Weekend ni adalah weekend yg paling tak best. Start dari hari Jumaat lepas, lepas citer Nur Kasih aku dah mula rasa sakit kepala yang sangat teruk. Nasib baik Naufal good boy tertidur sebelum kul 9pm lagi so lepas tengok citer Nur Kasih dan update blog seringkas boleh aku terus masuk tido. Tapi even masa aku tutup mata pun aku terasa kepala ni mcm nak pecah. Ditambah perut mula rasa senak dan pedih. Tak lama lepas tu rasa loya nak muntah.
Aku gagahkan diri dan cuba tido. Pukul 2.30am Naufal merengek so aku bangun utk buatkan susu. Sedang aku bancuh susu dia, tetiba jek aku rasa mcm nak muntah. Nasib baik sempat gak aku muntah di pintu jamban...heheee....Lepas aku kasik Naufal minum susu tetiba aku terasa mcm nak buang air besar...tanpa rasa sakit perut boleh cerryberry laks....Ditambah dengan muntah 2nd round.
Tak tahan punya pasal, aku sms encik husband yg kebetulan kerja malam. Dia balik jap (sib baik tempat keja dia dekat je dari rumah), pastu bawak aku gi klinik. Sekali lagi doktor sahkan aku kena gastrik. Oh ya, weekend yg lepas pun aku kena gak tapi blm sampai peringkat muntah2 dan CB.
Esok siangnya aku lepak je sepanjang hari...Naufal pulak makin bermaharajalela "mengemas" rumah. Aku hanya mampu memandang je, sebab nak angkat kaki pun tak larat inikan pulak nak mengemas rumah. Masak jauh sekali lah...encik husband beli nasi ayam pun aku tak berapa nak jamah sebab tak lalu. Aku makan sekadar mengalas perut sebab nak makan ubat.
Selama ni aku hanya tengok pengalaman adik dan mama aku kena gastrik. Tapi kali ni aku sendiri kena....baru tau seksanya. Harap2 lepas ni takkan kena lagi...tak sanggup rasanya nak melalui proses muntah2 tu. Teringat masa preggykan Naufal 1st trimester dulu....mak fobia laaaa....
p/s : hangpa jagan dok pikiaq bukan2 nooo...aku tak pregnant sebab aku tengah bendera nippon ni...heheee....
Sunday, 25 October 2009
Positif Gastrik?!
Pot Pets by YatieJay at 13:36 4 comments
Labels: General
Friday, 23 October 2009
Saturday, 17 October 2009
Kesabaran yang Semakin Menipis
End of this month, Naufal menginjak ke 19 bulan. Makin lama, orangnya makin bijak dan makin banyak ragam. Tapi yang paling buat aku tak tahan dan betul2 menguji kesabaran aku adalah dia semakin hari semakin "nak ikut kepala dia aje"...korang faham tak?
Maknanya, kalau dia kata nak A dia tetap nak A walaupun kita tak kasik dan offer B. Dia akan gunakan taktik menangis kuat2 macam baru lepas kena sebat dengan getah paip. Walhal, jentik pun tak kena! Sebagai contoh, last week aku ada beli vitagen dan bagi dia minum sebotol. Balance aku masukkan dalam fridge sambil disaksikan Naufal. Tengah hari sikit masa aku dok cuci pinggan mcm biasa dia pun akan menyibuk kat dapur. Bila ternampak fridge serta merta dia teringat vitagen yg ada dlm tu. Memula tu dia cakap baik2 "Nak...nak...mamam...." (mamam=minum) tapi aku buat tak tau.
Bila cakap baik2 tak jalan,dia terus tarik suara menangis kuat2 sampai hilang suara ditambah dengan effect air mata yg berjurai2 di pipi....Kesabaran aku masa tu memang dah senipis kulit bawang. Laju je tangan ni tampar pipi dia, aku kata alang2 nak nangis mcm tu biar aku kasik reason yg kukuh sikit utk dia nangis beriya2. Apa lagi, lagi menjadik2 la drama air mata kat dapur hari tu.
Itu belum lagi sebab2 lain yg buat tangan aku laju je mencubit dan tampar lagi pipi dia (tak lah kuat sangat tapi cukup utk bagi effect kat deria rasa Naufal). Ditambah lagi aku tengking dia lagi..sebabnya bila cakap baik2 muka dia diselambakan seolah2 mcm tak dengar. Dia akan teruskan buat apa yg kita larang tanpa rasa bersalah langsung!
Sebenarnya aku tak suka buat semua tu....I'm not proud of it! Setiap kali kalau aku teringat balik perbuatan2 tu, aku rasa sedih dan menyesal sangat especially kalau masa tu aku kat office. Rasa mcm nak balik masa tu gak dan cium naufal dan mintak maaf. Tapi bila kat rumah, semua tu akan berulang semula walaupun aku dah berazam tak nak buat lagi.
Sebenarnya, berkesan tak cara tangankan anak utk mengajar? Kalau ikutkan kita dulu2, memang biasa kena dengan mak kan? Jadik manusia jugak kita ni....tapi kalau mengikut pembacaan2 kat majalah dan internet, kebanyakan pakar tak menggalakkan pukul. Diaorang suruh menggunakan pendekatan psikologi.....Bukan tak nak pakai psikologi, sebab aku rasa aku yg dah nak jadik psiko ni...heheeee.....
Teringat masa Naufal bawah setahun dulu....sangat innocent dan naive. Orangnya cool je, dan sangat2 susah nak menangis! Semua orang termasuk BS dia kata, Naufal ni budak yg baik dan mudah dijaga serta susah nak menangis. Sekarang ni menangis adalah senjata utama dia utk tumpaskan umminya....
Korang macam mana? Kesabaran masih di makam yg tertinggi atau level terendah mcm aku? Abis tu korang tangankan anak tak? Kalau guna pendekatan psikologi, mcm mana korang buat?
Share laaaa....
Pot Pets by YatieJay at 07:50 11 comments
Labels: Parenting
Thursday, 15 October 2009
Si Comel Berbaju Raya Contest
Asal tarikh tutup contest ni adalah hari ni, 15-Oct tetapi akibat ada kesilapan teknikal ia dilanjutkan ke 18-Oct....Alhamdulillah, sempat juga aku submit penyertaan. Harap2 adalah rezeki Naufal. Kalau tak menang pun takpe, at least kita memeriahkan lagi contest tu.
Tapi yang sebenarnya ummi dia yang teruja sangat dengan hadiah2 yang ditawarkan kat bawah ni
Bagi Kategori A:
Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop
Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
Bagi Kategori B:
Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop
Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info
Amacam..best kan hadiah2nya.... Semuanya disponsor Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..
So dengan ini aku mempertaruhkan gambar Naufal yang ni (pakai balik gambar dari entry raya yg lepas sebab kebanyakan gambar tak menjadi)
Nama Anak : Muhammad Naufal Bin Mohd Nazir
Umur : 18bulan
Kat bawah ni syarat2 penyertaan. Harap2 kali ni aku tak termiss apa2 mcm yg prnah jadik kat contest dulu2
1. Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
2. Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
3. Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
4. Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
5. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
6. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
7. Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di sini.
Pot Pets by YatieJay at 22:39 1 comments
Labels: Contest
Sunday, 11 October 2009
Huggies Point Redemtion
Ahad lepas, selain dari beraya sakan dan makan free kat a few open houses, kami pergi Giant Tampoi utk redeem points yang dapat daripada pembelian disposable diapers Naufal. Memang selama ni, setiap kali beli DD aku tak buang plastiknya sebab ada points.
Eh, buat apalah aku promote lebih2, bukannya diaorang nak kasik aku komisyen pun!
Nampaknya hobi mengumpul plastik2 DD ni tak sia2, sebab rupanya boleh redeem utk dapatkan hadiah2 seperti berikut :
Train
Naufal suka betul dengan "train" baru dia ni..asyik merangkak keluar masuk. Aku yang tengok lak rasa penat.
Jom kawan2 kita naik train sampai Butterworth jumpa Tok Mama dan Tok Babah
Ni masih ada banyak lagi bungkusan Huggies Ultra, tunggu masa je nak redeem lagi. Silap2 boleh dapat lagi 2-3 train buat sambung2 tapi rasa menyemak pulak sebab makan space. Rumah dah la kecik....Tunggu next redemtion pulak la. Mana tau dapat hadiah lagi best ke.
Sungguhpun begitu, aku bercadang kalau ada rezeki utk anak kedua aku nak pakaikan dia CD. Lebih menjimatkan di samping environment friendly. Apakan daya, aku kenal CD ni pun dah terlewat...Naufal pun dah besar. Aku berangan nak potty train Naufal dengan kadar segera.
Oh ya, memandangkan aku dah mentioned pasal CD ni....kalau ada yang berminat nak beli CD atau nak penerangan lanjut pasal CD ni boleh la gi kat sini.
Pot Pets by YatieJay at 22:46 7 comments
Labels: General
Saturday, 10 October 2009
Apehal ni?!
Dari last week aku nak publish entry tapi bila upload gambar tak keluar2....kalau takat 10-15 minit aku boleh tahan lagi, tapi kalau dah dekat setengah jam asyik "LOADING" je manjang apakejadahnya! Aku sempat pergi bank, baca blog orang, apply kerja, tapi gambar tak keluar2 gak....
Hilang mood nak berblogging! Dah la susah nak carik masa utk update sebab bizi...bila ada peluang jadik mcm ni pulak!
Merajuklah macam ni................
Pot Pets by YatieJay at 11:12 6 comments
Labels: General
Sunday, 4 October 2009
Upin dan Ipin versi Naufal dan Aish
Naufal sejak dari dulu memang suka berkawan. Raya tahun ni sangat memenatkan utk aku sebab selalu kena monitor dia. Kalau tak habis semua bebudak yang datang rumah beraya umah MIL dia akan cuit2 dan peluk. Seronok betul dia sebab ramai kakak2 dan abang2 datang. Kekadang budak2 tu belum duduk pun lagi tapi dia dah sibuk nak bukakkan balang kuih utk diaorang.
This year, sepupu Naufal yg sebaya (tua dua bulan je) ada sekali. Terhibur betul tengok gelagat diaorg berdua. Bila Naufal buat something, Aish akan ikut dan sebaliknya juga. Ada gak tetamu yg datang ingatkan diaorg kembar....Kekadang bergaduh, kekadang baik. Kekadang Naufal buli Aish, kekadang Aish buli Naufal pulak....adillah tu!
Tengok ajelah gelagat diaorang yang sempat diambil gambar. Dengan diaorg berdua ni terasa mcm ada 10 budak kecik kat rumah. Tak menang tangan dibuatnya!
Aish bergaya ala ahli politik berceramah, Naufal lak tukang tepuk tangan!
Secara keseluruhannya, raya tahun ni lebih meriah kerana budak berdua ni. Harap2 dah besar nanti diaorg boleh ngam dan berkawan baik. Jadi lah anak yang soleh, rajin belajar dan berguna kepada agama, masyarakat dan negara ye nak....AMIN!
Pot Pets by YatieJay at 00:36 6 comments
Labels: The apple of my eye
Beraya Rumah Opismate ~ Nanie
Pergi beberapa blog org lain, jeles lak tengok dia orang tepek gambar2 open house dan gambar2 beraya....Aku ni belum betul2 beraya lagi, mana taknya asyik harapkan weekends aje. Weekdays balik keja dah kul 7pm lebih dan kepenatan. Kalau boleh gagahkan diri, sempat lah pergi satu rumah satu malam...Itupun sekadar pergi rumah2 org yg dah "berumur", konon2 tanda ingatan kat diaorang lah sempena raya ni....
Minggu lepas beraya ke Muar (kampung belah encik husband) tapi malang sungguh sebab ketiga2 rumah yang kami singgah penghuninya pergi beraya luar dari Muar...so, agenda nak beraya tak jadik kami singgah bandar Muar lah, carik mee bandung Muar yang sangat famous itewww....Punya sedap, lupa nak snap gambar sebagai bukti....heheheeee....
Eh, tajuk entry pasal beraya rumah Nanie kan? Berikut adalah gambar2 yang sempat diambil selepas kitaorg dah kekenyangan makan mee rebus yang sedap.
Kalau korang nak tau (nak tau ke?!?!), ni ajelah sekelumit orang melayu yang dok kat department material dan planning. Lebih kurang 10% je dari bilangan pekerja dua deparment tu. Selebihnya chinese dan rasanya 5% lak Indians.
Errr...sekian saja kot untuk kali ini...saya sekadar nak memenuhi tanggungjawab seorang blogger. Utk update blog at least seminggu sekali (tengah kekeringan idea....sekering balang kuih raya kat umah ni!)
To Nanie : tahun depan jemput lagi ye... ; )
Pot Pets by YatieJay at 00:02 3 comments
Labels: Raya 2009