BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 25 January 2010

Kebebasan Bersuara Yang Disalahguna

By this time semua orang pun dah tau siapa penulis blog kontroversi tu kan? Dan aku pun baru jek "khatam" membaca ruangan komen dia terhadap entry yang mintak maaf tu. Tujuan entry ni ditulis bukan untuk komen pasal entry tersebut jauh sekali nak join kutuk mamat tu.

Aku terpanggil nak tulis entry ni sebab terfikir akan kebebasan bersuara zaman sekarang ni. Dengan adanya internet memang susah nak control orang ramai menyuarakan pendapatnya. Berbeza dengan 10-15 tahun dahulu, dengan adanya blog, forum online, facebook dll "suara2" makin lantang dan berani berbunyi.


Atas dasar kebebasan bersuara, makin ramai pulak yang telah menyalah gunakan saluran2 ni semua. Yang buat aku sedih, masa baca blog mamat kontroversi aku telah pergi ke blog/forum2 lain jugak. Rata2 posting/entry mereka buat aku tambah sedih dan kecewa. Bercakap mcm syok sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain seolah2 yang membaca adalah "di kalangan mereka" sahaja. Kutuk bangsa lain, agama orang lain malah budaya orang lain tanpa berlapis....Guna emosi semata2! Apa nak jadi dengan kita semua? Ke mana hala tuju situasi semasa ni? Takut betul aku nak memikirkannya......


So bloggers lain....jadi lah pengguna internet yang berhemah. Jangan jadikan internet saluran untuk anda "lepas geram" secara membabi buta. Guna otak...bukan perasaan walau di pihak manapun anda berada!

Peace......

5 comments:

Cinda... said...

hehehe.. terasa gak nie.. tapi sape tak marah kan.. kalo org kate melayu is "pig" kan??
yg ni memang tak leh handle arr..

maya amir said...

terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata, rosak binasa!

maya amir said...
This comment has been removed by the author.
Lily@MamaZaraZareef said...

alamak..tertinggal bas la..blog kontroversi mane ni..yg menghina almarhum sultan johor tu ke..huhu

siti noriza saleh said...

kak ti...kita pun selalu gak jadikan blog ni lpas geram...tpi lpas geram kat hubby, mia, kawan2 ngn family...hik hik