BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 11 October 2009

Huggies Point Redemtion

[Ini drafted entry...tersimpan lama sebab asyik takleh upload gambo]

Ahad lepas, selain dari beraya sakan dan makan free kat a few open houses, kami pergi Giant Tampoi utk redeem points yang dapat daripada pembelian disposable diapers Naufal. Memang selama ni, setiap kali beli DD aku tak buang plastiknya sebab ada points.

Walaupun pada mulanya aku tak tau utk apa, aku simpan je just in case. Encik husband yang tak memahami niat suci isterinya siap nak buang ingatkan sampah (wlpn aku dah lipat elok2 dan simpan).


Dari kecik dah macam2 jenis DD aku dah belikan utk dia tapi nampaknya dia cuma serasi dengan Huggies Ultra ni. Walaupun harganya mahal sikit dari DD yg lain, tapi aku pun puas hati sebab walapun pakai lama dan dah agak berat, kainnya tetap terasa kering (tapi mungkin gak sebab aku jarang pakaikan DD lebih dari 5 jam).

Eh, buat apalah aku promote lebih2, bukannya diaorang nak kasik aku komisyen pun!

Nampaknya hobi mengumpul plastik2 DD ni tak sia2, sebab rupanya boleh redeem utk dapatkan hadiah2 seperti berikut :

Train

Playmat - ni simpan utk adik Naufal nanti...Insya Allah!

Naufal suka betul dengan "train" baru dia ni..asyik merangkak keluar masuk. Aku yang tengok lak rasa penat.



Jom kawan2 kita naik train sampai Butterworth jumpa Tok Mama dan Tok Babah

Ni masih ada banyak lagi bungkusan Huggies Ultra, tunggu masa je nak redeem lagi. Silap2 boleh dapat lagi 2-3 train buat sambung2 tapi rasa menyemak pulak sebab makan space. Rumah dah la kecik....Tunggu next redemtion pulak la. Mana tau dapat hadiah lagi best ke.


Sungguhpun begitu, aku bercadang kalau ada rezeki utk anak kedua aku nak pakaikan dia CD. Lebih menjimatkan di samping environment friendly. Apakan daya, aku kenal CD ni pun dah terlewat...Naufal pun dah besar. Aku berangan nak potty train Naufal dengan kadar segera.

Oh ya, memandangkan aku dah mentioned pasal CD ni....kalau ada yang berminat nak beli CD atau nak penerangan lanjut pasal CD ni boleh la gi kat sini.

7 comments:

Anonymous said...

best nye dpt redeem..b4 raya tu i try nak reedem without the plastik bag..but x berjaya...huhuhu..point2 yg dekat beratus2 tu i potong dr plastik nye..b4 this boleh..i redeem bag dgn change diaper mat..)

lily azliyana @ mama zara said...

bestnye dpt redeem hadiah. tk dela sia2 mengumpul plastik banyak2 kan. hadiah pon menarik nampaknyer..

kak yatie, sy pon lmbat tau pasal CD nih. ilmu kurang. nk guna pon tk reti. kesedaran psl environmental frenly ade, tp kemalasan nk membasuh CD tu thp maksimum..hehe..

Siti @ nurie said...

he he eh....sama cm zam..bila siti dok kumpul2 plastik tu, dia mesti bising...tapi, dia dok kumpul tin susu mia tu, dia tak heran pulak...ha ha ha....bestkan dpt reedem ni...bukan senang nak cari kat pasarn..at least, kita tak terasa kuar duit...

Elyn said...

rugi tak smpn plastik Huggies ni!!! aritu byk tau..... kalo tak sure leh dpt cam naufal tu....

bape points dierang nak??

YatieJay said...

Anon,
I pun potong jugak tapi masa nak redeem bawak gak the plastic bags tu just in case. Memang betul dia org nak complete set. Kalau mcm tu jangan lah letak gambar gunting kan?

Ada diaper change mat gakke dulu? Dah terlepas nampaknya...

Lily,
Kemalasan + susah nak educate BS/nursery cara2 nak handle CD pun salah satu cabarannya

Siti,
Kita kan ibu2 zaman millenium...lebih bijak membantu suami supaya dia tak perlu keluar duit lebih...hahahaaa...(angkat bakul). Buat apa zam kumpul tin susu?

Elyn,
Utk train tu 100points, playmat lak 75 points. Nak lagi cepat dapat beli Huggies Ultra sebab points dia lebih sikit.

Siti @ nurie said...

ntah..ikutkn hati cmna buang je..tapi jwpn dia"abg nak kira berapa tin susu mia dah guna smpai umur dia 3 tahun"..logik tak?...he he

YatieJay said...

Siti,
Perghhh...banyak tu nanti! Silap2 penuh rumah kau nanti..