BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 24 January 2010

Kawan susah...kawan senang - yang mana satu anda?


Tempoh hari aku berbalas e-mail dengan seorang kawan. Kami telah membincangkan tentang "kawan yang berkualiti". Membuatkan saya teringat mereka2 yang pernah dan sedang menjadi kawan aku.

Fitrah manusia, semua nak berkawan. Kalau hidup tanpa kawan aku rasa tak bermakna.....sunyi! Bermula dari kawan sepermainan masa main pasir kecik2 dulu sampailah kita dah sedewasa sekarang ni...bermacam2 jenis kawan kita dah jumpa kan? Dan amat jarang sekali untuk kita mempunyai the same best friend dari kecik sampai besar (kalau adapun tak ramai...dan beruntunglah mereka ni)

Bagi aku, nak carik kawan sejati masa kecik2 lebih mudah jika dibandingkan bila kita dah dewasa ni. Maklumlah, masa kecik2 tak banyak syarat yg diletakkan untuk jadik BF. Terutamanya masa remaja. For most teenagers, kawan adalah no.1, family jatuh no.2. You will do anything to keep the friendship going.

Tapi kenapa semakin kita dewasa, makin susah nak carik kawan sejati? Terutamanya org pompuan. Bila dah ada boyfriend, kawan pun dah jarang jumpa/call. Asyik sibuk je dengan boyfriendnya (kes aku dulu lain...masa tu cinta jarak jauh..heheee..). Kalau dah kawin lagi teruk. Ada tu menghilangkan diri terus! Bila susah atau ada problem baru nak carik somebody's shoulder. Siapa yang jadik mangsa....kawan dia gak kan? Tapi adakah dia boleh pinjamkan bahunya bila kawan dia pulak susah dan perlukan seseorang? Adakah dia boleh memberi servis yang baik sebagaimana kawannya berikan masa dia susah dulu?

Mostly kawan2 aku sejak dari tadika sampai ke sekolah menengah bertukar2. Semuanya kerana kami anak tentera, so bila bapak masing2 berpindah kami akan lost contact (thanks to facebook, kami "bertemu" semula dan did a lot of catch up di alam maya). Lepas bapak aku pencen masa form3 aku masuk SM Convent Butterworth dan berkawan dengan a few bebudak ni....semuanya dah lost contact gak.

Kat UUM lak, kebanyakan dari kami masih contact. A few kejap tenggelam kejap timbul, tapi yg paling setia adalah puan Maya (thanks beb sebab masih sudi berkawan dgn aku...heheee....). Masa kat U masing2 sekepala tapi bila dah bekerja ada yang mula berubah. Bila dah kawin ada yang terus hilang!

Aku ni jenis suka maintain the friendship tapi kalau aku dapati aku je yang berusaha tapi tak dapat the same feedback dari member2...aku prefer to "lupakan" mereka. Kalau diaorg ingat aku, satu hari nanti diaorg mesti carik gak kannn...

Oh, ya! Boleh bagi cadangan macam mana nak berkawan semula dengan x-bf yang terjadi kerana salah faham dan "penyakit mulut puaka" masing2? Aku dah hantar 2 e-mail mintak maaf....walaupun kesalahan tu datang dari kedua2 pihak. Satu masa Hari Raya last year, dan satu lagi masa nak wish birthday dia baru2 ni. Kedua2 e-mail terbiar tanpa balasan. Aku ada sikit insaf dan takut dapat azab oleh Allah kerana berdosa memutuskan silaturrahim, tapi kalau takde apa2 respon darinya apa lagi aku patut buat? Should I meet her personally?

p/s : Siti....kau kenal orangnya!

4 comments:

siti noriza saleh said...

erk.....he hehe...biasalah kak ti..kawan time senang, mmglah senang nak cari..time susah, susah nak cari....

utk ex-bf tu, minta maaflah utk kesekian kalinyer...biar dia nampak kesungguhannyer...w,pun smpai akhirnya, dia x feedback kita, kita serahkan urusan itu pada Allah...kita dah usaha...

maya amir said...

pasal ex best friend ko tu.. ko dah usaha, so biarlaa yatie.. same kes ngan aku, aku penah mintak maaf drpd seseorang, bukan kawan baik pun tapi die mmg tak penah & takkan suka aku so aku serahkan pada Allah..sbb bukan aku yg boleh menghukum die..

well beb.. though kite tak penah declare kite kawan baik, aku lebih percaya konsep 'true friend'.. susah senang, we're still there for each other and that's what friends are for kan:).. and thanks for being around when i really need ya!

p/s : aku still look fwd to our girls' outing,...hehehe..

Hernee Nazir said...

pd sy kak..akk dh usaha nk berbaik2..pas ni tpulng kt x-bf akk tu..1 kwn akk pergi insya'Allah 10 lg dtg..sy pn nk jd kwn akk..hehehe..

kak..xlepak mkn kt blok A ke?cntact la..leh lunch same2..hehehe

YatieJay said...

Siti,
Masalahnya Ti...kat bebudak lain dia dok sibuk mengata aku sombong lah, takmo tegur dia lah (masa tu akak memang tak perasan dia....dah dia yg nampak akak apa salahnya dia tegur dulu, kan?)

Maya,
Tapi aku rasa aku takdelah membantu sangat masa kau susah....tolong dengar aje adalah tapi takleh nak buat apa2.

Girls outing mesti jadik cuma tertangguh dulu...

Hernee,
Boleh...mari kita berkawan! Heheheee...Nanti kau belanja akak ye ; )