BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 13 November 2009

Terima kasih Encik Facebook

(Maya....aku tau kau mesti tergelak baca title entry aku kali ni)

Kepada Encik Facebook,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menghubungkan kembali saya kepada kawan2 lama, sejak dari bangku sekolah rendah sehingga kepada kawan2 terkini di tempat kerja.

Walaupun agak ketinggalan, saya tak rasa rugi sedikit pun kerana saya tahu banyak lagi yang akan saya akan temui/tempuhi bila berkecimpung dalam facebook ini.

Cuma harapan saya, akaun facebook saya takkan terbengkalai seperti friendster dulu, hilang ditiup angin lalu. Hangat2 tahi ayam je!

Teruskan usaha anda menjadikan dunia ini semakin "kecil"....

Sekian, terima kasih.

Yang Ikhlas,
Budak yang baru nak berjinak2 dengan facebook

*********************************************************************************

Masa balik kampung hari tu, dok boring2 takde aktiviti sambil tengok adik aku bukak facebook dia tetiba rasa gatal pulak utk create account. Utk pengetahuan korang, aku ni bukan jenis suka benda2 mcm ni. Selain daripada tak kuasa nak belajar selok belok menda2 ni, kat office lak kena block. Cuma kat rumah je boleh log in, tapi kalau ada masa kat rumah aku prefer blogging.

Tapi nampaknya kegatalan aku nak create gak akaun ni tak sia2. Ramai betul member2 lama aku jumpa semula. Even yg dari sekolah rendah lagi! (Amazed sesangat ni).

Persoalannya sekarang : Adakah aku akan addicted to Facebook? Heheheeee....We'll see!

(tengah kembang hidung sebab terasa up-to-date sebab dah ada mukabuku...hahahaaa!!!)

5 comments:

siti noriza saleh said...

welcome to da club...hik hik...siti ada juga mukabuku tu,...tapi,. memula je..lpas tu dah mals..he he he..tapi, tuelah kelebihannya, kita leh cari member guna nama sebnar..kalau friendster or tagged, mana boleh..

izzahazfar said...

kak..fb saya hanya utk main game..hehehe...tak nyempat nak google kawna..hheheh

maya amir said...

aku maleh nak ckp pape;p

eim said...

welcome tu fb..mmg tulah kelebihan fb leh temukan kawan yg dah lama terpisah...tapi fb im utk suka2 je haha...

Cinda... said...

hahaha... sy dah ucap welcome kat FB..
kat sini sy nak cakap.. tahniah sebab dah ada FB.

:D gande usha utk lebih mengupdate FB..