Budak2 ni ada bermacam2 jenis "kenakalan". Aku takmo lah categorize "kenakalan" anak orang lain macam mana. Parents diaorang taulah...
Yang aku nak cerita adalah "kenakalan" chenta hati aku. Berbanding dengan sepupunya yang sebaya si Aish, Naufal ni aku perhatikan dia suka bergerak dalam diam. Maksudnya, kalau dia diam/senyap/hilang maka adalah projeknya masa tu. Si Aish, aku perhatikan suka berlari, menendang bola, melompat, 'pukul' Naufal (ala, budak2 punya pukul) dan bermacam2 aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
Sampaikan atuk2 Naufal kata Naufal ni baiiikkkk sangat. Oh, betapa aku menyangkal dakwaan tersebut. Bukan aku nak kata anak aku tak baik. Maksud aku, Naufal pun ada caranya sendiri untuk buat parents dia pening kepala dan tak senang duduk!
Kalau kat rumah, dia suka berprojek. Antara contoh2 projeknya :
- Aktiviti bukak drawer/pintu kabinet/petiais dan keluarkan isinya. Puas keluarkan isi kat dalam, dia tinggalkan begitu saja!
- Aktiviti main DVD Player/TV atau apa saja benda yg ada button - termasuk mesin basuh tau. Yang bijaknya, tau pulak mana button "eject" dan mana button "on/off"!
- Menyelongkar bakul baju yang belum dilipat (biasalah, ummi dia lipat baju seminggu sekali aje so, mesti banyak yang nak diselongkar!)
- Main air dalam mangkuk tandas (ewwww) dan jugak baldi dlm bilik air ----> ini memang merbahaya dan scary!
- Suka mencapai benda2 kat atas kabinet dapur. Pernah sekali tu dia tercapai cerek elektrik mcm aku cerita dlm entry yg ni
- Dan banyak lagi....dan lagi....dan lagi (sebab tu ummi dia jadik weekend tarzan!
Setiap kali mandi aku boleh gak jenguk2 dan jerit tanya dia kat mana dan buat apa. Tapi kalau tengah semayang aku memang kena tawakkal. Dan kejadian di bawah berlaku semasa aku tengah semayang maghrib. Patutlah aku rasa rumah mcm senyap sunyi aje. Rupanya........................
p/s : aku rasa sudah sampai masanya aku perkenalkan konsep "time-off" kat Naufal supaya dia tau apa yg dia buat tu salah dan patut kena hukum. Tapi macam mana nak start ye?