BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 14 March 2011

Rotavirus - merasa jugak lah Naufal

Confirmed!

Selama ni dok dengar atau baca anak orang kena rotavirus. Yang aku tau, anak yang terkena tu akan cirit birit dan muntah2 dengan teruk. Malangnya, vaksin utk prevent penyakit ni hanya utk baby di bawah 6 bulan aje. Naufal dah terlepas......laaaama dulu! The best yang aku boleh buat adalah prevent dengan cara jaga kebersihan kat rumah dan luar (cuba ya....walaupun bukan 100%)

Tapi, mimpi ngeri aku terjadik jugak akhir bulan Feb yang lepas. Ye lah, anak kita tu bukan patung yang boleh disimpan dalam kotak aje. Dia kan bebas bergerak, pergi taska, pergi shopping complex, jumpa orang ramai etc....suka atau tak, kemungkinan in-contact dengan virus ni adalah tinggi.

First cirit birit dia lewat petang Sabtu 26-Feb lepas balik kenduri kawin anak sedara kawan aku. Aku terus tuduh telur pindang yg Naufal makan (sebab dia tak jamah langsung lauk kenduri). Bila dah menjelang malam dia start muntah2 lak + cirit birit. Apa saja yang dia makan dan minum akan keluar balik. Tengah malam pun sama.....elok2 tengah tido tiba2 termuntah. Habis semua keluar....sampai ke asid perut yg kuning tu. Kesian sangat! Kencing pun kurang sangat. Bayangkanlah, dari petang lepas mandi sampai ke esok pagi diaper dia tak basah langsung (unless dia terberak).

Ubat doktor yg pertama tak memberi kesan, aku pergi 2nd doktor for 2nd opinion the next day. Dia tak bagi ubat pun, suruh sambung ubat doktor yg first tu. Sepanjang hari kedua Naufal masih muntah2 dan berak2. Malam worse....sebab dia minum susu (satu kemestian masa tidur). Aku dan encik nazir masih anggap ni kes cirit birit biasa...langsung tak terfikir sijahat rotavirus ni. BTW, Naufal minum susu soya so pada pendapat kami kalau cirit birit takpe minum soya.

Masuk hari ketiga (by this time Naufal dah tak berapa ceria dan aktif) aku pergi jumpa doktor yang pertama terus mintak surat refer tu paed Naufal. Doktor Ismail tengok naufal, cubit perut dia sikit pastu terus cakap "ni kena masuk wad. Nampak tanda2 dah mula dehydrated". Perghhhh....aku rasa sangat lega ok! Sebab kat rumah dah tak tau nak buat apa. Aku memang risau sangat kalau dia dehydrated. Pada pemikiran aku, kalau dia masuk wad doktor boleh masuk air. It's the best for Naufal. Walaupun mungkin leceh utk aku dan encik Nazir sebab Kulai-Larkin adalah agak jauh untuk berulang. Demi anak.......takpelah!


Gambar ni masa mula-mula sampai. Encik Nazir tengah pujuk Naufal yg nampak cuak dan ketakutan sebab berada kat tempat asing. Mungkin dia lupa, ini bukan pengalaman pertama masuk wad sebab yg dulu tu dia kecik lagi. Tapi yg bagusnya, kali ni masa cucuk jarum kat tangan dia tak nangis langsung. Bila dah selesai semuanya, siap boleh cakap dengan nurse "Naufal kuat macam Ben10 kan?"....hahahaa....termakan jugak dia akan pujukan aku kat luar sebelum tu.


Tak lama lepas encik nazir balik untuk amik barang2 aku, dia tertido. Kesian sangat tengok dia masa ni. Sayu hati aku.....huhuuuuuu.....


Bosan-bosan masa Naufal tido, aku tengok tv wlpn setiap cerita tu tak 'masuk' dlm kepala pun. Pada pendapat aku, sebenarnya tak perlu disediakan tv kat setiap katil mcm ni. Sebab ada satu bilik ni, aku dengar dia bukak tv sampai ke bilik Naufal boleh dengar. Tak sensitive langsung la diaorg ni. Kan ramai org sakit kat situ....considerate lah sikit!


Malam pertama kat sana. Oh ya, ultraman turut sama datang memberi semangat untuk Naufal...heheheee....(cadar pink you! Tak macho anak I)

Ni jiran Naufal. Budak ni pun sama kes - rotavirus. Punyalah dia berdua ngam, terpaksa dekatkan katil supaya diaorg boleh 'bersembang'. Tapi 'akak' ni sehari dah boleh balik sebab senang nak minum air 100 plus tu. Naufal ni tak biasa diberi air bergas, so agak struggle nak paksa dia minum. Nasihat doktor, yang penting kena kasik dia minum 100 plus secara konsisten. Akhirnya, aku dapat idea kasik minum pakai syringe tu...sikit2 setiap 15 minit.

Asalnya doktor predict warded untuk sehari aje, tapi disebabkan masih tak 100% sembuh (sebab masih ada cirit-birit wlpn muntah dah berkurang) Naufal kena sambung sehari lagi dok wad for observation. Malam kedua encik nazir pun stay sama2 sebab esoknya aku pergi kerja half day....terpaksa pergi sebab dah takde cuti dan kena jaga attendance sebab aku blm confirm lagi beb! Nasib baik encik nazir memahami.

Ok, untuk next entry aku cadang nak share info pasal rotavirus ni. Juga untuk notes aku in future. Ataupun korang leh aje google....heheeee.......(sebab nak tunggu makcik yatie ni online, boleh jadik berkurun jugak!)

8 comments:

nurHeart said...

hiba tgk bila ank sakit kan.. alya pun penah warded - sbb denggi, tuhan aja yg tau rasa hati ni bila nmpak darah kering ada kt hidung dia, nasib baik xde apa2, dia pun x reti minum 100 plus, cuma minum susu & air masak + tmbah air, alhamdulillah discharge after 3 days.. kejadian blaku tepat2 sebulan slpas mama dia warded also sbb denggi..

maya amir said...

cool gila naufal tak nangis (ok, yatie, die masuk darjah 1 nanti ko takyah risau).. airell melalak2, sampai kene balut kat cadar katil, guna cadar 3 lapis ok?...samapi dr ismail ckp, ini budak sgt ganas.. ko imagine, yg die dok melepek muntah2 berak2, tapi bile dr & nurse pegang, die leh ade tenaga... gile penakut org betul!!! mase nak cucuk, sambil nangis2 melalak2 tu, aku dengor die tanye dr "tu ape tu? tu ape tu?" adehhhh,,sempat tanye plak tu...

MamaChia said...

Kasihan Naufal..yang penting sdh sihat..tulah kan kita ni kira dah jaga anak kita 100% ..Tapi budak2 badan dorang belum kuat menentang penyakit..akak bagi anak2 minum scott's emulsion, syukurlah anak2 jarang sakit..

Syahida said...

Alhamdulillah naufal dah sihat. shooooohhh sama itu rotavirus..mesti serik kan? Mintak dijauhkan anak2 kita drpd segala penyakit.Amin

Intan said...

Syukur sgt kan bila anak kita dah sihat kembali...tapi bila diorang sakit Tuhan je tau apa yg kita rasa.

Tapi cayalah naufal! Kuat mcm Ben10 tuuu :D

YatieJay said...

nurHeart,
Aduh, penatnya kalau yatie di tempat fidah. Lepas kita sakit, anak kita lak amik turn.

Maya,
Hahahaaa....airell menggunakan 'survival skill' utk elakkan diri dicucuk sebab tu tetiba jek ada tenaga utk melawan. Comel betul...apa tu-apa tu...

mamaChia,
Anak saya tak suka scott emulsion tu. Tapi saya dah mula paksa dia minum pakai syringe. Wlpn dia jerit2 takmo...

YatieJay said...

Syahida,
Sangat serik kakkkk.....sampai sekarang saya wonder sapalah yg bawak sakit tu ke taska samapi cikgu2 pun ada yg kena

Intan,
Ben10 tu idola dia sekarang ni. Ultraman jatuh ke tempat kedua sekarang...heheee....

ibu_Arifa said...

kasihanyer kat Naufal..cam manalah leh kena rotavirus pulak kan.. next baby nnt sure kak yati tak akan lepas vaksin yg 'extra' dan berbayar ni kan..saya dulu ambik juga..w/pun baru tau kewujudan extra vaksin ni masa dalila dah 8 bulan.