Hari ni cepat betul Naufal tido...so aku ada bnyk masa utk blog hopping. Tetiba boleh lak terjumpa Father's Day contest kat blog Mama Tisya. Sebenarnya aku ni tak pernah join mana2 contest, sebab aku tau peluang nak menang tu tipis sangat. Tapi kali ni aku nak sangat join... main reason bukan sebab nak sangat menang...cuma sekadar memeriahkan majlis. Kalau ada rezeki menang Alhamdulillah....
- Nama Ayah : Mohd Nazir
- Nama Anak : Muhammad Naufal (sekarang berumur 1 tahun 2 bulan) tapi gambar ni masa Naufal 6 bulan++
- Aku pilih gambar ni sebab nampak sangat kegembiraan di muka Naufal bila bersama babahnya (siapa yg mengagah siapa sebenarnya ni?). Ditambah dengan perbezaan saiz kaki, nampak cute sangat. Siapa sangka satu hari nanti Naufal akan membesar dan kaki yg cute dalam gambar tu akan sama besar dengan bapaknya nanti? Semoga masa tu mereka masih akrab seperti sekarang. Aku nak Naufal sanjung dan hormat babahnya walaupun masa tu (mungkin) dia dah berjaya dan dah ada semua apa yg diimpikannya sebab dia takkan tau dan ingat apa yg telah babahnya korbankan dan buat untuk memastikan dia membesar dengan baik dan berjaya....Insya Allah....
- Planning utk sambut takde lagi. Mungkin masak yg special sikit untuk Mr Hubby. Apa resepinya tak tau lagi...memandangkan aku pun jarang masak....kalau aku masak tu dah cukup special lah tu....mwahahaaaa....tapi yg penting, on that day aku nak pastikan Naufal and babah dapat spend quality time together...
Untuk keterangan lanjut pasal contest ni sila gi sini.
Tarikh tutup contest adalah 10 June. Masih sempat lagi kalau nak join.......
Nota kaki : Photo taken by Photo-Kita. Hasil2 kerja husband and wife ni memg bagus2 dan memuaskan hati.....
7 comments:
memang cantik gambar tu.. ada peluang menamg nih!!
Good luck yer Naufal dan Kak Yati
Cute sgt that pic! Gud luck ye ;)
ibu_arifa,
Tak harapkan sangat kemenangan tu....yg masuk semua lagi best2. N'way, thanks!
Intan,
gambar Arissa dgn daddy dia pun apa kurangnya. Good Luck to you too!
cute nyer naufal!!! :d
ehemm2... ni director of photography mau ckp..kekek..good luck:)
Elyn,
Pic tu masa naufal 6mnths++. Skrg dah tak cute dah....notty adalah..heheee....
Maya,
Thanks Puan Director..... ; )
Korang semua,
Penyertaan aku dah disqualified ler....biasa lah, aku ni memg suka terlepas pandang details...suka buat careless mistakes.
Takpe...takde rezeki...tapi aku dapat jumpa kawan2 baru dan pengalaman baru....that's more important ; )
Post a Comment