Susulan daripada entry kat blog Queens aka Tiara berkenaan anaknya Ayra yg dah ringan dan "tembam-no-more". Aku pun terpanggil nak buat entry luahan rasa yg lebih kurang sama.
Termasuk hari ni, dah hampir sepuluh hari naufal tak makan apa2. Aku buat bubur diluahkan semula, bagi roti favourite dimuntahkan balik, bagi makan biskut atau nugget dicampak dan dipijak!!! Mak tension nyaaaahhh...Makin hari makin kurus lak aku tengok dia. Bila baring nampak tulang rusuk dia yang dah macam gitar tu...Penat aku bangun pagi2 seawal 5.30am utk buat bubur atau sup bekalan ke rumah BS dia. Bila petang amik Naufal dan tanya makcik tu Naufal makan tak. Dia kata langsung takmo jamah. Sedihnya dengar...huhuuu..
Kelmarin dia demam, aku syak sebab dia tak makan so menyebabkan dia kekurangan nutrien dlm badan membuatkan dia dah tak immune terhadap kuman/virus di sekelilingnya. But at the same time, air liur dia meleleh aje...n ak tumbuh gigi kot?!!? Tapi tak nampak gusi dia bengkak pun?! Aku harap sangat kerana nak tumbuh gigi. Bila giginya dah keluar...selera dia akan datang semula...harap2 laaa...
Sungguhpun gitu orangnya masih ligat dan aktif. Projek "mengemas" rumah tetap berjalan seperti biasa..meninggalkan jejaknya disana sini. Membuatkan Umminya sekali sekala menjadik singa....adoiiiilah anak aku nan sorang tu. Sabor je lah...
Kat blog Queens tu ada org cadang tukar susu. Kalaulah Naufal ni tak alah susu lembu, aku pun terpikir nak tukar. Masalahnya dia cuma serasi soy based milk aje. Kalau bagi minum susu lembu nanti dia akan muntah dan mula tumbuh ruam gatal2...padan muka aku sebab cepat sangat stopkan BF Naufal....
Kat bawah ni aku tunjukkan dua gambar Naufal (dulu dan sekarang) untuk tunjukkan perbezaannya. Rindunya nak gomol Naufal masa dia debabs dulu tu...
Naufal yg terbaru. Noticed tak tangan dia kat belakang? Dia tengah garu bontot!! Satu habit yg takleh dibuang..heheee..
Dan ini masa Naufal berumur 6 bulan...bila buat chek u p kat klinik masa tu dah masuk kategori obese. Berkat bagi susu ibu agaknya (tapi dah mula topup formula sebab bekalan EBM tak cukup). Blm bagi makan solid food sepenuhnya pun masa ni (gambar kurang memuaskan akibat memakai henpon usang zaman pra sejarah)
So, kepada Queens aka Tiara....you are not alone! Akak pun rasa apa yg kau rasa. Sedih tengok anak yg dah tak setembam dulu....huhuuuuu...Tak pelah, asalkan dia membesar jadik budak bijak dan sihat cukuplah kan....
Menuntut Ilmu Jalan Mudah Menuju Syurga
-
Dari Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَه...
2 days ago
7 comments:
mmg bam-bam yer Naufal dulu2..cam nak peluk2 jer..jauh beza dgn yg sekarang kan.. kita sbg Ibu ni mmg cepat risau bila anak tak mo mkn..saya pun sama.. tp tak tau nak buat cam na dah.. dah tukar resepi..dah bagi mknanan febret dia mula2 dulu2 pun-tak mau gak..sudahnya..semua ke bakul sampah je lah.. nak bg appeton..cam risau je sbb lum 1 thn..Naufal dah try mkn appeton (yg penambah selera mkn) dah lum?
sabar dan ++ usaha lg lah yer kita pas ni nak kasi anak mau mkn..
Laaa sianyer naufal tak nak mamam ye. Cube bg appeton coz arissa pon intan bg appeton for infant since dia 7 months so dr kurang selera adelah naik sikit selera dia...sikit pon oklah dari tak masuk langsung.
Makanlah sikit sayang, sian kat mummy tu...risau dia ;)
kak..bambam nya naufal ms tecik2 tak muat longbath dia hi hi hih i... huhuhu kita serupa..tapi kak if naufal x mo makan langsung.. bw gi paed lar kak check..sebab ayra dulu dia x mo makan bubur..then ingat bubur tu saya msk tak sedap..
tpai terdetik hati bw gi klinik.tetengok tekak dia merah..so dia nk telan sakit..
tonsil dia memerah..
hmm..risau kan kak..tapi tiara bet naufal mesti melasak ya amat nih..akak pun mesti kurus giler kan??
sila tepek gambar akak sekrang lalalalalalalaa
tak pe kak ti...baby mmg camtu...ada masanyer dia tak kosa nak makn..adakalanyer dia trlbh2 nak makan...mcm masa mia tumbuh gigi geraham bwh tu, dia punyerlah tak nak mkan....buat derk je bila sua mkanan depan dia.....ada gaklah dkt 2 minggu...kaka nursery tu pun dah risau....tapi, seminggu ni, peh,,,,balik je dr nursery, mesti dia cari tin biskut atau minta roti....siap tanya lagi...mia lapo eh...ha;ah....nanti kita makan, dia pun mkan...mcm pg tadi, pagi2 dia minta roti ngn buahan....takper, yg penting dia tak lemah...kalau nampak dia lemah tu, mmglah ada something wrong some way....
Ibuarifa & Intan,
Appeton blum cuba lagi sbb masa gi pharmacy hari tu dia takde stok appeton. Yg ada cuma brand 21st century tapi naufal takmo makan sbb masam perisa oren. Nanti nak cuba gak carik.....
Queens,
Tak terpikir lak ada problem lain....ingatkan 'musim' takmo makan ataupun sakit nak tumbuh gigi...harus aku bawak gi paed dia ni....
Kurus?!!? jauh sekali...lemak2 naufal transfer ke ummi dia...heheeee....
Siti,
Mia memg dari kecik suka makan kan....naufal ni dari kecik agak fussy memilih makanan...dah la ummi dia tak pandai masak...Tapi sib baik dia tak lemah..kalau tak lagi risau aku ni...
tembam yer naufal!!!!! budak2 mmg gitu ke ade masa x lalu nk makan?? risau je kalo satu ari terkena cam tu. tp ni pun wafiq dh ala2 x lalau sgt nk mkn..... adeh!!
Elyn,
memang kekadg ada "timing" dia lari sikit....tapi selalunya tak berpanjangan. Yg buat aku risausi Naufal ni dah dekat 2 minggu takmo makan....huhuuuu...Harap2 Wafiq tak mcm tu....
Post a Comment