BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 16 November 2009

Kisah cinta saya kepada Char Koay Teow

Cerita basi sikit......hahaaa...




Aku dan encik husband, kalau balik penang memang looking forward to this activity.




Jalan-jalan carik CHAR KOAY TEOW! Selama ni kami akan pergi yg kat Permatang Pauh, tapi masa balik baru2 ni kami jumpa lagi satu tempat yg jual char koay teow yg sedap - kat Bandar Perda (org penang tau lah kot kat mana tempat ni).




Kegianan kami terhadap CKT ni membuatkan kami mencari2 gerai/kedai yg ada menjualnya di sekitar Johor. Memang ada jumpa beberapa kedai yg meng"claim" benda yg dijual itu adalah Char Koay Teow, tapi rasanya adalah sungguh tidak Char Koay Teow langsung. Kekadang tu rasa mcm Koay Teow biasa je....Worse than that, kami pernah jumpa "CKT" yg sangat berair, terasa mcm hirup Koay Teow Sup lak....hampa gila!




Tapi beberapa tahun yg lalu, kami telah berjaya menemui penjual CKT yg sebenar..dengan rasa CKT yg hampir serupa dengan yg kat Permatang Pauh, gerai tu kat Bandar Baru Uda, bertentang dengan masjid. Bila tiba2 terasa gian nak pekena CKT, ke situlah destinasi kami. Tak kira weekdays atau hari minggu.....hatta dah hampir tengah malam sekalipun kami akan usung si Naufal sekali (Naufal yg cerewet makan tu pun suka CKT ni tau!).




Errr....ginilah rupa CKT tu (dah makan separuh jalan baru teringat nak snap gambo, tak ingat dunia punya pasal)

Begitulah kisah cinta saya terhadap Char Koay Teow...Sekian terima kasih...

6 comments:

izzahazfar said...

Kak...kalau balik penang lagi..makan kat kampung pelet...CKT dia..perhg..menjilat jari...takpun kat PERDA...sangat sedap ooooo

Ena said...

Salam kenal & ziarah..

Seronok kan dpt kuar g jalan2.. makan2.. lg2 bile dpt bawak anak.. :)
Yg pati char koay teow tu memg menyelerakan.. sy pun penggemar nye juge.. tp duk kat KL nie x tau lah rase CKT tu best cam kat sane..

Siti @ nurie said...

Ya Allah kakti...siti jatuh cinta kat CKT ni masa gi kedah..tak pasti area mana, tapi blkg pasaraya kat situlah...mmg sedap giler....smpai terasa2...sbb tu masa hubby kata nak amik adik dia kat kedah, siti laju je nak ikut...ha ha ha...tapi,tak jumpa lak kedai tu....la ni, kalau nak mkn, siti cuma beli yg kat depn masjid (tmn puteri ) tu je..alah, dkat ngn taska Iman tu...bolrhlah dr tak rasa lngsung...he he he

Cikpid said...

petttt..setap tuh CKT..

nk try aa kak kat BBU ni..dkt ngan restoran azlan BBU tu ke?

YatieJay said...

izzahazfar,
Kampung pelet tu katne? Mcm tak biasa dengar je. Tapi yg kat perda tu memg kebetulan terdiscover masa balik hari tu. Boleh tahan sedapnya.

Ena,
Salam kembali, thanks coz sudi "singgah" sini. Pernah gak makan CKT kat kl, tapi tak ingat kat mana. Kalau pandai cari ada gak yg sedap. Kalau tak silap kat Bangsar kot (ni cerita 7-8 tahun lepas, tak tau lah wujud lagi ke tak)

Siti,
Yg kat masjid tu, kalau diberi bintang akak cuma kasik 1.5 aje. Cubalah gi yg kat BBU tu, memg berbaloi!

Cikpid,
Kedai dia betul2 kat corner (bukan kat kedai mamak tu tau) dan bertentang dengan masjid. Senang je carik. Dia menyewa kat kedai tu dan bukak stall kat situ. Memang org penang, cakap pun loghat penang.

Siti @ nurie said...

siti>>>mu cm tak kenal husbnd gue pulak...he eh he