Naufal sejak dari dulu memang suka berkawan. Raya tahun ni sangat memenatkan utk aku sebab selalu kena monitor dia. Kalau tak habis semua bebudak yang datang rumah beraya umah MIL dia akan cuit2 dan peluk. Seronok betul dia sebab ramai kakak2 dan abang2 datang. Kekadang budak2 tu belum duduk pun lagi tapi dia dah sibuk nak bukakkan balang kuih utk diaorang.
This year, sepupu Naufal yg sebaya (tua dua bulan je) ada sekali. Terhibur betul tengok gelagat diaorg berdua. Bila Naufal buat something, Aish akan ikut dan sebaliknya juga. Ada gak tetamu yg datang ingatkan diaorg kembar....Kekadang bergaduh, kekadang baik. Kekadang Naufal buli Aish, kekadang Aish buli Naufal pulak....adillah tu!
Tengok ajelah gelagat diaorang yang sempat diambil gambar. Dengan diaorg berdua ni terasa mcm ada 10 budak kecik kat rumah. Tak menang tangan dibuatnya!
Aish bergaya ala ahli politik berceramah, Naufal lak tukang tepuk tangan!
Haaa...ni Aish terjatuh sendiri, bukan sebab Naufal buli yee....(saja letak gambar ni, rasa kelakar lak tengok Aish tergolek mcm tu)
Secara keseluruhannya, raya tahun ni lebih meriah kerana budak berdua ni. Harap2 dah besar nanti diaorg boleh ngam dan berkawan baik. Jadi lah anak yang soleh, rajin belajar dan berguna kepada agama, masyarakat dan negara ye nak....AMIN!
6 comments:
Sangat kelakar tengok gelagat bebudak tu...seronok je kan jadik bebudak nie. Happy je depa main gaduh pas tu main balik :)
memang cam kembar... hehhe..naufal tu nmpk besau laa.. mcm budak umo 4 thn..;)
suka tengok depa masa kiss each other..cute la
hahaha...mmg mcm upin dan ipin lah diorg tu..comey sgt..kawan baik2 yer Naufal dan Aish..
alolo......... sweet nyer!!!
alolo......... sweet nyer!!!
Post a Comment