Masa aku membesar, banyak kali aku jatuh cinta pada actors/celebrities. Asal hensem dan berdahi licin aje aku akan jatuh chenta! Boleh dikatakan gedik gak lah aku ni....hihihiii...
Seingat aku, seawal masa sekolah rendah aku dah mula angau dengan beberapa aktor. Di antaranya :
Tom Cruise dalam cerita Top Gun. Yes, masa tu dia adalah antara jejaka terhangat kat Hollywood. Lepas tengok citer tu, terus berangan nak kawin dengan jejaka TUDM yg bawak MIG. Hahahaa...angan2 tinggi betul! Kalau aku taulah si Tom Cruise ni berbangsa Yahudi, mungkin taklah minat sangat masa tu agaknya.
Untuk aktor tempatan lak aku minat si Faizal Hussein ni, to be specific dalam citer Gila Gila Remaja. Konon2 macam cool lah dia masa tu. Ala2 notti boy (tapi bijak), jalan lak terhenjut2 macam kat kasut tu ada spring. Ingat lagi, abang2 sekolah menengah pada masa tu pun buat ala2 rambut mcm dia dan jalan henjut2 macam kaki ada spring. Cehhhh....loya pulak tekak ni!
Bila dah mula nak masuk sekolah menengah (early 90's), aku gila sangat kat New Kids On The Block ni. Waaaahh, fanatik sangat especially kat si Joey tu. Tah apa yang ada kat si muka jambu tu pun tak tau laaaa....Hampir semua lagu diaorg aku hafal, siap buat buku scrap pasal depa ni. Bila difikir2kan buang masa dan tenaga jek dok 'puja' diaorang ni. Study lagi bagus.

Remember Beverly Hills 90210?! Luke Perry adalah pojaan hatiku masa tu, yg sorang lagi jambu sangat so tak berapa minat....apa ye nama dia pun dah lupa. Pendapat aku, citer tu macam kureng seswei la tunjuk sebab banyak sangat tunjuk adegan2 yg tak sepatutnya kat remaja masa tu (party, kissing etc...).
Oh tidakkk.....Keany Reeves dalam citer Speed pun buat hatiku dup-dap-dup-dap tak bisa tido malam (masa itu ya!). Hebat betul dapat kawal bas....tanpe berpeluh2 dan masih maintain cool dah hensem. Cair! By the way, baru2 ni aku nampak gambar dia kat bungkusan nasi lemak. Sudah tidak hensem, dan sangat serabai ok!
Group Take That! New Kids dah 'mampos' masa tu. Sekitar tahun 1995 grup ni memang naik sangat. Aku fanatik kat si Robbie William tu....walaupun perangai dia sedikit pelik. Lagu2 diaorg best-best. Di samping kumpul soalan2 latih tubi untuk SPM, aku dok kumpul poster depa gak. Sekolah all girls pulak tu, lagi senang dan banyak sumber. Semua fanatik...lepas study rumah siapa2 pastu sambung tengok video konsert grup ni. Sanggup kumpul duit beli majalah Smash Hits, Galaxi etc....beli gilir2 pastu tukar -tukar baca and drooling over them ; )
Masa kat U pulak....minat kat Leonardo Dicaprio ni. Semua gara-gara citer Titanic ~ U jump I jump gitu haaaaa.....! So romatic....Konon2 kerana cinta sanggup berkorban nyawa la tu. Bila diingat2 balik malunya menangis2 sampai bengkak mata dan berhingus2 kat panggung wayang. Sib baik bukan pergi dengan pakwe...hahahaa.... Lepas tengok citer Titanic tu, asyiklaaa dok ulang lagu Celine Dion pastu terbayang2 pengorbanan Jack dalam air sejuk tu...kekekekeekkkk....
Siapa kata aku tak minat pelakon tempatan?! Hans Isaac di antara yang aku minat. Tengok gambar kat atas tu......grrrrrr....awwmmmm!
Tak lupa jugak kat Hero Tua Malaya ~ Rosyam Noor! Satu ketika dulu memang minat dia ni. Walaupun dia jadik si jahat Castello!
Rasanya cukuplah takat ni. Kalau nak bercerita lagi, memang panjang listnya. Tapi kebanyakan artists yang aku mention di atas, rasanya takleh lawan kehenseman jejaka kat bawah ni :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yup! Dato' Jins Shamsudin pada pendapat aku masih hensem dan kelihatan berkarisma walaupun dah mencecah usia emasnya. Nampak smart dan bergaya aje ; )
So, siapa celebrity crush korang masa muda-muda dulu?
*all pic googled