BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 24 February 2011

Slowing down ~

Cer citer sikit apa situasi terkini aku sekarang ni….

 

Bermula lepas cuti CNY hari tu, company tempat aku kerja telah memblock ‘komen’ kat blog.  Sediiihhhh….!!!!  Aku cuma dapat baca entry dan tengok gambar SAHAJA.  Geram tau, kekadang tu naaaakkk sgt drop komen kat entry orang tapi apakan daya, aku cuma dapat menjadik pembaca ‘bisu’.  Kalau dulu, sekalipun aku malas nak upkan entry, at least aku masih mengomen kat blog orang.  Sekarang ni, nak tunggu weekend utk update blog pun tak tentu lagi aku boleh online sebab kekadang weekend aku ni suka berjalan tak pun balik umah MIL yang mana line tenet tersangatlaaaaa lembab!

 

So, kesimpulannya sekarang aku ingat nak slow down sikit aktiviti blogging ni.  Blogwalking tetap boleh dibuat during weekdays kat opis sambil lunch kat meja.  Harap2 kawan2 lain boleh faham situasi aku sekarang ni (ada ke yang pedulik?!?!)

 

p/s : ingat nak terminate line berubkand ma.xis laaaa….rasa sia-sia jek bayar monthly RM108 tapi cuma online tak sampai 50jam sebulan.  Laptop aku masih dlm condition baru tauuuuu….akibat jarang bukak jugak.  Nasib baik aku blogging bukan kerana duit.  Kalau tak mesti stress sebab takde income…..kekekekkk…

 

Wednesday 23 February 2011

Wordless Wednesday



Wednesday 16 February 2011

Wordless Wednesday

Wednesday 9 February 2011

Wordless Wednesday

Tuesday 8 February 2011

Sampai hati anaknya! ~ Ibu 70 tahun dibiar bogel di rumah usang

Got this from e-mail.  Harap2 gambar yang keluar kat sini elok (entry ni publish via e-mail aje), sebab aku try nak save gambar asal tak boleh.  Terpaksa copy dan paste kat paint dan save lagi sekali.  Software dan website kat company limited….maklumlah, bukan harta peribadi : )

 

Ni antara isi kandungan e-mail yang aku dapat.  Semoga kita mendapat iktibar darinya.  Selalu-selalu lah ingatkan diri sendiri supaya kita tak buat parents kita mcm ni….mana tau esok-esok anak kita lak buat kat kita balik. Nauzubillah!

 

p/s : terpikir jugak, apa peranan jiran sekeliling?  Takkan nak tunggu wartawan datang baru nak ‘bersuara’?

 

 

**********************************************************************************

ALOR GAJAH: Seorang ibu  berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di  sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai  ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini  didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian,  manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau  busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60,  berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal  seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau  beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan,  minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini  berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi  kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan  penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan  berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus  menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita  itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya  selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah  bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat  maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak  berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang  sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan  dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua  ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan  termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus,"  katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah  kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak,  manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.  

 

 

Saturday 5 February 2011

My celebrity crushes

Masa aku membesar, banyak kali aku jatuh cinta pada actors/celebrities. Asal hensem dan berdahi licin aje aku akan jatuh chenta! Boleh dikatakan gedik gak lah aku ni....hihihiii...

Seingat aku, seawal masa sekolah rendah aku dah mula angau dengan beberapa aktor. Di antaranya :

Tom Cruise dalam cerita Top Gun. Yes, masa tu dia adalah antara jejaka terhangat kat Hollywood. Lepas tengok citer tu, terus berangan nak kawin dengan jejaka TUDM yg bawak MIG. Hahahaa...angan2 tinggi betul! Kalau aku taulah si Tom Cruise ni berbangsa Yahudi, mungkin taklah minat sangat masa tu agaknya.

Untuk aktor tempatan lak aku minat si Faizal Hussein ni, to be specific dalam citer Gila Gila Remaja. Konon2 macam cool lah dia masa tu. Ala2 notti boy (tapi bijak), jalan lak terhenjut2 macam kat kasut tu ada spring. Ingat lagi, abang2 sekolah menengah pada masa tu pun buat ala2 rambut mcm dia dan jalan henjut2 macam kaki ada spring. Cehhhh....loya pulak tekak ni!

Bila dah mula nak masuk sekolah menengah (early 90's), aku gila sangat kat New Kids On The Block ni. Waaaahh, fanatik sangat especially kat si Joey tu. Tah apa yang ada kat si muka jambu tu pun tak tau laaaa....Hampir semua lagu diaorg aku hafal, siap buat buku scrap pasal depa ni. Bila difikir2kan buang masa dan tenaga jek dok 'puja' diaorang ni. Study lagi bagus.


Remember Beverly Hills 90210?! Luke Perry adalah pojaan hatiku masa tu, yg sorang lagi jambu sangat so tak berapa minat....apa ye nama dia pun dah lupa. Pendapat aku, citer tu macam kureng seswei la tunjuk sebab banyak sangat tunjuk adegan2 yg tak sepatutnya kat remaja masa tu (party, kissing etc...).

Oh tidakkk.....Keany Reeves dalam citer Speed pun buat hatiku dup-dap-dup-dap tak bisa tido malam (masa itu ya!). Hebat betul dapat kawal bas....tanpe berpeluh2 dan masih maintain cool dah hensem. Cair! By the way, baru2 ni aku nampak gambar dia kat bungkusan nasi lemak. Sudah tidak hensem, dan sangat serabai ok!



Group Take That! New Kids dah 'mampos' masa tu. Sekitar tahun 1995 grup ni memang naik sangat. Aku fanatik kat si Robbie William tu....walaupun perangai dia sedikit pelik. Lagu2 diaorg best-best. Di samping kumpul soalan2 latih tubi untuk SPM, aku dok kumpul poster depa gak. Sekolah all girls pulak tu, lagi senang dan banyak sumber. Semua fanatik...lepas study rumah siapa2 pastu sambung tengok video konsert grup ni. Sanggup kumpul duit beli majalah Smash Hits, Galaxi etc....beli gilir2 pastu tukar -tukar baca and drooling over them ; )

Masa kat U pulak....minat kat Leonardo Dicaprio ni. Semua gara-gara citer Titanic ~ U jump I jump gitu haaaaa.....! So romatic....Konon2 kerana cinta sanggup berkorban nyawa la tu. Bila diingat2 balik malunya menangis2 sampai bengkak mata dan berhingus2 kat panggung wayang. Sib baik bukan pergi dengan pakwe...hahahaa.... Lepas tengok citer Titanic tu, asyiklaaa dok ulang lagu Celine Dion pastu terbayang2 pengorbanan Jack dalam air sejuk tu...kekekekeekkkk....

Siapa kata aku tak minat pelakon tempatan?! Hans Isaac di antara yang aku minat. Tengok gambar kat atas tu......grrrrrr....awwmmmm!

Tak lupa jugak kat Hero Tua Malaya ~ Rosyam Noor! Satu ketika dulu memang minat dia ni. Walaupun dia jadik si jahat Castello!

Rasanya cukuplah takat ni. Kalau nak bercerita lagi, memang panjang listnya. Tapi kebanyakan artists yang aku mention di atas, rasanya takleh lawan kehenseman jejaka kat bawah ni :

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yup! Dato' Jins Shamsudin pada pendapat aku masih hensem dan kelihatan berkarisma walaupun dah mencecah usia emasnya. Nampak smart dan bergaya aje ; )

So, siapa celebrity crush korang masa muda-muda dulu?

*all pic googled