada satu malam tu masa aku dan husband tengah tengok citer apa tah kat astro tetiba Naufal terjaga dan join kami tengok cerita tu (Masa tu kami tidur kat ruang tamu depan tv). Bila part mak ponti tu interframe kat skrin tv terus je Naufal kata - Momok...momok... sambil tunding jari dia kat tv. Terkejut gak, mana dia tau sedangkan kami tak pernah ajar! Buat masa ni tak terfikir lagi nak tanya BS Naufal. Tapi aku rasa dialah yang memomokkan Naufal dengan perkataan Momok itu. Nasib baik dia tak jadik budak penakut (well, not yet agaknya)

Sejak tu, kalau masuk bilik untuk tidurkan dia bila dia kata Momok...aku terus jadik ketakutan. Adakah dia betul2 nampak atau saja-saja je cakap sebab bilik tu gelap? Dan yang latest kejadian terjadi hujung minggu lepas. Aku nak isi minyak kereta utk pergi kerja esoknya. Stesen minyak tu betul2 kat tepi bukit yang ada hutan sikit. Si Naufal mulut takde insuran boleh tunjuk kat pokok2 tu dan kata "Tu....Mmi..Mmi...MOMOK!" Mak memang tak berani nak pandang. Lepas tu aku suruh Naufal pandang tempat lain dan try to distract his attention kepada benda lain supaya dia lupa. Pastu aku tirunkan cermin tingakp suruh bapaknya cepat2 isi minyak dan blah dari situ.

Dasa penakut (aku ler tu)!!!

Gambar ihsan pakcik google....heheee....sekadar mengerikan menyerikan lagi entry ini.



9 comments:

Elyn said...

hiks slalu kalo anak sebut momok mak die la yg takut!!!! lelagi tgh nk tidur dlm gelap gulita ekekekek

izzahazfar said...

kalau dah takut...zah tido tengah2...dikepit anak dan suami..hehhehe...

Syahida said...

iskisk...takutnya gambar hantu pocong tu...bole lemah semangat dibuatnya..kalo naufal sebut momok, mestilah mama-nya suspen, bebudak kecik kadang2 mmg bole nampak apa yg orang lain tak nampak..*mintak dijauhkan*

lily azliyana @ mama zara said...

Kak Yatie..sori yek..dlm seram2 bace entry ni ade gak rase nk tergelak..yekla, anak dh pndai sebut momok tp tnpa sedar dh buatkan mak jadi takut plak..hehe

tp mmg musykil kan either die nmpak betul or saje sebut..nway, nak share citer Zara plak..

Zara memang suka bye bye org klu tgk org pergi/die yg pergi tinggalkan org tu. ade beberapa kali mase nk naik bilik (umah 2 tingkat), sy dh tutup lampu ruang tamu sume kan..tp time naik tangga Zara still tgk bwh n sebut bye2x smbil lmbai2 tangan..adekah mmg die nmpak ada 'org' lagi kat bwh then die lmbai kat 'org' tuh..huhu (aikss..tetibe meremang plak bulu roma menaip ni..)

maya amir said...

weyhhh..pesal letak gmbr tu..huhu aku plak jadik takut... momoookkkkkkk... hehehe

Siti @ nurie said...

kalau kene zam, mesti dia ckp, "tu kawan ibu mialah tu",,boleh gitu...eh, tp ada satu kejadian, "zam" balik umah di waktu tgh mlam..(mlm tu dia keje sbrnya)...siap buka peti sejuk lg..tapi, seb bek dia x masuk blik...dan mia lak, tetiba je peluk siti erat2...hu hu hu...seram giloss...

- mia selalu bergelak ketwa dan main2 ngn "kawan" dia...adakah k.ti rasa mia da "kawan" cm siti?.

♥Hernee Nazir♥ said...

aduh slah time tul la bukak n3 akk ni..tgh tnggl sorg2 ni..hubby keje mlm..nmpk lak gmbo momok tu..haiyo..

YatieJay said...

Elyn,
Betul! Rasa mcm nak tutup je mulut dia yg mungil tu

Izzahazfar,
Hahahaa...dikepit dua hero

Syahida,
Gambo tu diambik kat google. Tak taulah betul ke tak....seram gak kalau tengok lama2

Lily,
Ye ke Zara lambai2? Takutnya...kalau akak dah mecicit lari agaknya!

Maya,
Kenapa....takut ke?!Heheee..

Siti,
Mak aihhh...seramnya pengalaman kau. Mcm mana kau sedar itu bukan Zam? Sib baik dia tak masuk bilik dan ehem..ehemmmm kan? Takutnya!!!

Akak rasa Mia pun mcm kau laaa...

Hernee,
Ampun dik!! Len kali akak letak warning kat paragraph pertama ok..hehee...

Siti @ nurie said...

kak ti, siti dah bgtau zam dulu..kalau dia nak ehem2 dulu, dia kene kasi hint yg nyatakan, itu adalah dia....he he he..tp stkt ni, x de lak "dia" ganggu lbh2...cuma rasa dia mmerhatikan je...hik hik hik...