BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 14 December 2009

Surviving your job! My humble tips...

Hari ni aku nak share sikit berkenaan "surviving the working world/office".

Aku grad tahun 2000. Lepas being unemployed hampir 7 bulan kat Penang, aku beranikan diri keluar dari comfort zone (rumah parents and all the familiar environment kat hometown) untuk berhijrah ke Johor. Pakcu aku tolong recommend ganti sorang staff yg sedang cuti maternity. Tapi mungkin rezeki aku, lepas akak tu naik kerja boss dia offered me a permanent position kat situ. Maka "masuklah" aku ke arena pekerjaan sehingga ke sekarang ni.

Hampir sepuluh tahun kerja dengan 3 office / industry yg berbeza, aku rasa boleh kot utk share sikit pengalaman atau tips utk survive corporate world ni (survive ke aku ni?! Dah mcm hujung2 tanduk dah rasanya). Tapi apa yang aku boleh share ni sekadar utk position kuli2 je laa....

Dengan 10 tahun bekerja, aku banyak melalui pengalaman2 manis dan jugak pahit sepahit2nya. Orang pun bermacam2 ragam dari yg terlalu baik sampai lah sebusuk2 hati aku pernah jumpa. Boss pun bermacam2 bangsa...Cina, Melayu, India malah Pakistan pun aku pernah jumpa.

Antara tips2 yang aku nak share (berdasarkan pengalaman aku sendiri) :

1. Do not procrastinate

Kalau kerja tu korang boleh buat sekarang, buatlah sekarang. Kalau korang tangguh, lepas tu korang terlupa mcm mana? Lepas tu tetiba boss mintak barulah kelam kabut nak buat. Kalau in order to complete tu korang kena dapatkan data2 dari orang lain, tak pasal2 org lain pun terkena tempias kelam kabut korang tu. (Ye, aku pun biasa buat ni....even sekarang ni pun! Heheee... )

2. If you screwed up/buat salah - admit it!

Memanglah akan kena bambu / seranah cukup2 tapi itu lebih bagus daripada pointing it to other people yang mana risikonya nanti perkara sebenar akan diketahui jua satu hari nanti (masa tu siapa yg bengang dan malu?) Ada boss yang sukakan kejujuran seseorang untuk admit kesalahan dia. Yang penting you have learned your lesson and promise to him that it won't happen again.

3. Buat baik dengan semua orang

Yes...even dengan makcik cleaner. You'll never know when you will need their help. Jadikan teamwork satu budaya kat tempat kerja.And don't forget to say THANK YOU....even dengan makcik cleaner

4. Buat baik dengan boss

Hahaaaa...bukan mengampu ye dik! Kalau terserempak dengan dia kat lobby atau toilet create small talk. Tanya pasal anak ke (kalau boss pompuan...naturally kalau kita cakap pasal anak dia "on" aje, kan?!), pasal hobi dia ke (ni aku biasa gunakan masa aku berbosskan seorang Pakistani who is an excercise freak. Hobi dia adalah jogging) atau apa saja topik yang korang rasa boleh kita tunjuk "the other side of us" yang dia tak pernah nampak. At least dia "kenal" kita sebagai seorang yg ada life lain kat luar tu selain dari yg dia nampak kat office


5. Do not put your 100% trust on everyone - unles you really really know them

Korang tak tau siapa backstabber atau CNN sebenar kat tempat kerja. Depan nampak baik, belakang macam HARAM! Tau-tau, cerita yang korang pergi interview kat tempat lain/korang ada masalah rumah tangga/korang pregnant dah sampai ke pengetahuan boss atau separuh daripada office mate. Tau-tau cerita fitnah pasal korang dah sampai ke telinga boss dan boss dah tarik muka kat korang (Ni pun aku ada pengalaman yang sangat pahit. I trusted them too much!)


6. Jangan berkira sangat

Kerap buat OT tak semestinya kita rajin. Ada orang nampak ia salah satu tanda kita ni tidak efisyen kat tempat kerja. Tapi kalau OT memang membantu anda utk siapkan kerja on time, takpelah...However, sekali sekala tu kalau setakat lebih sejam bekerja tak perlu ot pun apa salahnya (errr...make sure your boss knows about it...heheee....)


7. Pandai buat, pandai lah cover

Haaa...ni pasal surfing the net during working hours. Aku tau, ramai bloggers kat luar tu banyak buat ni semasa kerja. Bukan tak boleh, tapi make sure kerja korang tetap settle lah, especially kalau terkantoi dengan boss...heheee....tapi kalau kerja korang memang tip top dia pun takleh nak kata apa kan? (Ni peringatan utk aku gak, tapi bagi aku blog hopping semasa kerja adalah therapeutic tau)


8. Jangan berlagak pandai

Walaupun kita dah senior kat office tu, jangan lak berlagak pandai. Everyday is a learning process to all of us. Mungkin budak baru tu ada something yang dia tau/arif tapi kita tak tau? Mungkin clerk kita lebih arif dengan software baru kat office daripada kita? Kalau tak tau, jangan malu bertanya. Tanyalah banyak kali sampai orang menyampah, asalkan kita tak jadik bodoh sombong.


9. Sabar...sabar....dan sabar lagi!

We spend most of our day time kat office. So, suka atau tak suka kita kena hadapi semua perkara kat office (stress/keja berlambak/collegues yg menyakitkan hati etc...) dengan sabar. Kalau dah tak tahan sangat2, cariklah kerja kat tempat lain (which I am doing now.....).


Jika kita happy kat tempat kerja, kemungkinan utk kita happy dengan our life adalah lebih tinggi. Kawan aku nan sorang tu mesti setuju dengan statement ni.


Semoga korang happy kat tempat kerja masing2 (Doakan aku gak wey!)


p/s : lepas baca ni aku harap korang tak anggap aku ni mcm bagus jek nak bagi tips2 ni. Kalau korang nak tau, aku ni masih buat salah, dan biasa kena marah kaw2. Aku masih struggling nak menjadik perfect.Tapi bagi aku, ini sebahagian daripada working life....

5 comments:

maya amir said...

sape kawan mu yg nan sorang tu? hehehe...

eim said...

baguslah tips ni..belajar melalui pengalaman kan kak...tq

Syahida said...

salam,
susahnya bekerja ni sbb kna deal dengan karenah manusia...bagus la tips awak, walaupun kebanyakan kita dah tahu, tapi selalunya lupa. saya suka part berbaik dengan cleaner tu, orang selalu pandang rendah kat staf sokongan macam tu sedangkan dorang pun banyak sumbangan juga :D

Lily@MamaZaraZareef said...

hee..tips yg mmg bagus. tp kalau dh buat sume tu but still gaji masih rendah..kena gakla pk nak berhijrah ke tpt lain kan..hehehehe (ni azam taun br sy ni..=p )

YatieJay said...

Maya,
Siapa lagiii...

iem,
Betul, pengalaman adalah "cikgu" terbaik kita

Syahida,
Salam kenal, thanks for dropping by! Betul, staf sokongan pun beri sumbangan penting utk company

Lily,
Kalau rasa gaji rendah dan nak cepat naik kena rajin "melompat" company. Tapio risikonya, takut keluar mulut singa masuk mulut buaya lak..hehee...