Keh..keh...keh...ingatkan aku sorang je yang lama tak update blog, rupanya ramai gak yg baru nak update entry raya sehari dua yg lepas ni. Maklumlah, mood raya masih menebal ditambah dengan kemalasan akibat terlalu banyak makan lemang dan rendang.
Tahun ni giliran beraya kat rumah in laws di Kulai. Memang meriah sangat sebab semua adik beradik encik husband balik termasuklah adik bongsunya yang kerja askar kat Sarawak tu. Last year encik husband dan adik perempuan kedua beraya rumah mertua masing manakala yg bongsu tak dapat cuti sebab baru je kena posting ke Sawarak. Tahun ni memang havoc....
Dua malam sebelum raya kitaorg sibuk buat ketupat. Aku ni hanya sejak kawin dengan encik husband baru betul2 hands-on buat ketupat ni (tak anyam cuma isi berasnya saja dlm ketupat tersebut...mak tak reti anyam menganyam ni!). Di samping tu, encik husband tunjuk skill dia buat lepat. Dulu aku ingat lepat ni adalah lepat kuih biasa tu rupanya ketupat pulut, kalau kat utara dipanggil ketupat daun palas (segi tiga). Tak sangka dia terror buat lepat ni....
Sila buat perbandingan lepat2 di atas. Nampak tak perbezaannya?! Yg kurus macam tak cukup zat tu adalah percubaan pertama aku...heheee...Tapi bila dah direbus jadik cantik tau, dan paling penting boleh dimakan!
Sebenarnya yang betul2 buat aku teruja sangat nak beraya sebab dapat beraya dengan bujang aku sorang ni. Tak sabar nak pakaikan dia baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok. Raya tahun lepas dia baru berumur 6 bulan...semestinya tahun ni lebih best sebab dia dah banyak keletah.
Naufal ni memang suka sangat dengan songkok dia tu...masa mula2 beli songkok manjang je nak sembahyang kalau dipakaikan songkok. Tapi masa raya hari tu, cabaran utama adalah nak suruh naufal pakai songkok lebih dari 5 minit....susah betul! Kejap2 dibukak la, disengetkan la... Ni antara gambar2 yang sempat diambil masa Naufal "lengkap" dengan pakaian rayanya.
Gambar ni lak Naufal dengan sepupunya Khaireez. Diaorang ni kekadang ngam kekadang bergaduh....Bila disuruh dok sebelah menyebelah untuk diambil gambar, nilah hasilnya....(abaikan sampin naufal yang terlondeh tu ya)
Nak suruh dia dok diam utk ambik gambar bertiga pun susahnya yang amaaatttt....berapa kali snap baru nak jadik. Nasib baik sekarang ni ada digital camera boleh delete banyak kali...heheee...
Hari raya tak lengkap kalau takde sesi bermaaf-maafan. Masa ni lah semua orang sedih2 jurai air mata. Termasuklah aku....
Sebagai penutup update hari raya pertama, aku tepek gambar family in laws aku. Kemeriahan beraya di kampung hubby sedikit sebanyak mengubati kesedihan aku sebab berjauhan dari family kat Penang. Kesian kat parents aku, beraya bertiga je tahun ni sebab adik pompuan aku hanya balik raya ke-3 sebab husband dia kena kerja
p/s : aku tak suke baju raya tahun ni...buat aku nampak gemuksss (sebenarnya aku memang dah gemuk pun!)