BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 25 December 2009

4 Wonderful Years

Empat tahun lalu....

Gambar2 semasa akad nikah

Thanks Allah for this four blissfull years.

Lumrah alam rumah tangga, ada pasang dan surutnya tapi syukur sangat kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan banyak bertolak ansur menghadapi karenah2 aku.

I am not a perfect wife....dan dia jugak bukan seorang perfect husband. But we complete each other with our own strenght and weaknesses.

Tak kisah pun kalau kami tak celebrate secara rasmi anniversary kali ini kerana kekangan kerja encik nazir...yang penting Allah masih kurniakaan kami each other....harap2 kasih sayang antara kami kekal begini dan semakin bertambah sehingga ke akhir hayat. Amin!


Majlis meyambut menantu seminggu selepas itu

p/s : tak suka tengok gambar2 kawin aku especially gambar sanding masa majlis kat sebelah aku. Make up macam *&%#.....i look like a drag queen! Hwaaaaa.........

Monday 21 December 2009

Beg Sakti

Pernahkah anda mengalami situasi ini :

"Anda tengah drive di satu jalan yang sibuk, banyak kereta dan tak lupa jugak mat2 moto yg suka nyelit2. Tetiba handphone yg kat dalam handbag berbunyi. Mula-mula tu anda just ignore sebab tengah drive tapi bila dah masuk kali kedua call tu masuk anda pun kelam kabut capai handbag dan meraba2 carik handphone tu sambil tangan sebelah lagi teruskan drive dan mata tengok jalan. Masalahnya, puas anda meraba dalam bag tapi tak jumpa2 handphone tu. Tapi anda memang pasti 100% yang handphone tu memang ada dalam bag! Lepas tu anda berhenti tepi/atau mungkin dah sampai rumah dan carik semula handphone....jumpa pulak! Bengang tak?!"

Ok, situasi di atas selalu dialami oleh aku. Memang selalunya bila dalam keadaan mcm tu, kebetulan pulak adalah call dari boss yang selalunya akan kata aku purposely tak nak angkat call tu (well, aku admit kekadang memang SENGAJA tak angkat - gile ke kalau hari cuti pun carik aku?!) Bila keadaan mcm tu terjadik aku mesti berazam dalam hati nak kemaskini semula handbag aku yang sangatlah unorganized.

Dulu2 sebelum ada anak dan especially sebelum kawin, handbag2 aku kecik2 dan comel2 sekadar muat handphone, purse, lipstick and compact powder. Sekarang, handbag aku besar dan kalau boleh semua benda aku nak bawak. Sila compare kedua2 bag di bawah :


DULU


SEKARANG

Nampak tak perbezaan saiz beg? Dan nak tengok apa aku sumbat dalam beg putih ni?


(sila puji kegigihan saya menyusun isi bag ni)

So....korang pasti dapat meneka kenapa aku asyik tak jumpa handphone saya kan? Macam2 disumbat...itu belum lagi ada certain days aku letak pampers Naufal, botol susu dia lagi...Memang serabut!

Tapi kalau diamati semula isi2 kat atas tu, banyak benda yang tak sepatutnya berada dalam beg tu contohnya charger, sampul duit raya dan wet tissue dari Damai Seafood. Nampak sangat aku ni seorang yang unorganize orangnya...hehee...

p/s : dah macam entry buka pekung di dada lak....


[ini scheduled entry]

Tuesday 15 December 2009

Entry Balik Penang - Bird Park

Nampak sangat aku ni dah kekeringan idea. Publish cerita yang dah sebulan berlalu. Nak buat macam mana, sebelum ni tak sempat je manjang.....

Balik Penang baru2 ni kami berkesempatan ke Penang Bird Park yang sekangkang kera je dari rumah parents aku (kira2 5km-8km). Walaupun dekat, tapi kami sengaja tangguhkan lawatan ni sebab nak tunggu Naufal "besar" sikit dan dah faham/kenal.

Entry fee RM4/org dewasa, Naufal pulak kira free sebab dia budak kecik. Kebetulan aku pergi hari Khamis so orang tak ramai. Lagi ramai burung2 daripada pengujung to be exact, tapi aku suka sebab takyah bersesak2. Tapi bila jumpa salah seorang pekerja kat situ, katanya sebab kebanyakan tourist datang waktu ada "show" sekitar pukul 11.30am dengan 3pm (mungkin aku silap, kalau nak confirmkan kena gi website dia). Apa2 hal pun, sungguhpun kami tak dapat menyaksikan bird show tu kami tetap rasa puas hati sebab seronok tengok Naufal enjoying the visit.

So, layan gambar ajelah ye....


Syoknya tengok bird sampai cangkung2




Naufal kegelian pegang burung kakak tua ni

Burung hantu ni kalau kita pegang kepalanya, dia akan menari ke kiri dan ke kanan. Cute!


Kesian burung2 bertempiaran lari takut kat Naufal

Naufal ni mungkin takut dgn merak laa..


"Besarnya bird ni ummi!" gitulah agaknya maksud si Naufal ni



Itik2 kat sini semua cute2. Rasa mcm nak pijak2 je...

Sekian terima kasih...

Monday 14 December 2009

Surviving your job! My humble tips...

Hari ni aku nak share sikit berkenaan "surviving the working world/office".

Aku grad tahun 2000. Lepas being unemployed hampir 7 bulan kat Penang, aku beranikan diri keluar dari comfort zone (rumah parents and all the familiar environment kat hometown) untuk berhijrah ke Johor. Pakcu aku tolong recommend ganti sorang staff yg sedang cuti maternity. Tapi mungkin rezeki aku, lepas akak tu naik kerja boss dia offered me a permanent position kat situ. Maka "masuklah" aku ke arena pekerjaan sehingga ke sekarang ni.

Hampir sepuluh tahun kerja dengan 3 office / industry yg berbeza, aku rasa boleh kot utk share sikit pengalaman atau tips utk survive corporate world ni (survive ke aku ni?! Dah mcm hujung2 tanduk dah rasanya). Tapi apa yang aku boleh share ni sekadar utk position kuli2 je laa....

Dengan 10 tahun bekerja, aku banyak melalui pengalaman2 manis dan jugak pahit sepahit2nya. Orang pun bermacam2 ragam dari yg terlalu baik sampai lah sebusuk2 hati aku pernah jumpa. Boss pun bermacam2 bangsa...Cina, Melayu, India malah Pakistan pun aku pernah jumpa.

Antara tips2 yang aku nak share (berdasarkan pengalaman aku sendiri) :

1. Do not procrastinate

Kalau kerja tu korang boleh buat sekarang, buatlah sekarang. Kalau korang tangguh, lepas tu korang terlupa mcm mana? Lepas tu tetiba boss mintak barulah kelam kabut nak buat. Kalau in order to complete tu korang kena dapatkan data2 dari orang lain, tak pasal2 org lain pun terkena tempias kelam kabut korang tu. (Ye, aku pun biasa buat ni....even sekarang ni pun! Heheee... )

2. If you screwed up/buat salah - admit it!

Memanglah akan kena bambu / seranah cukup2 tapi itu lebih bagus daripada pointing it to other people yang mana risikonya nanti perkara sebenar akan diketahui jua satu hari nanti (masa tu siapa yg bengang dan malu?) Ada boss yang sukakan kejujuran seseorang untuk admit kesalahan dia. Yang penting you have learned your lesson and promise to him that it won't happen again.

3. Buat baik dengan semua orang

Yes...even dengan makcik cleaner. You'll never know when you will need their help. Jadikan teamwork satu budaya kat tempat kerja.And don't forget to say THANK YOU....even dengan makcik cleaner

4. Buat baik dengan boss

Hahaaaa...bukan mengampu ye dik! Kalau terserempak dengan dia kat lobby atau toilet create small talk. Tanya pasal anak ke (kalau boss pompuan...naturally kalau kita cakap pasal anak dia "on" aje, kan?!), pasal hobi dia ke (ni aku biasa gunakan masa aku berbosskan seorang Pakistani who is an excercise freak. Hobi dia adalah jogging) atau apa saja topik yang korang rasa boleh kita tunjuk "the other side of us" yang dia tak pernah nampak. At least dia "kenal" kita sebagai seorang yg ada life lain kat luar tu selain dari yg dia nampak kat office


5. Do not put your 100% trust on everyone - unles you really really know them

Korang tak tau siapa backstabber atau CNN sebenar kat tempat kerja. Depan nampak baik, belakang macam HARAM! Tau-tau, cerita yang korang pergi interview kat tempat lain/korang ada masalah rumah tangga/korang pregnant dah sampai ke pengetahuan boss atau separuh daripada office mate. Tau-tau cerita fitnah pasal korang dah sampai ke telinga boss dan boss dah tarik muka kat korang (Ni pun aku ada pengalaman yang sangat pahit. I trusted them too much!)


6. Jangan berkira sangat

Kerap buat OT tak semestinya kita rajin. Ada orang nampak ia salah satu tanda kita ni tidak efisyen kat tempat kerja. Tapi kalau OT memang membantu anda utk siapkan kerja on time, takpelah...However, sekali sekala tu kalau setakat lebih sejam bekerja tak perlu ot pun apa salahnya (errr...make sure your boss knows about it...heheee....)


7. Pandai buat, pandai lah cover

Haaa...ni pasal surfing the net during working hours. Aku tau, ramai bloggers kat luar tu banyak buat ni semasa kerja. Bukan tak boleh, tapi make sure kerja korang tetap settle lah, especially kalau terkantoi dengan boss...heheee....tapi kalau kerja korang memang tip top dia pun takleh nak kata apa kan? (Ni peringatan utk aku gak, tapi bagi aku blog hopping semasa kerja adalah therapeutic tau)


8. Jangan berlagak pandai

Walaupun kita dah senior kat office tu, jangan lak berlagak pandai. Everyday is a learning process to all of us. Mungkin budak baru tu ada something yang dia tau/arif tapi kita tak tau? Mungkin clerk kita lebih arif dengan software baru kat office daripada kita? Kalau tak tau, jangan malu bertanya. Tanyalah banyak kali sampai orang menyampah, asalkan kita tak jadik bodoh sombong.


9. Sabar...sabar....dan sabar lagi!

We spend most of our day time kat office. So, suka atau tak suka kita kena hadapi semua perkara kat office (stress/keja berlambak/collegues yg menyakitkan hati etc...) dengan sabar. Kalau dah tak tahan sangat2, cariklah kerja kat tempat lain (which I am doing now.....).


Jika kita happy kat tempat kerja, kemungkinan utk kita happy dengan our life adalah lebih tinggi. Kawan aku nan sorang tu mesti setuju dengan statement ni.


Semoga korang happy kat tempat kerja masing2 (Doakan aku gak wey!)


p/s : lepas baca ni aku harap korang tak anggap aku ni mcm bagus jek nak bagi tips2 ni. Kalau korang nak tau, aku ni masih buat salah, dan biasa kena marah kaw2. Aku masih struggling nak menjadik perfect.Tapi bagi aku, ini sebahagian daripada working life....

Sunday 13 December 2009

Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!

Asalnya aku dapat forwarded e-mail yg ada letak link utk artikel ni (click kat sini kalau berminat nak baca kat website tu sendiri).

Agak menarik dan membuatkan aku "berfikir panjang"....


*************************************************************************************


Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini.

”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.

Baca beberapa contoh kes di dalam tulisan: Siapa Penama Polisi Takaful / KWSP Anda?

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka!

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih! Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas!

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103

Fatwa tersebut berbunyi;

  1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
  2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
  3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.


************************************************************************************

Anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.....(aku masih dok "berpikir" ni)...

Sunday 6 December 2009

Maaf

Blog ini akan "senyap" untuk sementara waktu kerana tuan tanah sangat bizi di officenya dan superbizi pulak bila dah sampai rumah.

Why is it so hard to be a good employee and efficient mom/wife at the same time? I failed miserably in both roles : (

I need help!!

(Thanks to dear husband for doing most of the house chores during the day walaupun penat balik dari kerja malam)





Both pics taken here


p/s : blog anda akan ku jenguk jua dan meninggalkan sekomen dua supaya silaturrahim tetap terjalin...