BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 4 January 2010

Cerita Naufal Masuk Hospital

Kalau ikut plan asal, minggu terakhir 2009 aku dan Nazir patut habiskan annual leave pergi bercuti ke A Famosa Resort kat Melaka (di samping menyambut anniversary ke-4 kami). Semua booking dah buat dan dibayar, cuti dah approved 29-Dec dan 30 Dec. Aku dah excited nak bawak Naufal gi Safari tunjuk animals, siap beli kasut baru yang selesa since kasut lama dah kecik sebab aku bajet mesti kena banyak berjalan takut dia sakit kaki lak nanti...

Tapi kita hanya mampu merancang - Allah yang menetukan semuanya! Malam sebelum kami pergi bercuti Naufal kena demam panas sampai menyebabkan dia kena sawan tarik.

Kronologinya :

28-Dec
6.30 pm : Petang balik dari kerja aku dah dapat rasa badan Naufal agak panas. Plan untuk melawat Puan Maya yang masih sakit tu terpaksa di postpone lagi (liat betul "jodoh" kita kan Maya?).

8pm : Temperature Naufal sekitar 38.3 degree. Kasik Naufal makan ubat demam biasa dengan harapan 4jam lagi kalau masih tak kurang nak masukkan ubat dari *ontot. Masa tu harapan nak ke Melaka dah tinggal samar2 jek...

11pm : Aku dah tertido gara2 sakit cabut gigi weekend hari tu masih terasa. Dah pesan dengan Nazir utk kejut aku kul 12am lebih kalau temperature Naufal masih di atas 38degree.

12.30am : Aku dengar suara Nazir cemas mengejut aku "Ayang...Naufal...Naufal!!!". Sepantas kilat aku bukak mata dan bangun. Nazir tengah angkat Naufal, aku terus suruh dia ke bilik air untuk mandikan dia. Kat bilik air Nazir pegang Naufal dan aku siram air kat badan dan kepala dia. Matanya ternaik ke atas, tangan dan kaki keras dan kejang. Nafas lak tersekat2...Ya Allah, Tuhan aje tau betapa luluhnya hati aku tengok anak tersayang dalam keadaan mcm tu!

Masa kali pertama kena setahun lalu, doktor dah pesan JANGAN PANIK dan kena mengiringkan dia ke kiri, dongakkan sikit kepalanya supaya laluan pernafasan tak tersekat dan barulah mandikan dia. Walau berkali2 aku dah praktis semua ni dalam minda tapi when the real situation comes - aku dan Nazir panik sepaniknya! Bila dah mandikan pun Naufal belum sedar, cuma kedengaran suara dia mcm mengerang aku terus suruh Nazir bawak Naufal gi hospital.

Aku nak mention kat sini.....semasa kejadian tu aku hanya memakai shorts dan singlet (bra less ok!). Sib baik Nazir sempat capai kain pelikat dia dan tuala utk aku cover diri ni bila sampai kat hospital.

Jarak Hospital Kulai dari rumah aku tak sampai 10km. Malam tu Encik Nazir drive mengalahkan Michael Schumacher dan kereta Kelisa kami bertukar jadik kereta lumba F1. Habis semua traffic light kami langgar! Sampai je kat emergency, Nazir amik Naufal dari pangkuan aku dan bawak dia masuk ke ER. Kat dlm keta, dlm keadaan yg masih menggigil dan blur aku cuba pakai kain pelikat dan tuala tu. Sudahnya aku berkemban dengan kain tu dan tutup kepala aku dengan tuala! Sebijik mcm org baru keluar dari bilik mandi....malu betul!!!

Nak tambah "kemaluan" tu, ngam2 kat depan ER ada sorang polis dok perhati aku dari tadi. Lantaklah! Bila aku dah bersiap ala kadar,aku ke kaunter pendaftaran dan mintak dengan nurse kat situ apa2 baju utk cover diri aku dengan lebih 'sopan'. Sib baik ada hospital gown warna hijau tu.....

Kat dalam ER, aku tengok Naufal dah sedar dan tengah menangis which is a good sign. Misi2 tengah mencarik urat dia utk cucuk jarum nak masuk drip. Tak cukup kedua2 tangan, kaki pun dia orang nak cucuk. Kesian Naufal.....nangis je dia sambil sebut "Mi...mi...". Aku hanya mampu pujuk Naufal jadik good boy aje sambil nyanyikan zikir2 yg dia suka dengar kat cd dlm kereta kami.

Sementara tu Nazir aku dah suruh balik untuk ambil susu dan pampers Naufal dan baju aku since nurse kata Naufal kena admitted ke wad due to dehydration dan kurang darah merah. Dalam keadaan kelam kabut tadi aku tak bawak apa pun....

2am : Naufal dimasukkan ke wad kanak2 Sri Kencana. Yang tak bestnya hospital kerajaan, hanya sorang saja boleh jaga waktu malam. Although still exhausted, mestilah aku yang nak jaga Naufal kan...

Sepanjang malam tu, Naufal hanya tido kul 3am - 4.30am je. Lepas tu dia bangun dan bebel2 dalam gelap. Sungguhpun tengah demam, aktiviti pembebelan tetap aktif wlpn dalam keadaan wad yang gelap dan senyap sunyi....heheee....Kebetulan lak kat dinding wad ada gambar Goofy, asyik je nak sebut "ummi..dog! dog!'

5.30am : Naufal diambil darah untuk diuji. Melalak2 budak tu kesakitan, dah la darahnya pekat (samada kerana dehydration atau kerana awal pagi sejuk jadiknya darah kita agak pekat). Tapi masa doktor datang round jumpa pesakit, katanya result darah Naufal ok..takde apa2 sakit. Alhamdulillah!

8.30am : Nazir datang ke wad lagi utk bawak tuala mandi, cermin mata (ya, aku rabun sepanjang malam tu) dan barang2 keperluan yang lain (tak lupa jugak bra!). Demam Naufal masih tak turun2. The max temperature adalah 39.5 degree - sangat tinggi! Ubat dari *ontot dimasukkan dua kali di samping drip air melalui tangan kirinya. Kesian naufal...dia mesti terasa pergerakan terbatas dengan adanya drip tu kat tangan dia. Asyik nak cabut aje mendalah tu. Ngeri aku!

Sepanjang siang hari pertama kat wad tu, naufal asyik nangis je. Sampai bengkak2 dan merah matanya.

Akhirnya, lepas 3 hari dan 3 malam berada kat wad Naufal dibenarkan keluar menikmati kebebasannya semula pada 31-Dec tengah hari. Syukur sangat2....aku sangkakan demam dia akan berlanjutan since temperature dia kejap naik kejap turun. Pastu takmo minum air langsung, kena tambah bag utk drip lagi...aishhhhh...dugaan betul!

Kesan daripada asyik masuk air melalui drip tanpa melalui mulut, semalam aku perasan ada mata ikan besar kat bibir atas dia. Patutlah langsung takmo minum susu. Untuk elakkan dia kurang air mcm2 air kotak kami belikan untuknya. Habis semua pantang larang (air yg kami tak galakkan minum) terpaksa langgar. Semua gara2 nak elakkan dia dehydration (air bergas tetap tak bagi).

Panjang pulak entry ni.....sebenarnya macam2 lagi cerita nak dikongsi pasal pengalaman ni. Nak cerita pasal servis kat wad ni, karenah other patients dan parents masing2, karenah nurses dll...Tengoklah nanti2 aku akan buat separate entry.

Tapi yang paling penting, aku nak listkan pengajaran yang aku dapat daripada pengalaman kedua Naufal kena sawan demam panas ni :

1. Bila anak demam, masa tido malam TOLONG pakai baju yg lengkap dan sopan. Korang mesti tak nak melalui pengalaman mcm yg aku terpaksa lalui kan? Bukan apa, kalau waktu malam yang panas aku memang lebih selesa pakai shorts and sleeveless shirt masa tido...

2. Sediakan satu bag kecik barang2 keperluan (contoh : baju basahan, pampers, tuala kecik, toiletries dll yang difikirkan perlu) dan letakkan kat satu tempat yg mudah dicapai. Alaaaa....yg macam persediaan bag hospital masa pregnant tuuuu....Bila apa2 terjadik, senang takyah nak ulang alik ambik barang tu. Kalau rumah dekat dengan hospital takpe gak (mcm aku ni)

3. JANGAN PANIK! Sangat penting untuk tidak panik supaya kita dapat berfikir dengan lebih clear dan waras....

4. Sentiasa ada stok ubat demam yg masuk kot *ontot tu. Agak2 temperature dah jejak 38 degree masa malam, terus masuk ubat tu aje. Walaupun still kena berjaga2, tapi taklah merisaukan sangat nanti...buatnya dua2 dah tertido tak sedar mcm mana? I was lucky that night Nazir watched football...kalau dia pun dah tertido..isyyyyy....tak sanggup aku nak fikir apa yang terjadik!

Itu saja buat masa ni. Kalau korang ada tambahan tips dan pengajaran daripada pengalaman aku ni, sharelah ya....

Aku doakan kita semua tak perlu melalui pengalaman macam yang aku telah lalui ni....

[ini scheduled post]

12 comments:

Cikpid said...

Kalau tau..msti sy dh g hosp tgk naufal..huhuhu

sy baca entry ni terus kecut perut segala tambah2 bab2 ms mata dh naik atas semua tu..huhuhu

moral: sile tido pakai bra..

siti noriza saleh said...

kak ti, sejak mia kene masuk wad masa umur 3 bulan tu, bila je dia demam ada perkara yg siti alert:-
- mmg complete pakai baju time tido ( sama kes x smpt pakai bra time gi spital..hik hik hik )....
- sntiasa set jam dlm 30 minit utk cek suhu dia..
- sntiasa tuam tuala kat dahi dia plus bogelkan dia ( cuma pakai pampers)....

seram juga dgr bila naufal kene lagi....hmm, hati2 eh kak ti..

eim said...

ya allah sian kat naufal..
seram je baca ceta naufal nii...kalau impun mesti panic tiba2 camnii...

BabyIntan said...

Ya Allah yatie...sedihnya baca pasal naufal nie.

Alhamdulillah dia dah okey but sedih dan kesian sgt apa yg dia dah lalui nie...hopefully bende ni tak berulang kembali kat naufal.

Intan pon mmg takut kalo mende2 mcm nie berlaku...mmg akan panic sepanic-panic nya.

maya amir said...

yatie.. aku nk komen bab x pakai bra 1st(burok perangai, mende lain takmo ckp..psl bra yg penting...) mase aku pregnant danial, nak mandi..dah bukak baju bagai, tetibe back pain aku menyerang & aku terus kekejangan menggelupur atas lantai.. mase tu sempat capai baju jek cover.. bile dah sampai hospital, atas katil ER barulaa aku terperasan, bra tarak..arjoo pun x smpat pakaikan bra aku mase tu.. lampu hospital mcm bilik bedah tu terpacak dpn aku ok.. and the doctor lelaki.. my2.. walaupun aku sakit tapi aku still MALU! sbb aku 100% sedar... rase nak buat pengsan tetibe! chehhhh...

maya amir said...

ni baru nk ckp psl naufal...sian kat die.. kene extra careful kalau die dmm lps nih..aku ade kat umah seminggu ni..doctor nk tgk kesan steroid tu dulu.. aku hope 'jodoh' utk kite berjumpe tu ade gak somehow!

Cinda... said...

kak,seram gak bace psl naufal..tak terbayang kalo saya di situasi akak time tu... terpk gak kalo pnjg jodoh sy ngn akim , 22 kaki tido pengsan punye...cane la... adoi...

huhuhu..semoga naufal cepat sembuh..

Lily@MamaZaraZareef said...

kak yatie..siannya ngan naufal. smpai kena sawan die demam yerk..nasib baik takde ape2..mmg tk pernah ade experience mcm ni (hopefully dijauhkanla)..

hope naufal dh totally sihat. psl cuti2, bolehla ditangguhkan dulu kan..nnti naufal sihat lehla gi jalan2..=D

YatieJay said...

Cikpid,
Takpelah Pid...kau doakan Naufal dari jauh pun dah cukup ; )

Siti,
Tang set jam setiap 30 minit tu tak pernah terpikir lak. Thanks!

iem,
Kalau monitor suhu dia selalu mungkin tak jadik mcm ni kot. Harap im dapat pengajaran dari pengalaman akak ni

Maya,
Kau tak pernah citer pun pengalaman yg ni....tragis betul! Aku harap tempoh seminggu yg doktor kasik kat kau ni positiflah hasilnya. Kesian kat kau....

Cinda,
Dah kawen dan ada anak nanti berubah sendiri especially bila dah ada anak. Rasa tanggunjawab tu membuatkan korang susah nak tido kalau dia sakit.

Lily,
Akak pun harap dijauhkan pengalaman ni dari Lily dan Zara. Bukan apa, kesian kat korang sebab husband Lily jauh...

ibu_Arifa said...

takutnyer bila baca citer Naufal ni.. thanks kak yati sbb kongsi pengalaman ni. kalo saya pun sure panik GILER dah, tambah pulak dgn suami ni (bila dia panik..ayat2 dari mulut dia PASTI buat saya sakit hati jer selalu) atleast bila baca entry ni saya tau lah nak 'bersedia' minda dan fizikal nnt.

harap benda2 mcm ni tak berulang lagi kat Naufal yer..aminn..

p/s: tak sabar menanti entry seterusnyer..

izzahazfar said...

subhanallah...kalau zah ditempat akak zah tak leh fikir ape nak buat...tp byk tips yg akan zah guna..kebetulan masa ke jakarta ari tu akmal demam sikit...

Elyn Sani said...

sorry yatie lambat i baca entry ni. lega dpt tau naufal dh ok.

dalam cemas2 baca ni ade gak lawaknyer pasal kisah baju. so tips tu akan diguna pakai kalo anak demam!!