BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 18 November 2009

Indecisive Husband

Lumrah dalam rumah tangga, suami sebagai ketua memainkan peranan yang besar dalam membuat keputusan bagi keluarganya. Tapi aku pasti sangat, ramai antara isteri2 di luar sana yg mempunyai suami yang lebih selesa membiarkan si isteri untuk membuat keputusan. Tak kisah la keputusan tu sekecil nak beli kicap jenama Kipas Udang atau Jalen ataupun sebesar nak beli rumah kat area mana dan sebagainya.


Aku dan encik husband sejak dari zaman berpacaran (cewah) dulu memang aku aje yang banyak buat keputusan. Bagi setengah orang yang tak memahami, mungkin dia akan cop kita sebagai queen control. Tapi yang sebetulnya, kita buat keputusan kerana suami kita lebih selesa mengikut keputusan yang kita buat. Kalau ditanya jawapan standard adalah "ikut suka ayang la", "abang ikut je" tak pun "ok gak tu".

Tapi takdelah 100% keputusan aku yang buat. Ada certain things kalau dia tak setuju dia akan beritahu gak la. Beberapa contoh masa aku buat keputusan nak hantar naufal ke taska. Encik husband tak setuju sebab baginya Naufal masih tak ready. Satu lagi keputusan masa aku setuju utk resign kerja dan ikut dia ke tempat lain, itupun dia tak setuju sebab dia tak nak aku buat something yg bukan "kepakaran" aku.

Jadi, aku dapat simpulkan kalau keputusan tu melibatkan perkara2 besar/masa depan encik husband akan "bersuara". Selebihnya dia prefer aku yang buat, takpun dia memang sekepala dengan aku. Apa saja keputusan yang aku buat kebetulan memang adalah apa yang dia nak.

However, bagi aku ia masih tak mencukupi sebab bagi aku macam aku lak yang menggalas tanggungjawab utk berfikir dan buat keputusan walaupun ada gak sesi berbincang dan berbalas pandangan. Cuma in the end, aku gak yang akan buat keputusan (most of it).

Persoalannya sekarang, macam mana nak bagi suami kita menjadi lebih "agresif" dalam membuat keputusan? Kongsi-kongsikanlah bagi yang sudi....


6 comments:

izzahazfar said...

emm...bab buat keputusan ni...kekadang hubby zah ngikut aje...tp kami banyak berbincang sebelum sesuatu keputusan diambil..

kalau zah...zah suka cara skrg...hehehe..mcm queen control lak ye...sebab pada zah...walau zah yg buat keputusan...tp sebenarnya itu keputusan bersama...kerna kami berdua biasanya fikir benda yg sama..huhuhu

Cikpid said...

owh..bab kicap dirumah..sy mahu kicap jalen..tapi husband nk kicap kipas udang juga..jadi ken ikut cakap die.

mostly husband kalo ade ape2 die akan ajak berbncg..sy akan bg pndapat dan keputusan di tgn die..

utk akak sy sarankan bile ade isu..jwpn akak adalah "ikut abg laa.."..buat mcm die jugak..hahahha

siti noriza saleh said...

siti selalu buat mcm cik pid....cthnyer; minggu ni nak balik kota tak"...dia akan jwb"sukati ayglah"..then kita snyap sehari or tunggu dia tanya...bila dia tanya, bals balik "ikut abglah"..he he he...dan kkdg tanya dia, nak beli lauk aper?..kalau dia kata, ikut ayglah. siti beli je ayam...ha ha ha...sbb dia mesti boring...lain kali, bila kita tanya, dia mesti ckp, beli ikan bolh juga,,.,,,hik hik hik...

ada part, kita leh wat kptsn sndiri sbb lelaki ni mals nak pkr bnda remeh temeh,,tapi, bila mmababitkan masa depan, lelaki ni berpkr panjang.....

Elyn Sani said...

hidup berumahtangga, communication tu yg penting. kalo tak berbincang.... mcm2 hal bule jadi kan!!

BabyIntan said...

Muah ha ha...tak boleh jawab soalan yatie tu cozzzzzzz my hubby pon sama mcm yatie punya gak...muah ha ha :D

maya amir said...

kene kat aku nmpknye entry ni