Aku terjumpa risalah ni kat wad tempat Naufal admitted hari tu. Terfikir nak share dengan rakan2 bloggers semua :
APAKAH SAWAN DEMAM?
Terjadi apabila suhu badan kanak2 meningkat lebih cepat dan lebih tinggi dari orang dewasa. 1 daripada 30 org kanak-kanak di bawah umur 6 tahun mengalami sekurang-kurangnya sekali sawan demam panas.
BAGAIMANA MENGENALI SAWAN DEMAM PANAS
- Badan merasa panas
- Badan, kaki dan tangan tegang/kejang
- Kaki dan tangan mungkin bergoncang tiba2
- Kadang2 mutut berbuih dan terbuang air kecil atau besar (Masa Naufal, kebetulan dia tido menyarap...sedar2 tilam dah basah sebab air liur dia)
- Dia akan tidur atau tidak sedar beberapa ketika kerana letih
- Mengalami kebiruan di bibir dan hujung2 jari
- Bila terjaga, pesakit mengalami kebingungan
Ya, ia boleh decegah sekiranya demam anak anda dapat diturunkan / dikurangkan (Dekat wad, nurse suruh jelumkan badan dan especially kepala Naufal dengan air. Biar basah selalu. Setiap kali kena air Naufal nangis "jukkkk...jukkkk". Memang tak sampai hati, tapi utk kebaikannya)
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN DEMAMNYA?
- Tanggalkan bajunya
- Lapkan badannya dengan air biasa, jangan gunakan air sejuk atau ais
- Berikan ubat demam - panadol/paracetamol mengikut dos (jika umur <2>2 tahun - 10mil setiap 4jam hingga 6jam)
- Jangan selimutkan anak anda dengan selimut tebal
- Kipas angin boleh digunakan pada jarak yang dekat, tetapi jika anak anda menggigil tutpkan kipas tersebut dan selimutkan dengna kain nipis (dakaplah dia)
- Sekiranya demam anak anda berlarutan, bawa anak anda segera berjumpa dokto
- Baringkan anak anda di tempat yang selamat (jauh dari air, benda2 tajam dll)
- Baring secara mengiring dengan kepala diarah ke satu sisi untuk memudahkan pernafasan dan mengelakkan dari tercekik (Mungkin Naufal agak tercekik sebab dia ada muntah. Nasib baik masa tu dah sampai kat pintu pagar hospital)
- Jangan cuba memasukkan apa2 objek/benda atau jari anda ke dalam mulut anak anda (aku tak tau hal ni, since gigi Naufal dah bunyi2 kerana terkancing aku pergi masukkan hujung tuala kat celah gigi dia....naib baik tak jadik apa2)
- Hubungi hospital atau 999 dan minta bantuan atau bawa terus anak anda ke hospital berdekatan
- Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
- Perhatikan keadaan anggota badan anak anda semasa serangan sawan dan berapa lama/saat (Doktor ada tanya aku berapa lama dia kena, tapi siapa nak tengok jam masa anak kita jadik mcm tu kan? Tapi kalau korang tak panik...tell the info to the doctor, it might help)
- Ibu bapa dan penjaga diingatkan JANGAN PANIK
Jarang sekali. Rawatan awal yang betul dan tepat dalam mengawal sawan akan mengurangkan lagi risiko ini. INGAT! Sawan demam panas boleh dicegah dengan mengawal demam anak anda (ikuti langkah2 untuk mengurangkan demam)
[ini scheduled post]
8 comments:
good entry.. tips yg sgt2 membantu.. thanks beb! kene bare in mind nih.. especially tang PANIK!
TQ,tip yg sangat2 bagus..
kak,cantik blog sweet je tgk..
nk tnya ni camner nk tukar blog jadi 3col tu hehe..tak retilah..
wah..dah jadik dah layout...tapi cm clear sgtlah kak ti..
p/s: tips2 ni jgn lupa utk amalkan tau..hik hik...juga peringtan utk siti..
tq sbb bg tips ni!!
Thanks kak yati :)
Kak Yatie..thanx for the advice. act dh bace entry ni b4 Zara demam arituh..sbb tu kali mcm lebih alert ngan demam die. klu boleh tk nak jadi smpai panas sgt n sebabkan sawan kan..dhla duduk sorang..konpem PANIK klu jd camtu..
doakan Zara cpt sihat yerk..
Maya,
Ya, betul.....jangan panik (pesan kat diri sendiri gak ni)
iem,
3 column tu memg standard template ni. Akak manalah pandai nak buat2 column ni...hehee....
Siti,
Ni cuba2 jek dulu, mungkin nak tukar lagi (tengok kadar kerajinan)
Elyn,
Ure welcome ; )
ibu_arifa,
Sama2 ; )
Lily,
Sian Zara....akak pun harap dia cepat2 baik. Risau sebab awak dok berdua je kat umah tu.
Uish.. lama dah x jengah sini.. akak, naufal camne??
Post a Comment