Hari ni nak bercerita pasal BS Naufal. Ni merupakan BS kedua, start jaga Naufal masa dia 6mt+. Memula tu macam nak test2 aje sebab dia pun kata dah lama tak jaga budak, harapkan anak pompuan dia yang baru habis belajar tolong jagakan sekali sementara nak tunggu dia dapat kerja. Sedar tak sedar dah 4 bulan dia jaga Naufal.
So far aku puas hati, nampak gaya anak2 dia sangat2 sayang kat Naufal. Masa aku cuti seminggu hari tu siap datang rumah nak amik Naufal sebab rindu sangat. Masalahnya ada a few things yang buat aku rasa "kureennnggg" sikit. Tapi biarlah ni aku cerita lain masa...sekarang ni takde idea nak bercerita...
Yang aku nak cerita ni pasal masa bawak Naufal berurut aku terperasan ada satu long scratch kat kaki dia....kalau diamati macam bekas kena cakar kucing. Kebetulan lak kat umah BS ni ada seekor "suspect"...anak kucing belaan anak BS ni.....Tapi esoknya masa hantar Naufal mcm biasa, aku tak bertanya sebab kelam kabut nak gi kerja.....Masa balik makcik ni boleh bertanya balik kat aku " calar ni bila kena? masa pergi klinik hari tu ye?"...ehhh...bukan aku ke yang patut bertanya kat dia dulu? Seingat aku, hari yg pergi klinik yang aku half day hari tu takde apa2 kesan calar kat kaki dia....
Walaupun hati ini ada sedikit tidak puas...aku jawab "entah lah cik ye....saya pun tak perasan. Ala, Naufal pun dah lasak sekarang ni...", pastu aku cakap terima kasih dan blah balik.....
Dulu pun pernah jadik gak, dahi Naufal yang sedikit jendul itu (ikut ummi dia..hehee..) ada lebam dan bengkak kebiruan....Masa memula nampak tu berderau gak darah ni...mesti terhantuk kuat kalau tak takkan boleh terkesan macam tu sekali, kan? Tapi aku diamkan aje. Balik rumah lepas hubby tengok dia bising suruh tanya makcik tu...Aku ni sebenarnya serba salah kalau nak bertanya2 ni...takut BS kecik ati, maklumlah orang tua....
Esoknya masa ambik Naufal aku cakap "Lebam ni mesti sebab Naufal nakal kan...maklumlah, tengah lasak....(ayat yang lebih kurang!)". BS boleh jawab camni "makcik baru nak tanya yatie, dia ada terhantuk ke kat rumah semalam?!??!".....aku lak,".................." (blur+blank jap sebab kena "serang" dulu). Last2 aku tersengih aje......dan jawab "mungkin koootttt..."
Aku tak sabar nak tunggu Naufal pandai bercakap. Macam2 aku nak tanya dia....
Menuntut Ilmu Jalan Mudah Menuju Syurga
-
Dari Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَه...
3 days ago
3 comments:
he he he...nak tunggu naufal cakp yerk?..he he he...lain kali buat spot check tau...biasalah kak ti...mia pun kkdg mcm tu..tapi, selagi dia tak teruk ssgt, ct tak menanya pun...cuma kalau mcm mia cirit birit ke, sakit tgn ker, demam ke, dia terus call sitilah...tapi so far stkt ni, mia ok ..Alhamdullilah...tp takut, anak2 dia kot...tu yg kkdg dia tak perasan..kalau mia dok umah hatta, mmg ada je kesan calar balar kat muka dia..'bertarung' ngn anak hatta yg kecik tu,,
hehe..saya nak tag akk kat sini.. sila lihat post sy bab24.2
**Once you’ve been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you. **
Siti,
Memang patut la si Mia tu jadik lasak nanti, nak lawan dgn anak2 Hatta....Lelaki semuanya kalau tak silap aku.
Linda,
Aiseehhh...banyaknya 16....Siti tag akak tak buat2 lagi.....Berzaman la nampaknya....
Post a Comment