BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 22 March 2011

Mari Berkenalan Dengan Encik Rotavirus

Seperti yang dijanjikan (walaupun mungkin korang tak pedulik pun : P), di bawah adalah beberapa info berkenaan Rotavirus.

 

Apa itu Rotavirus?

Takyah la cerita in details menda2 saintifik tu ya…Yang aku tau, rotavirus ni sangat common dan kerap menyerang bebudak di bawah umur 5 tahun.  Ia penyebab utama terjadinya cirit birit yang teruk akibat dari infection (rotavirus gastroenteritis….ceh, nama canggih gila, tapi jahat!)


Walaupun jarang terjadinya kematian akibat virus ni kat Malaysia, tapi ia telah menyebabkan kematian kepada lebih dari setengah juta penduduk seluruh dunia especially kat negara2 membangun.  Yelah, kat setengah negara nak dapatkan nutritious foods agak sukar, apatah lagi diaorg punya medical necessities yang tak selengkap kita. 

 

 

Tanda-tanda anak anda diserang Rotavirus

Anak2 akan cirit birit, sakit perut,  loya2 dan muntah2.  Macam kes naufal, demam datang kemudian.  Doktor kata, ada budak dia akan demam dulu diikuti dgn cirit birit dan muntah2.    Cirit biritnya akan bertukar kepada air semata2.  Senang kata, bukan najis yg keluar….tapi macam air paip!  Kesan dari cirt birit dan muntah yang berterusan, kanak-kanak akan mula dehydrated.  Haaaaa….tang ni yang bahaya.  Kalau kita tak control dehydration dia, boleh menyebabkan kematian tau!  Antara tanda-tanda anak kita dehydrated :

 

Irritability (Mudah marah/mengamuk)

Restless (Gelisah)

Lethargic  (Lesu/tak bermaya)

Mata yang kedalam

Mulut dan lidah yg kering

Kurang kencing (naufal tak kencing more than 12 hours!)

 

Boleh baca dgn lebih terperinci kat sini on how to check/test your child’s dehydration sympthom…ada skin turgor test, capillary refill test etc….Masa naufal jumpa doctor Ismail, dia buat turgor test ~ cubit kulit perut dan tengok how fast isi dia ‘balik’ ke tempat asal.  Camtulah lebih kurang yg aku tau (aku buat research dulu, tu yg tau apa doctor tu buat…heheeee)

 

Macam mana ia merebak?

Virus ni merebak melalui najis orang yang dah kena jangkit (wlpn sblm dia menunjukkan tanda2 kena rotavirus ni).  Budak2 kan suka masukkan tangan kat mulut.   Lepas dia dah pegang benda2 yang dah kena contamination oleh virus ni, pastu makan atau masuk jari ke mulut…tu yg boleh jangkit.  Kalau basuh tangan tak bersih pun boleh jangkit gak.

 

Mereka yang kerja kat tempat2 mcm hospital, taska, tadika lagi mudah menyebarkan virus ni especially kalau tak cuci tangan bersih2 lepas ke toilet atau tukar diaper budak2 (pssst….cikgu naufal pun ada yg kena cirit birit hari tu!).  Kunci utama kat sini adalah KEBERSIHAN.

 

 

Camne nak elakkan dari kena virus ni?

Ada vaksin, malangnya vaksin ni hanya untuk baby di bawah 6 bulan.  Naufal dah lama ketinggalan keretapi akibat parents dia yg kurang aware dan diberitahu pasal vaksin ni.  Apa nama vaksin tu aku tak pasti lak.  Boleh tanya paed anak korang jek.

 

Owhhh…lagi sekali : Kunci utama adalah KEBERSIHAN.

 

 

Professional Treatment

Macam Naufal, masuk hari ke-3 takde tanda2 nak baik aku bawak jumpa paed dia.  Terus kena masuk ward sebab dah mula dehydrated.  Masuk IV fluids memandangkan apa saja yg diminum akan keluar balik.  Air garam langsung takmo minum, apatah lagi 100 plus.  3 bag jugak hari tu…

 

Oh ya, untuk confirmkan yang main culprit adalah rotavirus, doctor akan mintak sampel air kencing dgn najis anak.  So pandai2 lah pikirkan cara untuk amik sampel tu.  Masa Naufal hari tu, time nak mandikan dia kencing dan terberak sekali.  Tak sempat mak nak tadahhhhhh….terpaksa scoop it dari lantai toilet jek…eeeeewwwww…..

 

 

Home Treatment

Kalau ikut nasihat doctor, kasik minum air garam atau 100plus secara berkala (sikit2 tapi kerap).  Air buah2an dan soft drinks perlu dielakkan sama sekali sebab boleh menyebabkan diarrhea makin teruk.  Makan lak boleh teruskan mcm biasa.  Yang BF pun boleh teruskan mcm biasa.

 

Kanak2 yang muntah2, perlu diberi makan sikit2 tapi kerap.  Ikut nasihat doctor, dan elakkan beli ubat2 sendiri dari farmasi.  Korang bukan doctor….nanti salah ubat sendiri susah pulak!  Unless doctor yang recommend certain ubat utk dibeli sendiri.

 

Lupa pulak.  Susu sama sekali tak dibenarkan minum….hatta soya sekalipun!  Kesian sgt kat Naufal yang kegianan nak susu tapi takleh minum.  Sampai akak kat katil sebelah datang pujuk sebab kesian dengar dia merayu nak susu malam2.  Aku yg ‘degil’ ni, sebab tak sampai hati dengar dia merayu2 buat gak susu dlm 4oz cair2.  Alahai, tak sampai 10 minit keluar balik semuanya.  Kekantoian di situ…..tak pasal2 nurse tau aku dah langgar pantang! Heheeee…

 

 

Itu sajalah serba sedikit yang aku boleh share.  Thank’s God, the ordeal is over!  Tak sanggup tengok Naufal hadapi sakit ni, walaupun utk 10 minit sekalipun.  Kesiannnn…sampai melepek budak tu.  Dah tak ceria mcm biasa.  Tapi secara tak langsung dah dapat pengajaran.  Harap taska dia pun dapat pengajaran, sebab ramai gak bebudak lain (sblm dan selepas) Naufal kena.  Even sorang cikgu yg tengah preggy pun kena!

 

 

Sumber information di atas : http://kidshealth.org/parent/infections/stomach/rotavirus.html

 

(Aku translate lebih kurang, pastu tambah perisa dgn cerita pengalaman sendiri.  Kalau salah translate tu…mintak maaf lah ye.  Aku dah try double dan triple check sblm publish entry ni)

 

7 comments:

siti noriza saleh said...

ha;ah ek..teringt doc ckp,,,kalau bby or budak mula cirit birit, dia soh stop susu...x kisahlah susu apa....so, masa mia kene cirit brit je, ct soh bbster jgn kasi susu kt mia....milo o je...nampak ok...tplah k,.ti...anak2 ct ni bila sakit lain patern ckt arr...ttp aktif...doc pun pelik nak thn wad ke tak....still boleh larik2...hu hu hu

Syahida said...

wow! sangat informatif...bagus.bagus...ibu2 skrang kna byk ilmu...good sharing! :)

maya amir said...

walaupun aku penah face mende ni tetap berguna utk aku:)thanks for sharing beb..

Cinda... said...

lame dah x jengah ... so naufal sihat kan skang???

YatieJay said...

Siti,
Masa naufal kena rotavirus ni pun, bila jumpa doktor nampak ceria aje. Seronok agaknya org ambik tau pasal dia

Syahida,
Blog akak laaaagi bnyk info sharing ; )

Maya,
Aku first tau pasal rotavirus pun masa airell kena dulu. Kalau tak, langsung tak tau apa..

Cinda,
Alhamdulillah, lepas seminggu dia pulih sepenuhnya : )

ibu_Arifa said...

moga tak berulang lagi lah kan kak. mintak2 di jauhkan lah..

Pija Madzlan said...

Selalunya kalau ada kes rotavirus ni, mesti kena secara berjemaah dalam satu keluarga tu ke tak ek??