BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 27 September 2009

Update Hari Raya Tertangguh

Keh..keh...keh...ingatkan aku sorang je yang lama tak update blog, rupanya ramai gak yg baru nak update entry raya sehari dua yg lepas ni. Maklumlah, mood raya masih menebal ditambah dengan kemalasan akibat terlalu banyak makan lemang dan rendang.

Tahun ni giliran beraya kat rumah in laws di Kulai. Memang meriah sangat sebab semua adik beradik encik husband balik termasuklah adik bongsunya yang kerja askar kat Sarawak tu. Last year encik husband dan adik perempuan kedua beraya rumah mertua masing manakala yg bongsu tak dapat cuti sebab baru je kena posting ke Sawarak. Tahun ni memang havoc....

Dua malam sebelum raya kitaorg sibuk buat ketupat. Aku ni hanya sejak kawin dengan encik husband baru betul2 hands-on buat ketupat ni (tak anyam cuma isi berasnya saja dlm ketupat tersebut...mak tak reti anyam menganyam ni!). Di samping tu, encik husband tunjuk skill dia buat lepat. Dulu aku ingat lepat ni adalah lepat kuih biasa tu rupanya ketupat pulut, kalau kat utara dipanggil ketupat daun palas (segi tiga). Tak sangka dia terror buat lepat ni....

Encik husband tunjuk skill terpendamnya

Inilah rupa lepat tersebut

Sila buat perbandingan lepat2 di atas. Nampak tak perbezaannya?! Yg kurus macam tak cukup zat tu adalah percubaan pertama aku...heheee...Tapi bila dah direbus jadik cantik tau, dan paling penting boleh dimakan!

Sebenarnya yang betul2 buat aku teruja sangat nak beraya sebab dapat beraya dengan bujang aku sorang ni. Tak sabar nak pakaikan dia baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok. Raya tahun lepas dia baru berumur 6 bulan...semestinya tahun ni lebih best sebab dia dah banyak keletah.

Naufal ni memang suka sangat dengan songkok dia tu...masa mula2 beli songkok manjang je nak sembahyang kalau dipakaikan songkok. Tapi masa raya hari tu, cabaran utama adalah nak suruh naufal pakai songkok lebih dari 5 minit....susah betul! Kejap2 dibukak la, disengetkan la... Ni antara gambar2 yang sempat diambil masa Naufal "lengkap" dengan pakaian rayanya.

Amacam....ada gaya zapin tak?!

Gambar ni lak Naufal dengan sepupunya Khaireez. Diaorang ni kekadang ngam kekadang bergaduh....Bila disuruh dok sebelah menyebelah untuk diambil gambar, nilah hasilnya....(abaikan sampin naufal yang terlondeh tu ya)


Nak suruh dia dok diam utk ambik gambar bertiga pun susahnya yang amaaatttt....berapa kali snap baru nak jadik. Nasib baik sekarang ni ada digital camera boleh delete banyak kali...heheee...


Hari raya tak lengkap kalau takde sesi bermaaf-maafan. Masa ni lah semua orang sedih2 jurai air mata. Termasuklah aku....

Masa gambar diambil, aku masih boleh sengih2 lagi. Siap buat lawak bodo suruh encik husband yg mintak maaf kat aku dulu..heheee...Lepas kamera dah berlalu pergi, sila pikirkan sendiri adegan yg sesuai ye.....Memang tak cukup tisu dah! Ironinya, petang tu aku dah "terdehaka" kat dia semula....sedangkan baru pagi tadi mintak maaf sampai tak cukup tisu...huhuuu...

Ni dengan MIL...pun aku nangis gak. Bukan apa, mengenangkan aku ni menantu yang teruk...dan mak mertua aku ni sangat lah baik pada aku. Bersyukur aku ada mertua mcm dia. Dulu2 sebelum kawin, aku cukup takut dapat mak mertua yg jahat atau cerewet atau terlalu control anak lelaki dia (laki kita la)...tapi Alhamdulillah...she's totally the opposite. Ni yang aku taulah...di belakang2 wallahualam!

Sebagai penutup update hari raya pertama, aku tepek gambar family in laws aku. Kemeriahan beraya di kampung hubby sedikit sebanyak mengubati kesedihan aku sebab berjauhan dari family kat Penang. Kesian kat parents aku, beraya bertiga je tahun ni sebab adik pompuan aku hanya balik raya ke-3 sebab husband dia kena kerja



p/s : aku tak suke baju raya tahun ni...buat aku nampak gemuksss (sebenarnya aku memang dah gemuk pun!)

Thursday 17 September 2009

Lebaran


Yatie nak wish Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada semua kawan2 bloggers yg mengenali Yatie, tak kira sama ada in real life atau di alam blog.

Maafkan Yatie andai ada entry2 atau komen2 Yatie di blog anda semua yang mungkn membuat anda terasa hati.....Kalau ada, semuanya tak disengajakan.

Semoga lebaran ini mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara kita semua!

Enjoy your holidays...dan jangan nakal2 ; )

p/s : Wish hari raya tercepat dua hari...takut tak sempat on line lagi lepas ni sebab dah balik umah MIL utk sambut raya


picture credit to biskutlemak.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

Sepanjang Ramadhan Ini

Tinggal dua hari saja lagi untuk kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu, terasa macam baru minggu lepas kita mula menyambut Ramadhan. Sayu juga hati ni bila memikirkan adakah aku dapat menyambut Ramadhan lagi tahun depan? Adakah puasa aku tahun ini diterima olehNya?

Tapi syukur kerana diberi kekuatan utk mengharungi segala macam cabaran sepanjang bulan ni. Pada permulaan Ramadhan hari tu, aku terlalu risau adakah aku larat nak bangun pagi2 utk masak sahur (sebab waktu buka tak sempat masak....just beli). Boleh ke aku menghadapi bulan puasa dengan kerja yg menimbun kat office ditambah dengan perlbagai masalah kerja lain...

Tapi Allah memang permudahkan aku menghadapi setiap hari dengan senang...takde sekelumit pun rasa lapar dan dahaga yg melampau. Takde rasa mengantuk pun walaupun hampir setiap hari aku cuma dapat tidur kurang 5 jam sehari (wlpn rutin aku tidur jam hampir 12am dan bangun 4 pagi - lepas sahur terus bangun utk bersiap pergi kerja).

Cuma aku failed bab menahan marah....mulut ni laju je "memaki" dalam diam....harap2 puasa aku tak kurus dek kerana mulut ni.

All in all....I'm looking forward to celebrate Eid but at the same time feeling sad of letting Ramadhan go...

Semoga dapat bertemu lagi tahun depan.....

Sunday 13 September 2009

Contest ~ Di sini kisah coklatku bermula

Ni dikira sebagai penyertaan last minit. Sebenarnya masa blog Sitisifir mula2 umumkan contest ni aku dah plan nak amik gambar Naufal makan coklat tapi kesibukan yg tak sudah2 ni menghalang aku curi2 ambik gambar Naufal.

Sudahnya aku pakai balik gambar yg aku dah pernah pakai untuk entry ini (boleh kan Fizah?)

Dari dia kecil, aku memang tak kasik naufal makan gula2 atau coklat. Tapi masa gambar ni diambil, sebenarnya Naufal "terjumpa" coklat yg berada kat dalam handbag aku (ummi Naufal ni hantu coklat....wajib ada coklat dalam bag dia). Dalam diam2 dia makan coklat tu sampai habis...bila aku tengok dah comot mcm ni....

Untuk kawan2 yang berminat nak dapatkan coklat yg halal dan buatan Bumiputra, boleh beli kat sini.

Kat bawah ni adalah syarat2 contest ni :

  • Anda wajib meletakkan http://coklathalal.com dan http://coklathalal.blogspot.com/ di bloglist anda ---> DONE

  • Sila upload banner pertandingan ini di sidebar anda dan link kan gambar itu ke link contest ini (http://sitisifir10.blogspot.com/2009/08/contest-di-sini-kisah-coklatku-bermula.html) ---> DONE

  • Contest ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu entry adalah untuk satu kategori sahaja. Jika anda teruja untuk masuk kedua-dua kategori sekali, sila letakkan dua link ke entry anda dalam kotak komen ini. Tajuk entry anda hendaklah - Di Sini Kisah Coklatku Bermula

  • Kategori pertama - anda dikehendaki meletakkan gambar seseorang yang berkaitan dengan anda dengan coklat. Tidak kisahlah gambar anda dan coklatkah, anak anda dengan coklatkah...pastikan yang di dalam gambar itu ada berkenaan (hubungan) dengan anda. Satu entry adalah untuk satu gambar, jika ada gambar yang berbeza, sila buat entry yang lain.

  • Kategori kedua - anda dikehendaki menceritakan kisah seseorang dengan coklat. Sebagai petunjuk, coklat bagaimanakah pilihan anda atau dia, apa peristiwa yang ada kena mengena dengan anda atau dia dan coklat dan lain-lain mengikut kreativiti.
  • Tarikh tamat pertandingan adalah pada 13 September 2009 jam 11.59 tghmalam.
Hadiah adalah ditaja oleh http://coklathalal.com

Hadiah pertama :
Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate

Hadiah tempat kedua :
Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)

Sebagai tambahan : Bagi entry pertama anda memasuki pertandingan ini, jika anda ingin membuat belian, anda layak mendapat 10% diskaun untuk semua coklat aidilfitri.

YUMMY!

Saturday 12 September 2009

Tag - Linda & Yusz

Haaaa...dah lama tak update, sibuk sangat kat opis bila balik rumah dah keletihan. Nak bukak laptop pon malas jurus tahap tertinggi....heheheee...

Disebabkan otak ni takleh nak berfikir sangat, jalan paling mudah utk update blog disamping naik semula ke ranking antara yang teratas blog roll anda (thanks pada yg sudi listkan blog yg tak seberapa ni), jalan paling mudah adalah jawab tag!

I've been tagged by Linda and Yusz...

***The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their name. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer. So now, on to the questions…!!***

*1* What were you doing 5 years ago?
----> Year 2004, masih keja kat kulai sebagai secretary GM yg sangat hampes! Hampir setiap hari kena datang kerja including weekends dan public holidays. Aku seolah2 takde life masa tu...Sekarang ni kalau dioffer gaji RM5k pun aku tak hingin keja kat situ semula....heheheee...

----> Relationship dengan encik BF (now hubby) masih di tahap suam2 kuku dan tak pasti. Kejap ok, kejap lagi gaduh balik..... [jodoh memang kuat, kawin dgn dia gak]


*2* What are 5 things on your to-do list for today?

  1. Gi pasar nak carik isi ikan merah...tekak teringin nak makan kari lak hari ni [cadang nak letak bende banyak2...makan lak dengan sambal belacan.....fuyoooo]
  2. Gi opis loyer....acara sign menyain...
  3. Nak pasang langsir baru [hohooo...langsir raya beb! Tahun lepas tak bertukar]
  4. Mengemas rumah sedaya mungkin. Ni je weekend yg ada nak kemas rumah, next week dah balik umah MIL utk beraya
  5. Update blog lagi petang2 sikit nanti

*3* What are 5 snacks you enjoy?

----> mak memang suka snacks [tengok saiz badan lerrr]. Kalu nak lsitkan bnyk sangat tapi yg pastinya coklat tersenarai paling atas!

*4* What are 5 things you would do if u were a Billionare?

5 je ke? Senarai aku panjang ni!

1) Derma kat org2 susah/anak2 yatim dulu [yes....jawapan yg cliche, tapi i really mean it. Ramai sebenarnya org susah kat Malaysia ni]

2) Bawa parents dengan parents in law gi Haji

3) Beli sebiji villa lengkap dengan maid utk kemas umah [Dasar pemalas! Mana larat kemas rumah 15 bilik sorang2 dek non oiiiii]

4) Round the world berkali2 sampai jemu [Destinasi wajib Italy, New Zealand dan Belanda]

5) Invest [ni mesti buat...gunung kalau hari2 dikorek akan rata jugak satu hari nanti]


*5* What are 5 jobs you’ve had?

1) Buyer - current job

2) Purchasing assistant

3) Executive secreatry merangkap tukang buat teh boss + hidang lunch dia [best sikit je dari keja tea lady]

4) Admin & Accounts Executive

5) Practical Trainee kat Carrefour


*5* person to tag
Harap2 kali ni aku tak terlambat...nanti orang lain dah buat

1) Zah ----> kawan baru ; )

2) IEM ----> kawan baru gak ; )

3) Siti@ Nurie ----> ni kawan yg wajib ditag (jangan marah nooo)

4) Maya ----> kau dah ada blog sendiri, wajib bayar tag sekarang ni

5) Cikpid ----> Akak belum pernah tag kau kan...

Mostly nama2 di atas adalah org2 yg aku tak pernah tag sblm ni (with the exception of Siti...heheheee..)

Saturday 5 September 2009

Kisah menanti anak - Part II

Sambungan dari entry ini (kalau ada yg berminat nak amik tau lah)

Bila kitaorg dah stop berusaha cara moden dan disahkan both normal/takde masalah barulah kami usahakan cara tradisional. Tapi sebelum tu kitaorang memang dah tak berapa fikirkan hal anak sangat.

Hampir 4 bulan berhenti makan clomid, aku pergi berurut dengan sorang makcik atas saranan sepupu encik husband. Mak Mon ni dulu seorang bidan. Walaupun umur dah 60 tahun +++ tapi masih nampak bertenaga dan sihat. Aku pergi berurut dengan dia sekali aje, atas saranan dia aku kena datang berurut masa aku period hari ke-3. Walaupun secara keseluruhan dia urut satu badan tapi di akhir sesi urut dia lebih emphasize tang perut/rahim aku. Sedang dia urut perut aku dia tanya "Dah pernah pergi urut ke sebelum ni?". Aku kata memang ada tapi dah lama dulu dalam setahun sebelum tu (masa tu aku baru je nak berusaha nak anak). Aku pergi dalam 3 kali tapi tak serasi lepas tu stop.

Kata Mak Mon org tu tolak rahim aku tinggi sangat sebab tu aku susah nak "lekat". Terkejut aku mendengarnya! Betullah orang kata, kalau nak berurut kena pandai cari orang, kalau tak lain pulak jadi nya...

Serentak dengan tu kitaorang ada gak mengikut petua sorang pak cik ni. Kedengarannya mungkin agak pelik tapi desperate punya pasal kitaorg cuba gak la. No harm trying, sedangkan sebelum tu even beribu ringgit pun kitaorang tak kisah korbakan inikan pulak usaha yang tak perlukan wang ringgit. Pakcik tu suruh tebang pokok pisang kapas pastu biarkan semalaman. Esoknya air yg bertakung kat batang pokok tu kitaorang amik dan masak dengan air gula melaka. Dah siap satu botol kitaorg bawak air tu jumpa pakcik tu untuk dibacakan Yaasin. Walaupun kelat terpaksa ditelan gak....alang2 dah berusaha kan!

Oh ya, tak lupa juga aku minum jamu Mak Dara. Aku minum yg serbuk punya, sebab nakkan kesan yg lebih baik. Kalau dalam bentuk kapsul aku rasa mcm kurang power (aku yg rasa lah...bukan tukang jual tu kata).

Dalam aku dok berusaha cara tradisional aku dapat tau adik ipar aku yang baru kawin sebulan sebelum tu dah pregnant...bunting pelamin lak tu! Instead of being happy for her, aku menangis....Mana taknya, patutnya kami yang bagi cucu sulung utk family in laws tapi tup2 adik ipar aku yg pregnant dulu. Lagilah aku rasa tertekan.

Tapi Allah tu Maha Penyayang....kuasaNya Maha Besar. Rupanya dalam masa yang sama aku juga baru nak pregnant tanpa aku sedari. Masa dapat tau tu aku dah 8 weeks! Punyalah happy, Tuhan je yang tahu. Encik husband berhari2 senyum sampai telinga...heheheee....Akhirnya penantian kami hampir sampai ke penghujugnya.

Dengan ujian sebegini rupa, barulah aku betul2 sedar apa yang kita usahakan kalau tanpa izin-Nya kita takkan dapat apa yg kita nak. Rezeki untuk kita tu memang dah tertulis sejak azali lagi. Ujian ni buat aku setuju dengan kata2 "Allah knows best!"......

Dalam episod Nur Kasih semalam aku tersentuh dengan kata2 ummi pada Nur Amina "Ujian/Kesusahan yang kita hadapi sekarang ni kadang kala adalah cara Allah menegur kita terhadap dosa2 yang telah atau sedang kita lakukan" (dialog dia something like this, aku tak ingat ayat yang exact). Mungkinkah itu cara aku ditegur untuk dosa2 aku?

Dan aku belajar untuk lebih menghormati perasaan orang lain lebih2 lagi dalam hal lambat kawin atau lambat dapat anak ni...I've gone through both situations, perasaannya sangat tak best. Aku memang takkan tanya hal kawin atau anak kalau orang tu tak mulakan dulu.

Sekadar nak share gambar2 Naufal :

Naufal masa baru balik hospital. Kecik je
Dan besar sekarang...boleh drive kereta pulak tu!

Bila tengok dia sekarang dah besar, aktif dan makin bijak...terasa sangat bersyukur diberi peluang untuk merasai perasaan menjadi seorang ibu. Worth the wait...

Kena sedas - suara sumbang di tengah hari

Sedang aku surf internet utk cari idea masakn untuk berbuka di samping cari resepi2 baru yg menarik terdengar satu suara sumbang kat depan tivi :

"Naufal, koleksi buku resepi ummi dah dekat 4-5 buku belum ditambah lagi yg dari majalah2. Tak cukup dengan tu carik kat inernet lagi! Last2 buka nanti kita makan ikan goreng taucu je"

Apekahhhh?!?!!! Ini sudah lebeyyyy....

Nasib baik bulan puasa, kena sabar lebih...kalau tak dah merajuk ni...

Nota lutut : Encik husband memang tak cerewet makan, setiap kali aku cuba resepi baru dia lah yg tukang komen which I really appreciate. Tapi disebabkan kekangan masa sepanjang weekdays, aku tak dapat masak resepi yg gempak2. Nak harapkan weekend je kalau nak special sikit.