BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 8 February 2011

Sampai hati anaknya! ~ Ibu 70 tahun dibiar bogel di rumah usang

Got this from e-mail.  Harap2 gambar yang keluar kat sini elok (entry ni publish via e-mail aje), sebab aku try nak save gambar asal tak boleh.  Terpaksa copy dan paste kat paint dan save lagi sekali.  Software dan website kat company limited….maklumlah, bukan harta peribadi : )

 

Ni antara isi kandungan e-mail yang aku dapat.  Semoga kita mendapat iktibar darinya.  Selalu-selalu lah ingatkan diri sendiri supaya kita tak buat parents kita mcm ni….mana tau esok-esok anak kita lak buat kat kita balik. Nauzubillah!

 

p/s : terpikir jugak, apa peranan jiran sekeliling?  Takkan nak tunggu wartawan datang baru nak ‘bersuara’?

 

 

**********************************************************************************

ALOR GAJAH: Seorang ibu  berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di  sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai  ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini  didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian,  manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau  busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60,  berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal  seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau  beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan,  minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini  berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi  kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan  penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan  berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus  menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita  itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya  selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah  bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat  maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak  berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang  sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan  dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua  ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan  termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus,"  katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah  kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak,  manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.  

 

 

5 comments:

ibu_Arifa said...

kesiannyer...ingatkan kes/cerita kat luar negara..tup2 kat Melaka jer.. sampai jd mcm tu kat makcik tu...kesiannyer nasib dia :(

Lily@MamaZaraZareef said...

alahaiiiii..apelah malangnye nasib makcik tuh..pelik gak ngan anak die..dok ulang alik bagi makanan tapi tkde terpikir ker nk bersihkan mak die sume tuh..huhu

Pija Madzlan said...

anak dia itu syaitan ataukah manusia...tiba2 pagi ni rasa nak kata orang bengong!

Elyn Sani said...

aduh.... kesian nyer. tak kan la anak die bule biarkan je mak die camtu?

YatieJay said...

ibu_Arifa,
Nampaknya org kita pun dah mula jadik tak berperikemanusiaan..huhuuu..

Lily,
Kecik2 dulu mak dia boleh bersihkan kencing berak dia, bila dah besar berakal tak boleh pulak anak dia buat benda yg sama kat mak dia kan?

Sitisifir,
Manusia bertopengkan syaitan. Harap2 dia cepat sedar, sementara mak dia masih ada kat dunia ni. Esok dah takde, tak sempat lagi nak berbakti kan?

Elyn,
Masa mula2 dapat email ni, rasa tak caya dan sedih sgt : (