BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 17 September 2009

Sepanjang Ramadhan Ini

Tinggal dua hari saja lagi untuk kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu, terasa macam baru minggu lepas kita mula menyambut Ramadhan. Sayu juga hati ni bila memikirkan adakah aku dapat menyambut Ramadhan lagi tahun depan? Adakah puasa aku tahun ini diterima olehNya?

Tapi syukur kerana diberi kekuatan utk mengharungi segala macam cabaran sepanjang bulan ni. Pada permulaan Ramadhan hari tu, aku terlalu risau adakah aku larat nak bangun pagi2 utk masak sahur (sebab waktu buka tak sempat masak....just beli). Boleh ke aku menghadapi bulan puasa dengan kerja yg menimbun kat office ditambah dengan perlbagai masalah kerja lain...

Tapi Allah memang permudahkan aku menghadapi setiap hari dengan senang...takde sekelumit pun rasa lapar dan dahaga yg melampau. Takde rasa mengantuk pun walaupun hampir setiap hari aku cuma dapat tidur kurang 5 jam sehari (wlpn rutin aku tidur jam hampir 12am dan bangun 4 pagi - lepas sahur terus bangun utk bersiap pergi kerja).

Cuma aku failed bab menahan marah....mulut ni laju je "memaki" dalam diam....harap2 puasa aku tak kurus dek kerana mulut ni.

All in all....I'm looking forward to celebrate Eid but at the same time feeling sad of letting Ramadhan go...

Semoga dapat bertemu lagi tahun depan.....

0 comments: