BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 30 May 2009

Entry Tertangguh ~ Balik Kampung

Dah sebulan gambar ni tersimpan. Semuanya diambil masa aku balik kampung cuti Labour Day hari tu....Nak buat satu entry pasal balik kampung tapi tak tau nak citer apa....so aku tempek gambo jelah...

Masa dok Penang satu ketika dulu...kalau nampak org bergambar atas feri aku mesti andaikan org tu datang dari luar Penang...dan aku sebagai warga negeri Penang, tak pernah amik gambo atas feri...kenkononnya malulah tu....cehhhh..tapi sejak dah officially jadik org Johor tanpa segan silu aku posing sakan atas feri anak beranak....hahahaaaa... Tak malu dah...plat keta pun dah mula dengan huruf "J".....mai dari Johor lah tuuuu (aku andaikan org Penang yg atas feri tu cakap)....


Penang's Most Famous Landmark : KOMTAR and Ferry


...dan juga Penang Bridge



Naufal pegang kuat2 sebab takut ummi campak Naufal ke laut ye?!
(owhhh...baru ummi perasan yg lengan ummi dah besar diameternya..)



Kalau gi pasar Chowrasta..rugi kalau tak pekena cucuq udang ni....berbaloi-baloiii...

Dan secara tiba2.....aku rasa rindu nak balik Penang lagi....huhuuuuuu......(I miss my parents so bad right now) -----> ayat ni aku type dengan pandangan yg blur kerana air mata.....

: (

Wednesday, 27 May 2009

Pengalaman Ngeri Saya ~ Jumpa Encik Gunting

Hari ni sangat best....sebab ummi bawak Naufal balik kampung jumpa nenek dan atok...Dalam perjalan balik ummi singgah satu kedai. Kat dalam kedai tu ada ramai uncle2 macam Rajinikanth dan yang seangkatannya..Pakai baju smart je....kemeja lengan panjang tuck in dalam seluar.


Lepas tu babah letak Naufal atas riba dia. Uncle Rajinikanth tu lilitkan Naufal dengan kain kat bahu. Naufal rasa pelik, asyik tengok je uncle tu. Dia nak buat apa kat Naufal, ummi? Tapi ummi cuma senyum2 je cakap Naufal good boy...Baba lak cakap dengan uncle tu "kasik pendek"...

(Naufal sebelum kejadian...sangat ceria!)
Bila babah cakap macam tu aje, terus uncle tu amik satu benda letak atas kepala Naufal....terasa gegar2. Apa lagi, Naufal pun nangis la....Takut tau ummi....Tak pernah Naufal rasa takut macam ni, semua rambut Naufal jatuh...Nanti tak hensemlah...Naufal jerit2 takmau tapi ummi sikit pun tak nak tolong Naufal. Siap amik gambo lagi adalah....Ummi kejam....

(Cubaan mengelak dari Encik Gunting tapi gagal..)
Lama Naufal nangis. Terasa macam lama sangat masa berjalan...apasal uncle ni tak habis2 ni?! Naufal dah jerit2 dan tersedu2 tapi semua org tak pedulik...Ummi dengan babah siap ketawakan lagi.....
Dalam kereta pun Naufal masih nangis lagi. Naufal tak pernah menangis macam ni, walaupun masa Naufal jatuh dan terhantuk kat meja kaca umah nenek tadi.....Tapi kejadian tadi sungguh melampau ummi...Naufal tak rela melaluinya lagi....Rasa mcm nak merajuk dari ummi dengan babah...
Nasib baik balik rumah ummi upah susu.....Tak sempat nak tukar baju yg penuh dengan rambut tu....

(Upah susu...terus diam tapi mata masih berair)
Aku : Dah lama sangat tak gunting rambut Naufal tu...rimas tengok dia tergaru2 kalau berpeluh. Siap dah tumbuh ruam kat kepala dan leher...Tak sangka lak dia punya drama air mata sungguh dahsyatttt...Malu aku kat kedai tu dibuatnya!
Nampaknya starting from today aku dah kena fikirkan strategi apa nak gunakan utk bwk dia jumpa Mr Gunting tanpa perlu melalui drama itu lagi....


Tuesday, 26 May 2009

Award and Tag ~ Vespa 3logger Award Friendship

Alang2 tengah blog hopping ni, baik aku curi masa buat Tag merangkap award ni. Kalau tangguh nanti tak terbuat.....

Tag diterima dari Puan Siti yang tak pernah jemu bagi aku Tag wlpn dia tau kekadang aku ni MALAS nak buat...heheee...


a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.



b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Siti bagi aku award ni....Bekas housemate dan collegue kat tempat keja lama. Masih contact tapi rasanya sejak masing2 ada blog story sharing jadik lebih best sebab perkembangan anak (dan mak punya per"kembang"an heheee...) dapat dilihat dari gambar2 di blog...Kalau nak harap jumpa di alam sebenar memang susah sangat la walaupun kitaorg sama2 dok kulai...


c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

Banyaknya sepuluh fakta/hobi...

1. Hobi suka membaca....masa zaman anak dara dulu rajin beli buku2 cerita especially karya John Grisham, buku2 motivasi dll....tapi sejak dah kawin dan ada anak...susah sangat nak dapat masa utk baca buku. Paling best pun dapat baca majalah2 keibu bapaan...dan surf internet.....

2. Suka sangat window shopping (ni pun dah lama sangat tak buat). Dolu2 masa belum kawin, aku sanggup jadik org pertama sampai kat shopping complex sebab takmo menghadapi jam dan susah carik parking...By 1pm aku dah boleh balik rumah relax2...Pergi sorang2 paling aku suka.....

3. Suka sangat beli baju dan mainan Naufal. Even a simple and cheap toy pun boleh jadik "retail therapy" utk aku...Sampaikan baju sendiri pun dah lama tak beli....Asyik dok pakai baju2 lama je..tak teruja nak tukar sebab kalau gi shopping complex mesti tuju bahagian baby....walaupun tujuan asal nak carik baju sendiri....

4. Sangat susah nak mulakan "ice breaking" kalau jumpa org lain....tapi kalau dah ok dan org tu pun ngam sekepala...aku boleh jadik rapat dengan dia.

5. Kawan2 rapat aku sangat kurang...kalau ada pun boleh kira dengan jari....sebab aku ni malas berusaha nak maintain the friendship kalau usaha tu datang dari aku aje....

6. Aku sangat rindu nak spend masa dengan my parents. Sejak aku umur 18 tahun sampai la ni dah 31 tahun (tua dahhhh..), aku dah keluar dari rumah utk sambung belajar seterusnya carik keja dan kawin lak dengan org jauh...

7. Suka makan tapi tak suka masak....huhuuu..kesian laki aku....

8. Tak suka masak tapi minat buat cookies. Dulu rajin tolong mak aku buat tempahan raya yg dia terima....Tapi tak pernah buat untuk makan sendiri...Tak confident.

9. Cepat gabra....walaupun hal tu kecik aje tapi aku punya gabra tu kekadang over the limit....

10. Hobi baru aku - blog hopping. Kekadang sampai tak terupdate blog sendiri...So little time but so much things to do...sighhhhh....

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Member bloggers aku tak ramai.....sebab aku cuma rajin baca blog org tapi tak tinggal jejak..hehee...

1. Yusz

2. Linda - Biar berupdate sket blog tu...

3. Ibu Arifa

4. Maya - saja sebut nama hang wlpn aku tau kau hanya akan buat kat dlm hati je...heheee.....

Saturday, 23 May 2009

Resepi - Lasagna versi ekonomi

(kerana kejahilan melampau, aku tak tau nak letak gambo ni kat bawah sekali....Ni lah rupanya lasanga yg telah siap tapi blm dibakar)

Hari ni nak cipta kelainan sikit. Buat entry resepi....Cooking is not my expertise nor my passion...tapi sebagai org pompuan, mcm mana pun nanti nak kena dok dapur kan....Masa balik penang hari tu aku berkesempatan buat Lasagna. Siap amik2 gambo, sampai mak aku pun hairan....Bila aku cakap nak tempek semua gambo ni dlm my blog....dia mcm tak caya...


Katanya di zaman dia dolu2 (80's), belajar memasak dan kongsi resepi dilakukan dari rumah ke rumah....Hari ni rumah Makcik Senah, minggu depan Makcik Jenab dan seterusnya...first time dia dengar org share resepi dlm internet....Zaman dah berubah Ma...


Melalut lak...Back to the resepi :


BAHAN2 Telur rebus (nanti potong2)
Lasagna (yg telah direbus, ada gak yg takyah rebus terus pakai buat layer)

Cheese (nanti disiat2 5 atau6)
(aku pakai cheese ni je, murah sket tapi resepi asal pakai mozarella)




Sos tomato
(Resepi utk sos tomato kat bawah nanti)

Sos...errr..aku lupalah namanya, kita namakan sos putih jelah ye..
(resepi kat bawah gak nanti)



Bahan Utk Sos Tomato tu (lebih kurang mcm sos spagetti)
Bawang putih yg telah dicincang
Tomato (dalam 1kg) yg telah direbus terlebih dahulu sampai jadik kuah
Daging kisar (ayam atau daging..up to you)
--> Tumis bwg putih sampai kuning + daging kisar + kuah tomato + kiub ayam sikit kalau suka + garam

Bahan Utk Sos Putih
Butter (1 sudu besar)
Tepung gandum (1 sudu besar)
Susu kotak (kotak kecik je)
Lada hitam (yg dah dikisar)
Garam
--> Panaskan butter dlm api yg perlahan giler + tepung gandum sambil mengacau tanpa henti + susu kotak. Agak2 dah mendidih masukkan garam dan lada hitam. Siap.

CARA2 nak susun layers
1. Tuang sos tomato ke serata bekas pembakar supaya 1st layer tak melekat
2. Letak layer lasagna
3. Sos tomato lagi sekali
4. Telur rebus yg tlah dipotong2
5. Tabur mozarella cheese (atau kepingan cheese)
6. Kuah putih

Ulang langkah 2-6 hingga selesai
Pastu bakar sampai agak2 kering (jgn kering sangat). Utk oven aku, 200degree selama 20 minit. Lagipun semua bahan2 tadi dah dimasak terlebih dahulu....takkan jadik kes mentah punya.... : )

TADAAAAA....dah siap...senang, kan? (gambo sila tengok kat atas sekali, aku tak berjaya bawak dia turun..huhuuu)

Gambo dah lepas bakar mintak maaf ye...tak sempat amik dah habis licin dimakan.....





Saturday, 16 May 2009

Nyaris

Huiiiihhhhh....nyaris2 Naufal nak kena air panas tadi. Sebelum aku ke dapur untuk sambung buat lasagna, aku tengok dia tengah leka "mengemas" kat ruang tamu. So, aku pun cepat2 lah ke dapur supaya dia tak nampak, kalau tak terkedek2 dia ikut aku sekali nanti dan "mengemas" kat dapur lak....

Sedang aku leka menysusun layers lasagna tu, tetiba terdengar bunyi benda jatuh berserta air tumpah kat belakang aku. Berderau darah aku tengok cerek letrik yg aku letak atas kabinet dapur (org johor panggil almari pak awang (ke pak abu?!...konpius lak!)) dah kat lantai berserta air yg tumpah serata lantai dapur.....Pastu kat sebelah cerek tu budak kenit tengah perhatikan air kat kaki dia...muka dah cuak semacam....mesti dia terkejut tu....

Apa lagi...singa betina pun mengaum laaa...Nasib baik air tu dah mula suam, kalau baru masak mcm mana tu? Aku takut nak bayangkannya....Aku tengking naufal suruh dia beredar dari situ. Sambil membebel aku kutip cerek yg dah tercabut covernya dan amik kain untuk lap air yg tumpah....Si Naufal diam sambil tengok aje aku mengemas....tengok dia tak berganjak aku tengking dia lagi..."Sana!!!! Pergi depan sana!!!!" sambil tangan aku tunjuk ruang tamu...Dia tengok je muka aku sambil buat muka sedih. Walaupun tak sampi hati,aku kuatkan gak hati ni marah dia...supaya dia faham yg apa dia buat tu salah dan telah membuat aku marah..

Bila dah kena tengking kali ke tiga barulah dia pusing sambil terkedek2 pergi ruang tamu. Halfway berjalan, dia pusing lagi tengok muka aku mana tau aku dah bertukar jadik manusia semula. Rupa2nya masih jadik singa..."SANAAAAA!!!!" Aku tengking lagi...Dia pusing dan teruskan perjalanan..Hati ni sedih sebenarnya tengok dia berlalu pergi....tetiba aku dengar dia cakap "neeee..neeeee" (baca : sana)...cehhhh..dia mengajuk aku rupanya..bertuah punya budak.....

Masa tengah mengemop aku tengok dia menhendap dan curi2 tengok aku dari jauh....kesiannya...tak sampai hati tengok dia mcm tu..tapi aku kuatkan semangat gak.....Selesai mengemop aku gi depan dan cuba main2 dgn dia semula......memula tu dia buat deeekkk je. Majuk lah tu kononnnnn...ellehhhh.....Tapi bila disuruh kiss, ok lak! Aku pun mintak maaf kat dia...harap2 dia faham apa itu kemaafan...

Bukan apa, sebenarnya kejadian ni berpunca dari kecuaian aku. Kalau aku tak careless letak cerek dengan cord dia terkeluar hingga memudahkan Naufal yang tengah curious skrg ni mencapai...mesti benda tu tak jatuh....Aku akan jadikan ini sebagai pengajaran....

Dan sebagai langkah pencegahan, aku nak carik pagar kecik dan letak kat pintu dapur...

Sunday, 10 May 2009

Dapat Kaki Akhirnya

Setelah genap setahun sebulan....Muhammad Naufal akhirnya memberanikan diri melangkahkan kakinya.....Yey..yeyyyy...dah dapat kaki! Tapi malangnya aku bukan org pertama yg dapat tengok...Mr hubby yg dapat tengok dulu sebab aku kat office masa tu...

Sebenarnya aku agak tensi gak nak nunggu dia mula berjalan...Walaupun pada pembacaan, adalah normal untuk seorg kanak2 tu tak jalan lagi di usia sebelum 1 tahun....Tapi disebabkan dah terlalu ramai yang tanya "bila naufal nak jalan ni"....tak pun "tak jalan lagi ke?"...lama2 jadik tertekan wooo....Pernah sekali tu masa aku gi metrojaya warehouse sale kat Persada Johor (mak kemaruk nak shopping punya pasal, sanggup kuharungi org ramai bawak anak pakai stroller walaupun ku tahu adalah agak mustahil untuk bergerak dgn stroller kat depan). Ada sorg akak ni tanya pasal naufal. Dialog lebih kurang gini (aku cuba recall ye) :

Akak kepoh : Berapa umur dia? (sambil memandang naufal kat dalam stroller)

Aku : Dah sepuluh bulan (mata ternampak sorg baby girl di samping dia tengah berdiri)

Akak kepoh : Dah sepuluh bulan?! Takleh jalan lagi ke? (sambil mimik muka macam heran sangat anak aku ni masih tak jalan nak kena pakai stroller)

Aku : Ha'ah...dia berat bontot ni....

Akak kepoh : Anak akak ni sebelas bulan dah (tak tanya pun!)...umur sembilan bulan dah mula jalan (hidung kembang setaman je bercerita pasal ke"advance"nan anaknya)

Sambil dia cakap tu aku pun tengok lah anak dia.....oragnya kecik halus aje...memg patut dia jalan cepat...org kata sebab badan dia ringan..compared tu Naufal.....kalau tengok org takkan sangka dia belum setahun pun lagi.

Aku : Heeeee...(tersenyum kelat sambil mengetap gigi...wishing that she will go away asap...aku datang sini bukan nak dengar kau citer pasal anak....)

Lepas dia cakap tu aku cepat2 blah dari situ.....takde mood nak bersosial lebih2...

Yang pastinya peristiwa tu agak memberi kesan kat hati aku....buat aku berfikir..ni baru sikit....Naufal belum masuk sekolah pun lagi....sok dia akan dicompare result exam dan macam2 lagi.....Kebetulan lak dia ada sepupu yg sebaya pun dah jalan masa umur 9 bulan....asal balik kampung je org compare dia dgn sepupunya...kesian Naufal....(sebenonya mak naufal yg over sensitive...heheee...)

Opppsss...terlebih sudah!

Kesimpulannya : NAUFAL DAH DAPAT KAKI!

Ironinya, aku takde amik gambar pun Naufal dengan aksinya dapat kaki...siap leh buat "U" turn lagi....excited sungguh dia test kakinya itewwww....

Thursday, 7 May 2009

Award ~ Sempena Hari Ibu


Alhamdulillah....Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasa nikmat pengalaman menjadi seorang ibu. Walaupun ada kalanya aku rasa sangat sukar dan mencabar, tapi bila tengok keletah si kenit tu....terasa sangat berbaloi....

Memandangkan aku pun dah lama tak blogging....aku nak mulakan dengan memberi award kepada beberapa rakan blogger yg aku kenal sama ada dari alam cyber atau in real life...

This award is dedicated to all beautiful, wonderful and caring superwomen out there....tak kisah lah korang dipanggil Mama, Ibu, Ummi, Mummy atau apa saja.....maksudnya tetap sama.....Nilainya tetap sama di mata anak2 kita....

So Siti, Maya, Mimi, IbuDalilah, Mummy Dasy, Yusz, Sha,Arnie...to name a few wonderful blogger moms yg aku kenal (ada yang tak kenal aku sebab aku cuma silent reader).....Amiklah award ni....korang deserve it.....ngeeee...(taklah best mana pun..... ; ))

Oh ya...untuk mama "Rubiah binti Jantan".....you are the best Mama in the world....senang kata Mama memang WORRLLLDDD lah..heheee....