BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 24 March 2010

Apabila Interview Kerja Macam *&^%@

Baru balik interview keja ni....

Dah berhabuk file sijil2 tu....siap kena lap dengan kain. Kalau tak sure interviewer tu boleh agak dah bertahun aku tak update resume.

Dalam dok sibuk isi borang personal particulars tetiba tang "Hobbies" aku terhenti kejap. Memula laju jek nak tulis blogging (walaupun tulis entry seminggu sekali jek). Tapi tak jadik tulis. Buatnya aku dapat kerja tu, elok2 setiap pekerja ada internet access, aku punya kena block lak sebab sah2 hobi aku tertulis "blogging". Bukan korang tak tau...kalau dah namanya blogger - mesti lah korang akan KETAGIH BLOG! Camne lak dengan kerja nanti? So, aku tulis la hobi2 yg lebih mesra alam seperti membaca (the last book I read was 2 years ago), travelling (selalunya balik penang laaa) and watching movie (beli dvd haram jek, mana ada masa gi tgv dgn anak kecik?!) - kesian kan aku, takde hobi?

Tujuan aku nak cerita pasal interview ni adalah nak tanya korang yg biasa gi interview kerja. Pernah tak korang wish tak cakap apa yg korang tercakap kat interviewer? Maknanya apa yg korang cakap tu jadik 'perangkap' utk kenakan korang balik. Pastu lepas dah 'terjerat' korang terdiam macam orang bodo....rasa mcm nak sembunyi bawah meja atau buat2 pengsan? Demmmm!!! Itulah yang aku lalui tadi!

Cartoon ni menggambarkan secara tepat apa aku nak cakap kat interviewer tu tadi

Disebabkan dah lama gila tak gi interview, aku dah banyak lupa interview skills dan jawapan2 yang patut dijawab. Pastu kerana kekangan kerja dan kat rumah lak kena jaga Naufal yg cranky kerana tak sihat, aku takde masa to prepare for the interview (tak baca pasal company tu etc...). Tapi boleh lak aku pergi dengan confidentnya tanpa ilmu di dada. Kalau dulu2, siap tak tido malam nak prepare.

Alahai.....rasa macam tipis je peluang utk dapat kerja tu. Kawan2 semua, please pray for me. Harap2 dapat lah kerja tu. Dekat sikit aku nak gi kerja, takyah hari-hari aku keluar pagi2 mcm nak gi menoreh getah...huhuuuuu....

p/s : mungkin tak berkat kerana aku terpaksa "ponteng" kerja utk pergi interview...abih nak buat mcm mana? Isnin lepas aku baru jek amik EL sebab naufal demam.

5 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Harap2 ade luck la kak yati..manatau, interviewer tu terpikat ngan gaya akak yg selamba..=p

sy punye sijil pon dh lame berkepam. bile ntah nk update resume nih..keinginan tukar kerja tu ada, tp usahanya..hampeh..hehehe


p/s: lawak giler la kartun tuh..!!

eim said...

GOOD LUCK KAK...

rajin akak gie interview,mcm im nii ada keinginan nk tukar keje tapi usahanya tak de langsung huhu
sijil plak entah mana letak nii..

siti noriza saleh said...

kak ti...hr tu ct gi interview JPA..bila ct rasa mcm org yg interbiew tu x minat ngn ct, maka ct mnjwb blk dgn jwpn melempiaskan perasaan....

masa tu tgh kecoh pasal yg berkiss2 dlm lift tu..

soalan dia"awak rasa awak boleh ke ikuti kursus yg kene hntr ke sabah, sarwak, utra ke utk jngka masa yg lama, then awak kene tinggalkan anak awak?"

jwpan ct " saya rasa, permslahn dlam kakitgn kerajaan ini ialah bila terlalu byk kursus yg terpaksa dihadiri yg mana kkdg kursus itu sndiri tidak mmberi kesan terhadap prestasi pekerja itu sndiri dan mneybbkan timbulnya permslshn lain dalam institusi keluarga itu sndiri.oleh itu timbullnya masalh dlm family yg mana ada perhubungan di luar jangkaan yg tidak sepatutnya berlaku, mmbuatkan, emosi pekerja itu sndiri tidak stabil hingga terbawa-bawa ke tmpat kerja"..


hua hua hua...jwpan lari dr soalan..tp aku puas hati giler...sbb org yg imterbiew tu, dia interbiew anak dara punyerlah lama jejak 1 jam, tapi kene mak2 org, diaorg cuma interbiew cuma 10 minit..

YatieJay said...

lily,
Daftar dgn jobstreet. Ikut je format resume dia. Sekali sekala just update sikit2. Bila ada vacancy dia akan hantar e-mail kat kita. Kita apply pun pakai resuma yg sama...click "apply" jek dan send. Pastu tunggu panggilan tepon company tu. SOnang aje.

iem,
Nak seribu daya....tapi kalau company iem keja tu dah selesa dan ok just stay aje. Yg penting kita happy keja situ. Akak ni nak tukar keja sebab dah bosan travel jauh2.

Siti,
Perghh....jawapan yg best! Padan muka depa. Nak dapat keja gomen punya susah. Mcm2 tapisan kena lalui. Tapi tahap keja takat tu jugak.

(Maaf, komen ni bukan utk semua pekerja gomen ye! Issue sensitip ni..)

ibu_Arifa said...

hahaha..kesiannyer kena keluar awal pagi ..mcm gi noreh getah tu..

moga2 kak yati dapat lah kerja kat tempat tu..harap2 ada lah rezeki kan..insyaalllah..

bab hobi tu..saya pun sama gak..apalah hobi saya skrg? dah lah tak kerja ..dok umah jaga anak jer.. bila2 free..blogwalking. apa lagi yg boleh dibuat bila dah ada nak kecik ni..nk windo shopping..puas lah kita mengejar anak kat dalam komplex tu.. ni dah byk kali kami balik gitu jer tanpa beli apa2 pun..sbb dalila menagis nak berjalan sendiri2..tak kasi kami pegang tangan dan xmau ikut arah yg kami nk pergi..dia nak jln sesuka hati dia jer..1-2jam tu oklah..bila dah letih..kena paksa dia balik lah pulak. adoiii..