BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 6 February 2009

Heroes

Aku suka sangat tengok citer Heroes....Season 3 habis 2 minggu lepas, tak sabar nak tunggu next season....

Kalaulah aku diberi pilihan mempunyai kuasa salah seorang dari watak citer tu aku nak kuasa

1. Hiro Nakamura (boleh mengembara ke masa depan dan balik ke zaman dulu + hentikan
masa).

Kenapa?
Aku teringin sangat nak tengok macam mana aku 10 tahun akan datang, berjaya ke atau masih di takuk sekarang? Pastu aku nak balik ke zaman dulu, especially 10 tahun lepas dan membetulkan banyak perkara yang aku rasa aku patut betulkan yang akak membuatkan life aku mungkin lebih best sekarang ni. Bukan bermakna life aku tak best skrg ni, cuma mungkin keja aku lebih bagus.......mungkin aku dapat sambung Master dan tentunya aku nak mulakan bisnes internet sebelum Irfan Khairy...heheeee.... (cakap pasal IK ni, siapa nak terfikir dia boleh jadik jutawan hanya dengan menjual peta malaysia kat internet!?!!?)

2. Sylar (ability terbaru masa season 3 ni, jadik lie detector)

Kenapa?
Aku rasa zaman sekarang ni terlalu ramai penipu. Tengok ajelah politik semasa kat Malaysia ni, sampai dah tak tau mana satu yang betul mana yang salah.....Kalau aku dapat ability ni aku nak balik ke tahun 2007, pastu aku nak tanya pada Mr GM, KLTan dan Syuhada (mampos lah kalau diaorg tau aku mention nama diaorang kat sini) angkara siapa sebenarnya menganiaya aku sampai aku kena resign dari kilang busuk tu.....gggrrrrrr!!!!! Sakit ati aku ni, rasanya takkan boleh hilang....Masalahnya kat kilang busuk tu terlalu ramai org yg takleh dipercayai.....(sori siti...heheee...hubby aku pun carik rezeki kat situ)

3. Abang Peter - lupa nama (the ability to fly like a rocket!)

Kenapa?
Mestilah sebab senang nak balik Penang tanpa perlu driving atau naik bus/flight! Heheeee...Sekali balik Penang aku perlukan dalam RM400++ untuk toll dan minyak...itu belum kira nak jalan2 lagi, nak beli buah pala untuk mereka2 yang memesan kat johor nih....siggghhhh...

0 comments: